Khamis, Jun 07, 2012

MAS : RUGI BISNES RUGI SENYUMAN

Hemat saya, jika tidak kerana lapar berikutan penerbangan memakan masa hampir 3 jam, ramai penumpang tidak berminat menjamah juadah makan malam dihidangkan di dalam pesawat Malaysian Airlines System, MAS.

Lihatlah gambar makanan di bawah.


Menyedihkan.

Makanan kelihatan kering dan tidak menyelerakan langsung.

"Hendak minum apa?," soal pramugari bertugas kepada remaja duduk sebaris dengan saya dan kru Majalah 3 lain.

"Teh 'O' ais," balasnya.

"Teh 'O' ais tidak ada," kata pramugari.

"Mungkin ini kali pertama dia menaiki kapal terbang. Apabila pramugari bertanya hendak minum apa? Dia pesan sahajalah seperti di kedai mamak," bisik jurukamera Majalah 3, Abdul Rahman Salim, 48 tahun.

Saya tersenyum. 

Barangkali kenyataan Rahman itu benar.

Kira-kira setengah jam kemudian saya terserempak remaja sama berdiri berhampiran tandas di bahagian belakang pesawat. 

Di tangannya, dua botol air mineral bersaiz besar.

"Tidak boleh hendak berak, tandas ini ganjil. Bergoyang-goyang dan tiada paip air," ujarnya.

"Tandas di dalam kapal terbang memang macam ini adik," celah pramugari bertugas.

Untuk rekod, setiap kali terbang ke pelbagai lokasi domestik atau antarabangsa, saya gemar melihat telatah pramugari dan pramugara bertugas di dalam kabin. Kekadang telinga saya berasa sakit mendengar suara segelintir Penyelia pramugari atau pramugara membuat pengumuman. Suara terlalu nyaring amat mengganggu sekaligus membingitkan gegendang telinga saya dan sesekali sebutan perkataan kurang jelas mereka turut mengganggu fikiran buat seketika.

Apapun, semalam saya berasa teruja.

Biarpun berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan, dua pramugari dan pramugara bertugas di kelas ekonomi masih mampu tersenyum sewaktu berkomunikasi sesama mereka dan bersama penumpang.

Perlahan saya mengeluarkan kamera digital.


"Rahman, jarang benar saya tengok kakitangan kabin tersenyum begini. Manis wajah mereka. Lazimnya hendak meminta setin Coca  Cola terasa takut bak kita akan melakukan dosa besar apatah lagi untuk meminta kacang bungkus," bisik saya.

Saya hulurkan kamera kepada Rahman duduk di bahagian tepi lorong sempit itu. Jurukamera terbabit kemudian merakamkan gambar pramugari paling hampir.

"Don't take my pictures," ujar pramugari terbabit.

Jadi saya terpaksa mengkaburkan gambar dirakamkan oleh Rahman.


Beberapa minit kemudian saya bergerak ke belakang kabin dan bertemu rakan setugas pramugari terbabit untuk menjelaskan keadaaan sebenar.


"Tadi sewaktu melihat awak semua tersenyum sewaktu melayan penumpang dan ketika berkomunikasi di antara awak semua, saya teruja. Jarang saya melihat situasi itu unless jika semua itu fake smiles. Selalunya, jika tersenyum pun cuma sekali-sekali. Mungkin bekerja di awan biru ini memenatkan. Jadi sebaik terlihat senyuman awak semua, saya meminta rakan saya merakamkan gambar awak bertiga. Lagipun tiada larangan mengatakan penumpang tidak boleh merakamkan gambar kecuali ketika pesawat mula naik dan ketika mendarat, kan?," soal saya.


"Bukan apa, kami takut gambar ...," celahnya.

"Saya blogger. Jika perkhidmatan MAS baik, saya akan menulis, baik. Jika sebaliknya, saya akan mendedahkan fakta itu. Kisah video 'Pramugara terlampau' dahulu bukan dirakamkan oleh bloggers atau wartawan," usik saya.

Malangnya tiada lagi senyuman sekaligus saya tidak merasai maksud terkandung di dalam iklan di bawah.

5-star MH (Malaysian Hospitality)?


"Selalu saya melihat dalam iklan MAS, gambar pramugari dan pramugara tersenyum menampilkan  nilai  Malaysian Hospitality lalu saya cuba merekodkan senyuman di dalam kabin ini, itu sahaja," jelas saya.

Berikut contoh gambar ihsan Google.


