Khamis, Jun 28, 2012

PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI BIL BEBAS BIL BAYARAN TELEFON BIMBIT DAN TELEFON RUMAH

Ya, tajuk di atas adalah FAKTA. 

Setiap kali pulang ke kampung halaman, pasti bil harian telefon bimbit saya kosong. zero, nil, begitu juga semua pelancong sudi berkunjung untuk berkelah bersama keluarga mereka di kampung Sungai Bil.

Mana mungkin syarikat operator telefon mengenakan caj sedangkan tiada signal untuk telefon bimbit. 

'Barangkali pihak tertentu risau beban bil bayaran penggunaannya nanti kepada penduduk2 di sana. Masakan tidak bila nama sungainya pun Sungai Bil :)'

Terusik saya dengan gurauan sinis dilontarkan oleh penganalisis jenayah terkemukan, Kamal fnd Hashim di ruang komen entri sebelum ini.

Penduduk Sungai Bil bukan golongan kaya biarpun mungkin sebilangan anak mereka sudah berjaya dan hidup selesa di Kuala Lumpur.

Bayangkan ...

"Tolong maklumkan kepada penduduk Sungai Bil, saya akan datang berkempen (untuk Pilihan Raya ke-13) dalam tempoh sejam lagi dari sekarang," arah calon Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen.

... tidak kisah samada mereka berstatus 'datuk' atau tidak, tiada bezanya.

"Maaf Datuk, kampung Sungai Bil tidak ada kemudahan telekomunikasi. Hmmmmm ... maksud saya tiada kemudahan telefon rumah atau signal telefon bimbit. Jadi saya terpaksa memandu kereta ke sana terlebih dahulu untuk memaklumkan penduduk kampung mengenai kehadiran Datuk," balas pembantu peribadi mereka.

"Sejak bila tiada kemudahan telefon?," tanya calon, porak porak hairan.

"Sudah berkurun," balas pembantu.

"Yakin sudah berkurun?," tanya calon lagi untuk kepastian sudah terserlah.

"Saya yakin 100%, BERKURUN," jawab pembantu sambil tersenyum.

Situasi itu bakal dihadapi oleh semua calon Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, PAS atau DAP, jika calon mereka ingin berkempen di kampung kelahiran saya.

Andai sewaktu berkempen di kampung sama, malang menimpa, calon diserang sakit jantung (moga dijauhkan), usah bermimpi untuk menghubungi ambulan menggunakan telefon. Campakkan sahaja semua telefon bimbit ke sungai mengalir jernih dan sejuk tanpa mengenal jenis alat komunikasi terbabit kerana pasti tidak mampu digunakan. 

Sila beramai-ramai mengangkat calon dan bawa beliau dengan kadar segera menaiki kereta melalui jalan berbengkang-bengkok bak ular dipalu ke hospital di Slim River atau Tanjung Malim untuk dirawat, jika sempat.

Untuk rekod, setakat ini  Sungai Bil telah melahirkan individu bergelar 'datuk', jurutera, guru, pekerja kilang, kakitangan kerajaan dan swasta.

... dan saya, blogger cabuk, suara masih tidak didengari.

Namun tidak mengapa, saya percaya, sedangkan batu lagikan lekuk jika terkena titisan air berulang kali, inikan pula manusia bergelar pemimpin. Mereka semua mempunyai telinga dan otak untuk berfikir, lagipun bukan sebarangan orang. Mereka insan terpilih bak khalifah. Cuma barangkali mulut mereka belum terbuka dan hati mereka tidak digerakkan oleh Allah untuk mengajukan masalah asas dikemukakan oleh rakyat.

... biarpun mereka digelar 'WAKIL RAKYAT', dilantik oleh rakyat secara sah dan bersetuju untuk memikul tanggungjawab diterima secara sukarela.


Saya tidak pernah meminta pemimpin terkini di kampung, daerah dan kawasan parlimen untuk mengangkat cangkul, membanting tulang empat kerat untuk menaikkan pencawang telefon di kampung Sungai Bil, seperti saya nukilkan dalam entri terdahulu. Berhubunglah dengan pihak berkuasa dan gunakan KUASA dan SUARA sebagai wakil rakyat untuk membantu rakyat sebelum ini bersungguh-sungguh memilih dan mengundi pemimpin mereka.

Ok YB?

Jika YB belum berpeluang membaca entri 'Tampalan Khas Untuk Perdana Menteri', sila klik di sini.

Saya telah menghantar beberapa mesej melalui Tweeter kepada Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengemukakan isu sama.

