Isnin, Oktober 27, 2008

Mata Terkeluar

“Saya nampak benda hanyut, saya ikut nak kereta nak pastikan binatang ke manusia. Tapi bila tengok dari dekat ada jari, sah lah manusia,” ujar Borhan Sabar, 43 tahun.

Penyelia tapak projek kuari itu menemui mayat separuh bogel tanpa identiti terbabit pada jam 10.30 pagi tadi. Polis masih belum mengenal pasti samada si mati mangsa bunuh atau mati mengejut. Mayat membengkak tetapi tidak berulat manakala bahagian kepala si mati kelihatan lebih gelap berbanding tubuh dari pinggang ke bawah. Mata membonjol dan hampir terkeluar.

“Kena bunuh kat tempat lain kut, lepas tu campak dalam sungai,” telah lelaki tidak dikenali berada di lokasi sama.

Mayat akan dihantar ke hospital untuk diperiksa pakar pathologi bagi memastikan sebab kematian.

10 ulasan:

  1. Nauzubillah.
    HAri-hari saya berdoa pada Allah mintak saya mati cara baik.
    Hurm~

    BalasPadam
  2. Mazidul,
    Aqal itu letaknya bukan di otak dan bukan juga di hati, sebaliknya di tengah-tengah antara keduanya.

    Kegagalan memberi keseimbangan kpd aqal dan hati akan memusnahkan manusia itu samada yg dibunuh mahupun yg membunuh.

    Mohon beri laluan:

    satu deklarasi telah dikemukakan oleh bloggers (OTAI). Sila layari http://deklarasijandabaik.blogspot.com bagi memberi sokongan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. Eeee..,..Dunia sekarang nie..bunuh membunuh..apa nk jadi la...moga kita di lindungiNYA dr mara bahaya ...
    Get more tips student loan: Student Loan Consolidation Rebate

    BalasPadam
  4. salam mr.mazidul..saya baru temui blog u dari anntaj...menarik juga blog u nie...ttg kisah yang u siarkan ni memang mengerikan...tapi zaman sekarang nie semuanya boleh terjadi..apabila agama diletakkan ditempat yang paling bawah,maka inilah yang terjadi...nafsu menguasai diri..syaitan mengetuai kita..nauzubillah..sebagai icon dlm masyarakat buat sesuatu yang u termampu,sekurang-kurangnya untuk memberi kesedaran kepada mereka diluar sana..insyaAllah..jumpa lagi..wassalam

    BalasPadam
  5. tak sanggup nak tengok gambar tuu..
    mengerikan sungguh :(

    BalasPadam
  6. eeei..ngerinya..!

    tak dapat putu bayangkan kalaulah putu keje macam en. mazidul atau wartawan lain tgk senario macam ni..... mau muntah-monggek aku dibuatnya..!

    BalasPadam
  7. Jaz, terima kasih kerana sudi melayari blog tidak seberapa ini. Salam untuk Anntaj.

    Putubambu, apa kata orang tua? Alah bisa tegal biasa?

    Silence, ada waktunya tak sanggup pun kena tengok gak. Bau seamcam jer kat lokasi tu, cam bau ikan masin baru letak garam :(

    Knowlee, pilihan bukan di tangan kita tetapi kita berhak mohon doa.

    Athlon, hairan, sekarang ni banyak juga bunuh diri sendiri.

    Demang, saya dah baca.

    BalasPadam
  8. semua orang pasti akan mati...oh... bersediakah setiap masa?

    BalasPadam
  9. abg mazidul slalu berada kat tempat2 macam ni ker? mcm berita terkini plak rasa nya.. :) siap ada gambar skali..

    BalasPadam
  10. masyaAllah.. kesiannya.. kat kaki die cm ade wayar je ek kena ikat? kesiannya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.