Sabtu, Jun 16, 2012

PEMANJAT KERETAPI 'HEBAT'

Gambar di bawah, saya rakamkan di Jakarta, Indonesia.


... KECUALI gambar ke 2, 4, 6 dan 8, direkodkan di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Perhatikan bentuk gerai mereka, hampir sama. Andai fakta berhubung gambar di atas tidak saya dedahkan, mungkin pembaca tidak akan mengetahui.

Di Indonesia, berniaga secara semberono di pinggir jalan menggunakan gerai bergerak, barangkali bukan satu kesalahan. Itu kaedah lazin penduduk tempatan meraih rezeki untuk menyara keluarga mereka. Namun di negara berdaulat, Malaysia, berbeza.

Jika peniaga tempatan berniaga sebegitu, dalam tempoh terdekat selalunya gerai mereka dirobohkan oleh penguatkuasa pihak berkuasa tempatan.

Sedangkan gerai milik warga Indonesia beroperasi tanpa lesen di tepi jalan, berdiri gah sekian lama.


Untuk rekod, di bahagian belakang gerai di atas, terdapat peti ais untuk menempatkan pelbagai jenis minuman. Bekalan eletrik dipercayai disalurkan dari restoran berhampiran.

Maksudnya, gerai statik itu sudah lama beroperasi.

Kalau itu gerai milik peniaga Melayu, pasti sudah lama melayang. Mungkin dalam kes gerai di atas, penguatkuasa tidak mampu untuk mengangkat peti ais milik peniaga ke dalam lori untuk dibawa ke pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam.


Saya berulangkali dimaklumkan berhubung kes tindakan pilih bulu di kalangan sebilangan penguatkuasa di negara kita.

Kesalahan dilakukan sama, berniaga tanpa lesen tetapi tindakan dilihat dilaksanakan lazimnya ke atas peniaga tempatan.

Mengapakah begitu?

Tindakan terbabit mampu menimbulkan prasangka di kalangan masyarakat melihat.

Justeru, kehadiran peniaga asing perlu dibanteras dengan kadar segera kerana Malaysia mempunyai undang-undang termaktub.

Kita di Malaysia, tidak berlari dan kemudian memanjat ke bumbung keretapi sedang bergerak laju sekaligus menggugat keselamatan diri.


Jika ingin melihat koleksi gambar kaedah segelintit warga Indonesia menaiki keretapi dari Jakarta ke Bogor, sila 'like' Fan Page Mazidul Akmal Sidik.

1 ulasan:

  1. salam...abg mazidul,pengekuatKuasa tu time wat operasi depa RABUN tuuuuuuuuuu...(jijah-kLia)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.