Manis sungguh senyuman diabadikan di dalam kabin itu.


Jika terdapat kakitangan kabin tidak berasa selesa gambar mereka dirakamkan dek penumpang, saya dengan rendah diri ingin menyarankan agar pihak pengurusan MAS mewajibkan agar setiap pesawat mereka dilekatkan papan tanda khas.

'DILARANG MERAKAMKAN GAMBAR PRAMUGARI DAN PRAMUGARA BERTUGAS DI KABIN INI'

Jadi penumpang seperti kami tidak perlu membazirkan ruang memory card untuk merakamkan senyuman sebilangan kakitangan bertugas. 

Sebelum ini saya pernah menulis entri berhubung sikap segelintir kru kabin dan kakitangan MAS, sila baca di sini dan di sini.

... serta klik di sini.

Untuk rekod, MAS telah beberapa kali sebelum ini memenangi anugerah The Best Cabin Crew, sila klik di sini.

Pada masa sama, MAS juga mencatatkan kerugian bersih keseluruhan lebih 2.5 bilion, klik di sini.

Selepas turun dari pesawat dan ketika berjalan menuju ke arah lokasi untuk mengambil bagasi, saya terserempak Penyelia kru kabin pesawat kami naiki dan memaklumkan beliau berhubung kejadian berlaku. 

Mesej saya sampaikan kepada beliau mudah ...

"Mengapakah kru kabin terbabit takut untuk dipuji?"

... itu perancangan awal saya.

28 ulasan:

  1. SMTI - Bang, kalau nak semua tu, kena beli tiket 'Kerusi Merah' satu baris duduk dua orang. Petugas@pelayan udara siap kena hafal nama kita lagi, layanan tahap raja raja. Agaknyalah, saya naik MAS pun selalu tempat duduk baris paling belakang dekat toilet dan pantry je.

    BalasPadam
  2. saya belum pernah Da pgalaman naik dgn MAS.tp bila dgr mcm ni..rasa mcm down je.tak kirala duk di ekonomi atau kabin.kita yg bayar gaji mereka.kalau kte x support mereka..bungkus la MAS..
    hope MAS buka mata.krew yang baik harus di puji...;)

    BalasPadam
  3. Salam..saya pernah menggunakan perkhidmatan MAS ketika pergi mengerjakan Umrah tahun lepas..
    Pada saya perkhidmatan serta makanan yg disediakan agak baik..kalau tak silap saya kos tiket penerbangan pergi balik dalam rm3,200..
    Pendapat saya mungkin penerbangan domestik sebegini..
    Tetapi bab layanan tiada toleransi samada domestik atau antarabangsa..mrmang patut ditegur kalau kurang mesra pelanggan..kita bayar utk menggunakan servis mereka..

    BalasPadam
  4. ikut pengalaman saya pramugari MAS lebih mesra dari Airasia :) Suka naik MAS :))

    BalasPadam
  5. pramugari MAS lebih mesra berbanding Airasia yg nmpk berlagak n mesra ngn certain penumpang je. cuma akhir2 ni menu hidangan MAS memang sgt2 mengecewakan. Dia offer menu nasi+ikan sweet n sour+ vegie, tp mcm ikan goreng boh sos tomato jer, n sayur tu mcm dicelur dlm air panas jer, sedih sgt! kalu mcm ni tak berbaloi berlapar sblm naik pesawat.

    BalasPadam
  6. bagi saya kalo naik kapal terbang domestik ke mahupun antarabangsa seharusnya layanan yg diberi terbaik.. tak patut btul jika ianya berlaku.

    Anda dibayar gaji utk memberi perkhidmatan yang terbaik bukanlah utk membuat kerja sambil lewa.. fuhh.. dunia..dunia..

    Utk Abg Mazidul Akmar.. yg baik di puji, yg tak baik trus diperbaiki.. Tahniah !

    BalasPadam
  7. bagi saya kalo naik kapal terbang domestik ke mahupun antarabangsa seharusnya layanan yg diberi terbaik.. tak patut btul jika ianya berlaku.

    Anda dibayar gaji utk memberi perkhidmatan yang terbaik bukanlah utk membuat kerja sambil lewa.. fuhh.. dunia..dunia..

    Utk Abg Mazidul Akmar.. yg baik di puji, yg tak baik trus diperbaiki.. Tahniah !

