Ahad, Jun 24, 2012

GADIS INGIN MENJADI ARTIS ... AYAH TAWARKAN KERJA GRO ( Eksklusif )

"Assalamualaikum bang!," ucapnya.

Saya membalas salam gadis manis, memakai baju berwarha hitam bersama seluar separas betis. Ketika itu saya dan Penerbit 999, Harris Farouk Alex sedang berjalan perlahan menuju ke gerai menjual masakan Thailand, berhampiran Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur.

"Jom minum," pelawa saya.

Dia mengikut kami ke gerai berhampiran. Sebaik duduk, gadis berasal dari Rawang, Selangor itu  memperkenalkan dirinya sebagai 'Bela',  berusia 21 tahun.

Saya mempelawa Bela menjamu selera namun dia cuma memesan ais kosong. Perut sebu, itu alasan diberikan.

Bela mendakwa dihalau oleh ibunya dari rumah sekitar Disember 2011 dan kemudian dimasukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak selama 6 bulan.


Tambah gadis itu, bayi lelaki dilahirkannya, kini berusia setahun setengah, di bawah jagaan keluarga angkat di Klang, Selangor.

Manakala bekas teman lelakinya berusia 30 tahun, penagih dadah tegar, meninggalkan Bela sebaik mengetahui dia mengandung.

Kata Bela, dia meninggalkan Pusat Pemulihan Akhlak pada bulan Mei lalu.



Harris kemudian mengemukakan soalan berikut dan dijawab petah oleh Bela.



Anak ke lapan daripada dua belas adik beradik itu mengaku menjadi penagih gam sejak hampir 6 tahun lalu.



Teman lelaki terkini Bela berbangsa Iban, berasal dari Sarawak, 23 tahun, insan berjaya mendesak Bela  membebaskan dirinya dari dibelenggu gam.



Bela mengaku menjadi play girl sejak menuntut di sekolah rendah lagi.  Berbekalkan wajah manis dan kepetahan berkata-kata, saya mempercayai kenyataan gadis itu. 



Dengarkan luahan Bela berhubung cita-citanya.



Lazimnya, sebilangan gadis dihalau keluarga dari rumah dan berasa tertekan,  memilih jalan mudah untuk mencari wang sekaligus meneruskan kehidupan. 

Bela tidak begitu. 



Ayah dan ibu Bela tinggal di lokasi berasingan sejak 10 tahun lalu.



Saya amat berharap Bela mampu meneruskan kehidupannya secara lebih sempurna di masa akan datang. 

8 ulasan:

  1. perjalanan hidup memang sukar nak diduga dan penuh dugaan...

    BalasPadam
  2. sna mcm2 hal kt chowkit bang bole jmpa.kebanyakannya ramai jdkan chowkit sbgai rumah utama diorang.sy brniaga brg psrmlm 3x sminggu sy msti trun sna slalu jmpa muka yg sma.klu bole biar la kwsn tu bersih cntik mcm tmpt2 lain.

    BalasPadam
  3. Pelbagai kisah suka dan duka manusia utk dikhabarkan pd dunia... Bila berpeluang menjengah sebentar ke dunia mereka kita tau mereka ini sebenarnya lebih kental jiwanya dr kita... Kerana mereka ini org2 yg terpilih utk diuji oleh yg maha esa...

    BalasPadam
  4. kesian dgn kehidupan mereka yg begini jadinya... semua mmg berpunca dari rumah.. dan kita sebagai ibu bapa mmg kena tegas nak2 dengan saya yang membesarkan anak2 di negara metropolitan london.. terus terang saya katakan saya fobia melihat anak2 remaja sekarang..

    BalasPadam
  5. tak faham dgn segelintir manusia.mahu anak ramai tapi bila dah ramai tak terjaga sampai jadi mcm Bela.kesian dia merempat dibawah jambatan.sedih sgt bila teringat anak2 kita berjaya dlm hidup tapi si Bela menjadi anak terbiar.

    saya pernah berborak kosong dgn suami dan anak2 mengenai pendatang asing disini[esp org seberang].mereka datang menumpang mencari rezeki disini berkawin dan beranak pinak dan anak2 membesar mengikut acuan mereka,anak2 yg sebaya anak saya yg seharusnya masih belajar dikolej terpaksa membanting tulang berpanas mentari menjadi buruh kontrak membuat bangunan.kalau anak perempuan berkerja ditempat yg bersesuaianlah...ermm.mereka akan mewarisi kerjaya ibubapa mereka atau pun ada juga yg menjadi "onar" dibumi kita yg bertuah dan tercinta ini.

    apapun ini takdir mereka.kata2 gurauan anak bujang saya,mereka memang dilahirkan utk menjadi buruh kontrak disini kerana anak2 kita semua alergic cuaca panas so takde siapa pun yg nak jadi buruh kontrak buat bangunan dan mereka lebih suka disuap mkn dan pakai bersantai dipusat pemulihan dadah haha.. [penuh sinis] ;D

    kita harus berterima kasih tanpa mereka tiadalah bangunan mencakar langit hasil titik peluh mereka,tiadalah rumah teres atau apartmen yg kita duduk skrg,tiadalah sayur utk kita mkn,tiadalah bibik utk menjaga anak dan mengurus rmh kita dll betul tak?mereka ini tulang belakang kita,dimana2 ada sahaja kelibat mereka,alahai ;)

    tetapi ramai juga pendatang seberang yg kaya raya diatas usaha mereka yg kental dan gigih.dimana ada kemahuan,disitu ada jalan ;)

    BalasPadam
  6. apabila ayah sendiri jual anak sendiri, maka gelap gulitalah masa depan anak itu...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. kebiasaan kes seperti ini berpunca dri masalah keluarga..ayah sendiri offer jdi GRO..? dimana tanggung jawab seorang ketua keluarga yg ditugaskan untuk memimpin? kepada remaja2 sekalian igtlah perkahwinan itu bukan semata2 utk sedap seks sahaja.. besar sbnrnya tanggungjwb seorang ayah..cukupkan ilmu agama didada..
    p/s: sekadar peringatan juga utk diri sendiri

    BalasPadam
  8. berat mata memandang berat lagi bahu memikul..kita doakan sahaja Bela terbela hidupnya...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.