Jika pihak lain sudi melaksanakan tindakan susulan, masakan saya perlu bertindak sebegitu.

JIKA PEMBACA MENYOKONG ISU DIBANGKITKAN DALAM ENTRI INI, SILA KONGSIKAN DI FACEBOOK, BIAR DIBACA DEK PEMIMPIN BERKAITAN.

10 ulasan:

  1. SMTI - ha ha Kita tengok siapa calonnya nanti. Mungkin antara ayat dalam kempen..."Shaya akkan pastikan, khampong ini tidhak akkan ketinggalan laghi, shaya shuka nak beritahu, bahawa pihak shaya akhan dengan kadar segera memasang peralatan unthuk sistem komunikasi tanpa wayar bagi penduduk setempat dan kawasan sekitar"

    Mungkin ada ayat begini "Shaya juga shuka nak istiharkan, bahawa setiap penduduk akan dapat 'kredit talipon bimbit RM500.00 setiap seorang"

    he he

    BalasPadam
  2. Sahabat Red Rambutan, jasa mu akan ku kenang dan amat dihargai.

    BalasPadam
  3. biar betik sampai line telekom utk telefon rumah pun takde... kenapa masih ada tempat yang dianaktirikan? at least kalau takde line utk telefon bimbit, kena lah ada line utk telefon rumah... tu kan keperluan asas zaman sekarang... kalau ada emergency mcm mana nak hubungi pihak yg berkenaan?

    join contest ni sekarang dan menangi pen drive percuma

    BalasPadam
  4. Sdr Mazidul - ada akaun twiter ? mungkin boleh terus twiter kepada Dato Sri Rais Yatim - mungkin beliau akan "TERASA" - dan dalam masa yang sama saya akan fwd kan blog ini buat tatapan beliau...

    - Satu lagi.. andainya ada sebarang majlis yang di hadiri para Menteri atau Pegawai Kanan Kerajaan.. pasti mereka semua kepanasan sebab tak dapat berbalas twiter / BBM sebab inilah habbit mereka sekarang !

    - mudah mudahan akan ada perubahan sedikit hari lagi... insallah !.. sebab kampung saya orang asli pon ada yang gunakan Blackberry... heran...

    BalasPadam
  5. Pada kala ini menjelang PRU pastinya ada yg akan berjuang bermati-matian memastikan setiap penduduk kg tersebut mendapat perkhidmatan telefon silap haribulan siap dpt Unifi lagi kat situ cuma apa yg diharapkan agar segala perkhidmatan dari wakil rakyat yang bakal dipilih nanti akan berterusan jangan pula habis pilihanraya batang idung pun susah nak nampak....

    BalasPadam
  6. Penagih dadah banyak sangat. Sg Jurong tu dah ada GSM tower tp tak berfungsi pun sebab kabel asyik kena curi...

    BalasPadam
  7. Maaf ingin bertanya saudara Mazidul..walaupon tiada 1 pun talian yg dpt dari mana2 operator di Malaysia, cuba Mazidul dial 112..ini talian emergency selain 999..cubalah..mungkin boleh mungkin tidak? sbb walau tiada sim card sekali pon kebiasaan semua telefon bimbit dari apa juga jenama masih mengekalkan no 112 sebagai talian emergency.mungkin menggunakan satelit sama konsep seperti GPS..
    p/s: saya masih belom mencuba.. :)

    BalasPadam
  8. Dino, alat telekomunikasi bukan hanya diperlukan semasa kecemasan.

    Tidakkah penduduk kampung berhak untuk berhubung sesama mereka dan masyarakat luar?

    Tidakkah ibu di kampung berhak untuk menghubungi anak di kota besar?

    Itu persoalan utama.

    BalasPadam
  9. Ketawa besar akak membaca komen saudara The Red Rambutan...mmg itulah kenyataannya, Jika PRU13 makin hampir nanti, pemduduk Sungai Bil pasti akak dijanjikan bulan bintang malah wang bantuan jgk tanpa kedekut akan diagihkan.Bila selepas PRU jer...penduduk Sungai Bil boleh nyanyi ramai2 lagu nyanyian Aishah Janji Manismu...hehehehe
    Wahai ADUN...jgn sampai penduduk Sungai Bil plk yg bertukar arah. Kasihanilah penduduk Sg Bil...takkan kemudahan kominikasi pon tak boleh diberi, susahnya kalau anak2 di kota nak berhubung dgn kluarga..sakit demam tak dpt di beritahu.... lakukan sesuatu wahai pihak2 yg berkenaan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.