    BalasPadam
  8. selalu naik ekonomi gak... maybe nasib encik kurng baik kot.

    sebab masa saya naik makanan dia sedap je.. hehehe

    BalasPadam
  9. norasiah...cuba le naik mas..dah cuba baru tau..akak suka naik mas..wpun penumpang kelas ekonomi takde masalah...layanan ok je...

    BalasPadam
  10. Pertama kali naik MAS tahun 1979 penerbangan domestik. Bermula dari situ telah berpuluh kali naik MAS samada domestik atau antarabangsa. Dulu dan sekarang amat berbedza. Dari parasrupa pelayannya sehingga layanannya. memang kalau diukur jauh berbedza baik dari parasrupa, layanan dan kualitinya. Banyak yg perlu dibaiki dalam organisassi ini.........

    BalasPadam
  11. Tentang makanan sila hubungi pemilik Brahim’s Holdings Bhd, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi. Syarikat beliau mendapat 25 tahun kontrak membekalkan makanan untuk penerbangan malaysia.

    BalasPadam
  12. dah beratus kali saya menaiki pesawat MAS terutama masa zaman sy berkhidmat dgn kerajaan tak lama dahulu, dan paling terakhir menaiki MAS pada bulan April baru2 ini ke Makkah mengerjakan umrah dan duduk di bhg Business Class.. ...tiada yg istemewa bagi saya menaiki MAS ni..layanan so-so je..tapi nak dicertitakan disini adlah pengalaman sy menaiki Air Asia. saya pernah 2 kali menggunakan perkhidmatan Air Asia ke Eropah pada tahun 2011. pertama pada bulan Feb ke Stansted, England dan kedua pada bulan Dis ke Orly, Paris atas urusan perniagaan sblm mereka menamatkan perkhidmatan ke Eropah sehingga kini atas alasan yang tidak dapat dikenalpasti... semasa perjalanan balik dari Paris selama hampir 14 jam ke Malaysia, pesawat penuh. penumpang2 terutama berbangsa Eropah amat berpuas hati dgn perkhidmatan dan kemesraan walaupun letih duduk sebegitu lama...tidak pernah saya menaiki mana2 pesawat didunia apabila semua penumpang bertepuk tangan beramai2 ke atas cabin crew khususnya ketua pramugara atas kebijaksanaan beliau mengendalikan penumpang dengan cekap dan menghiburkan hati...para penumpang amat tercuit hati dengan layanan yg menghiburkan oleh cabin crew yang mana mengurangkan tekanan penumpang dlm perjalanan yg agak panjang dan jauh..Tahniah Air Asia!!

    BalasPadam
  13. setuju dengan myheart! dah xde pilihan... saya ttp naik air asia... tapi ya ampunnn.. dia punye sombong x bleh blah!. dan ya, fake smiles!!!

    BalasPadam
  14. Erk, pramugari xkasik gambar pun jadi isu ke?

    Kadang-kadang kita terlupa, pramugari ni pun manusia, ada hak dia orang, kalau dia orang tak nak bergambar, ikut suka merekalah. Ada aja yang nak bergambar, terpulang pada tuan empunya badanlah :)

    BalasPadam
  15. Beberapa pesawat yang pernah naik setakatni layanan paling baik rasanya MAS lah. Saya pernah menaiki Air Asia Mas dan KLM royal Dutch dan MAS paling baik saya berikan. haha

    BalasPadam
  16. Beberapa pesawat yang pernah naik setakatni layanan paling baik rasanya MAS lah. Saya pernah menaiki Air Asia Mas dan KLM royal Dutch dan MAS paling baik saya berikan. haha

    BalasPadam
  17. stuju gak ngan fakhrul islam...
    dlm hidup ni kalu terlalu mncari kesempurnaan mmg selalu akn mghadapi kekecewaan...surf to blog ni utk mgetahui keadaan airlines di negara kita -weechookeong.wordpress.com/ dan malaysiaairlinesfamilies.wordpress.com/...byk perkara yg lebih mgejutkan

    BalasPadam
  18. ya btol saya setuju sgt dgn Fakhrul Islam. itu hak mereka...mereka takut mungkin kalau ade pihak tertentu akan menyalah gunakan gmbr mereka..
    bagi saya sesiapa pon akan terkejut dan marah jika amek gmbr tanpa kebenaran..

