Sabtu, Oktober 04, 2008

Bagai Melepaskan Anjing Tersepit

Tragedi tongkang karam jam 7 pagi 30 September lalu setakat ini mengorbankan 14 nyawa, tiga mangsa dilaporkan masih hilang. Kesemua penumpang, pendatang tanpa izin warga Indonesia, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Mendengar cara mereka bercakap sewaktu ditemubual dalam Buletin Utama TV3, ramai sedar gaya bahasa mereka hampir sama dengan cara percakapan rakyat tempatan.

“Cakap pun dah sama dengan orang Malaysia. Berapa lama agaknya dia orang dah tinggal secara haram di negara kita?,” antara soalan dikemukan beberapa penonton saya temui.

Laporan terbaru, dua daripada 18 mangsa terselamat dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor berjaya melarikan diri. Mungkin mereka bercadang terus bermaustautin di negara ini. Ringkasnya, usaha kita bagai melepaskan anjing tersepit, tersilap langkah menggigit diri sendiri.

Dipercayai 6 pengkalan haram beroperasi aktif di persisiran pantai negeri Selangor berfungsi menyeludup keluar masuk pendatang tanpa izin. Jika malapetaka terbabit tidak berlaku pasti kisah pengkalan haram turut senyap begitu sahaja.

Terfikir, jika penyeludupan manusia bebas berlaku apatah lagi penyeludupan barangan terlarang. Lihat sahaja peruncit majoriti warga Aceh, memasarkan rokok seludup pelbagai jenama secara angkuh dan terbuka. Malah pengkalan haram sama juga mungkin dijadikan pintu masuk penjenayah warga asing sekian lama menggugat keselamatan nyawa dan harta benda rakyat tempatan.

9 ulasan:

  1. Tahniah! Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor merawat mangsa karam atas dasar rasa keperimanusiaan dan tanggungjawab. tidak kira dia warga apa sekalipun, amanah harus dilaksanakan..

    ada hikmah di sebalik semua nie, kpd yg berkenaan harus buka mata seluas-luasnya, jgn pekakkan telinga shj, buatlah apa2 yg patut, jgn perkara yg sama berulang lg raya thun dpan..

    BalasPadam
  2. salam bro...sy pun pelikla..pendatang haram ni senang2 aje masuk dan keluar negara kitauntuk mencari rezeki..kalau mereka ni baik2 xpela...leh katakan setiap hari ade je kes jenayah yang mereka lakukan rompak, bunuh, bw lari anak dara org dan yang terkena kat batang idung saya sendiri baru2 ni ialah pembantu rumah saya lari..bukan sekali, tapi dua kali..aduh...dah layan punyala baik tapi xtaula..mungkin sindiket kot..mana taknya setiap kali nak ambil pembantu rumah kene bayar pendahuluan rm 1k..pastu keje 2 ke 3 bulan mereka pun lari..alahai untungnyer mereka..kita yang terkena..bukan sy sorang je kene cmni..kawan2 yg keje kt putrajaya pun amai da terkena..kalau dibiarkan makin ramaila yang kene dan makin kaya lah mereka..mungkin topik ni bro mazidul leh ketengahkan..sbb kat kl tu ramai pendatang haram yg tunggu peluang utk keje sbg pembantu rumah untuk masa yang singkat..bg mereka, dpt gaji skit xpela asalkan wang pendahuluan yg sy katakan td dpt dibahagi dua dengan agennya..em..alangkah untung dan mudah untuk menipukan...kesian kat rakyat malaysia yang ditipu idup2 kat negara sendiri..kita layan mereka seperti layan saudara sendir tapi mereka x pernah menghargai malahan menipu lagi...

    BalasPadam
  3. memang betul laa paragraph yang last sekali tuh...memang sikap mereka angkuh dan bongkak nak nak lagi di pasar acheh...dan mereka yang bekerja disini juga..setelah beberapa lama..mula naik kepala...saya bukan sikap perkauman disini tetapi saya bercakap melalui pengalaman saya bekerja dengan mereka satu ketika dahulu...

    BalasPadam
  4. mai sini saudara mazidul.

    abe MIE nak tunjuk tempat pelacuran depan balai polis. pelacur dari indonesia.

    siap berkepik dan berdangdut pun ada..mai sini, bawa kamera sekali... cakap aje tak ada guna...

    abe MIE pernah kena saman kerana lupa bawa lesen memandu (sebab lesen letak dalam kereta lain), kena saman. tapi orang indo, myanmar, lalu depan polis tak saman walaupun tak pakai helmet dengan motosikal.

    tempatnya bukan jauh, kat sungai buluh, selangor aje.
    30 minit dari sri pentas kalau ikut jalan kota damansara...

    BalasPadam
  5. Akar berduri, saya pun dah tak tahu nak buat cerita fasal apa lagi mengenai pendatang haram ni. Dah banyak cerita, tetapi tindakan pihak berkuasa macam pandang sebelah mata. Lama2 fikir blh sakit otak dibuatnya.

    BalasPadam
  6. Nama Abe Mie 'terjah', terjah la tengok. Cakap aje tak guna.

    Kalau betul seperti didakwa, pergi balai polis tu, buat report tengok. Nyatakan kegiatan berlaku dan alamat premis terbabit. Tengok panas tak panas. Kita tak ada beza, saya pun akan buat perkara sama. Tak sedap kalau nak menulis,'cakapa aje tak ada guna' kepada saya.

    Saya dah banyak kali buat, 14 tahun dah saya bergelumang dengan liputan kisah begitu.

    Selamat hari raya.

    BalasPadam
  7. Rumpun kita serupa.. agama juga sama..tapi, bila monyet di hutan disusukan anak di rumah mati tak makan.. ini sudah lebey..Sampai masa bila Todak menyerang,baru nak garu kepala, nak pikir solution apa nak buat.. Isk..sejarah melayu ada..Hikayat Hang Tuah pun ada tak lupa pesan orang tua pun ada.. tapi melayu mudah lupa..ape la

    BalasPadam
  8. woooaa...cool bro cool bro...heheheh..jangan ribut ribut...hehehe

    BalasPadam
  9. Bab pendatang haram ni kalau nak ikutkan sejak dari dulu lagi. Boleh kata mereka dah beranak pinak di negara kita.

    Saya tak nafikan yang kita ni memang serumpun dan juga ada seagama..tetapi ...saya hairan juga. Macam mana mereka boleh masuk ke negara kita senang-senang sahaja? Siapakah gerangannya manusia yang menjadi tali barut melepaskan mereka ke negara kita ini? tu yang menghairankan.....isk isk isk...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.