    BalasPadam
  19. Bukan tidak boleh di ambil gambar tapi seperti masuk rumah orang bagi salam.. Sama juga pramugara dan pramugari kami perlu kan ruang kami utk bekerja. Sudah abes bekerja atau service ... pggil dan minta lh persetujuan mereka utk ambil gambar.. Lagi pun sekarang tak Kira blogger atau sesapa pun Mungkin Akan menyalah guna kan gambar tersebut. Yer.. Senyuman di kabin untuk penerbangan 737-400 atau 737-800 mungkin Sukar untuk Mereka senyum kerana penat untuk menghadapi keseluruhan 14jam bekerja tanpa rehat maksimum atau minimum sehari boleh kepada 10 jam. Penerbangan bukan lh spt bekerja di daratan.. Ia melibat kan altitude and melibat kan paling kurang 4 take off landing (sehari), maksimum 8 take off landing utk MAS dan 12 take off landing maksimum utk AirAsia.

    Mereka yg sentiasa mengguna kan ayat oh kami bayar so kamu serve lh sbb gaji kamu kami bayar! Hemat Bangsa tak sedar di untung kamu ni... Mana Adat Budaya Kamu? Untuk pengetahuan semua. Krew kabin mengutamakan keselamatan anda terlebih dahulu Dan service cuma complimentary. Lagi pun gaji Mereka bukan di bayar oleh kamu. Di bayar oleh syarikat. Malah yg membayar sekarang adalah duit kerajaan juga kerana MAS dh xda duit. Duit kamu bayar pun hanya untuk kos, makanan, minyak kapal, tax dan seat. Service adalah sampingan yg MAS sediakan. Kalau xsuka terbanglah dgn AirAsia!

    BalasPadam
  20. Rakyat Malaysia memang majoriti belum mempunyai mentaliti yg lebih keterbukaan. Tidak salah mengambil gambar melainkan ada dinyatakan tidak boleh mengambil gambar.

    If you are working in the plane itself, it is not your house but your working place and it is a public place for the passengers. Please do not mix those things together and make it personal.

    If you have nothing to hide and doing your job fine then taking your picture should not be a problem.

    If it was me working as a MAS crew, i see it as an opportunity for me to show why MAS's tagline is 'This Is Malaysian Hospitality'.

    I think the readers here should understand what Mazidul is trying to say here instead of sekadar membaca dan tidak berfikir.

    Turn your negative thinking into a positive thinking, readers.

    BalasPadam
  21. Setuju dengan saudara Fakhrul Islam, keterbukaan bukan bermakna setiap perkara boleh dibuat sesuka hati sehingga perlu menunggu papan tanda untuk memberitahu...mengambil gambar orang adalah perkara yang melibatkan individu lain...pramugari hak dia hanya menjalankan kerja dia, mereka dibayar bukan untuk diperguna sesuka hati...dan perkhidmatan bergambar rasanya tak ada kot dalam list kerja seorang pramugari...nak berfikiran terbuka pun ada batasnya...

    BalasPadam
  22. Saudara Adam Vai, keterbukaan perlu dilihat pada situasi. Tugas pramugari/pramugari juga mempunyai skop untuk bergambar? itu dh dikira privacy.mereka bkn artis. saya ambik cth saudara Adam Vai marah x sewaktu saudara tgh berjalan berdua dgn wife ketika di pusat membeli belah dan saya tiba2 dtg snap gambar wife saudara dan simpan. owh sungguh terbuka nya sikap saudara.......
    maaf kalau terkasar.

    BalasPadam
  23. Pada hemat aku,MAS mmg lebih baik dr Airasia... Dari semua sudut..dan apa yg mazidul tuliskan disini hanyalah perkara subjektif yg hanya dr sudut pandangannya. Jadi mungkin benar,mungkin tidak..mungkin berlaku ats sbb2 yg tuhan dh entukan utk dia..
    Aku merupakan frequent flyer utk mas dan airasia, selalu pergi dgn mas,dan balik dgn airasia... Ataupun sebaliknya.
    Ternyata bila naik mas,aku rasa penuh malaysian... Teratur n dpt mkn,xde lgsg keadaan kacau bilau..Tapi naik airasia,hmmm takat usha bontot stewardess pakai skrit ketat ja lah,tu pun dh tambah dosa..
    Bab makanan,so far hanya skali sy mkn dgn mas tak best iaitu time sy balik dr tokyo,diorg bg unagi yg mmg sy tak mkn,bila sy tanya krew,dia ckp catering dr tokyo,so sy terus paham la,takkan nk harap ada nasi lemak n roti canai ataupun karipap kot..n airasia pulak feveret mknan sy dlm tu adalah chic wrap, tapi sering kali tak sempat nk order online,so ada lah satu hari,sy naik airasia ni,mtk kat crew diorg,dgn muka kereknya, tros crew laki tu jwp takdak, selalu diorg ada 2 cart,yg jaga dpn n blkg,apa lah salahnya p check dkt cart yg satu lagi or offer something else..mmg a bit turn off la,kalau aku ingt nama mamat tu mmg aku letak dh kt sini sbb dia mmg sumpah ala2 brand FCUK kan..
    Tapi naik Mas,mmg la takdak teh o ais ataupun air yg tah apa2,tapi ada teh tarik yg paling sedap skali di awan biru...kat situ kena fikir positif la,takkan MAs nk berangkut ala2 kedai mamak or serbaneka on board, melelong kapai tu wei..bab senyum2 ni lah yg paling subjektif..kena tgk keadaan,kalau aku pun kalau org baik2 dgn aku,aku baik2 dgn org,kalau nk cari pasal n kesalahan mmg muka aku ketat lah kan,so disini pun crew2 tu pun confirm fikir mcm tu sbb mazidul kot naik atas flight,confirm nk BIKIN PANAS kan... N bab amek gambar tu yg tak boleh diterima, tak boleh snap gambar sesuka hati sbb ianya adalah personal dh, kalau aku pun tiba2 org dtg ckp "cik,sy nk snap gmbar cik boleh?" comfirm aku tak bg walaupun atas apa sbb pun, ni pulak crew2 tu kan.. Sbb tu dari awal aku ckp,komen n coretan mazidul ini terlalu subjektif.. Kecuali org yg mcm aku ni boleh kata seminggu 2/3kali fly.. Pendek katanya, korang pergi naik airasia,balik naik mas, sila judge dr awal nk check in, smpai korang dh amek beg check in korang.. Bukan takat perbandingan airasia/mas shja, but pls try another airline mcm china southern & klm..korang akan dpt tau apa yg aku maksudkan..
    P/s: mazidul,aku tggu penilaian dr kau ttg airasia pulak, melainkan tony dh bayar suruh burukkan MAS la.. Ahahah apalah agaknya komen hitam putih kehidupan dr mazidul ttg airasia selain matanya tertumpu pd skirt merah crew tu kan... Klau ada bran,sila publish komen ini,jgn delete plak ye mazidul...

    BalasPadam
  24. Tak stuju dgn mazidul...komen aku yg 1st tak di appve, takut ke dgn realiti? Hahaha..mas much much2 better than airasia..bab amek gambar mmg hak crew tu,dh jadi personal privacy..bab mkn mmg patut mas tukar caterer but mas stil better dr airasia..
    Mazidul pergi lah komen airasia pulak,dari awal check in smpai turun amek beg, tak sabar nk baca hahahha..

    Komen mazidul terlalu subjektif,seolah2 ada pihak taja nk suruh dia lingkupkan penerbangan rasmi negara...

    BalasPadam
  25. salam mesra.. kepada semua pembaca.. sekiranya terdapat sebarang komen, anda boleh ajukan kepada malaysia airlines.. sebagai krew mereka cuma menjalankan tugas dgn baik. senyuman itu perlu walaupun pada dasarnya berhadapan dgn pelbagai karenah penumpang. kami dilatih untuk bersikap ramah walau pada hakikatnya penumpang menganggap kami sebagai hamba mereka.. mereka sebagai krew dan anda sebagai penumpang.. bukan crew sebagai pelayan dan anda sebagai raja.. kita msing2 ada peranan.. makanan yang disajikan jika tidak mendapat tempat dihati anda boleh komen diborang komentar kerana terdapat borang aduan dan komen di setiap penerbangan kecuali anda tidak pernah menggunakan penerbangan kami..jika tidak berpuas hati sila isi borang trsebut. setiap penerbangan telah diberitahu agar mematikan sebarang alat tekomunikasi, telefon bimbit mahupun sebarang alatan elktronik.. jika gambar diambil semasa penerbangan, adalah tidak salah jika krew tidak membenarkan gambar mereka diambil ketika dalam penerbangan.. harapan saya agar penumpang melebarkan sayap merasai pengalaman syarikat penerbangan negara lain kerana anda pasti merasakan bahawa hanya layanan Malaysian Hospitality adalah yang terbaik kerana MH merupakan World Best Cabin Crew.. terima ksih kerana begitu peka dgn penerbangan Malaysia Airlines..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.