Isnin, Jun 25, 2012

JIKA TIDAK BERSELERA MAKAN SILA BACA DAN TONTON KLIP VIDEO DI ENTRI INI

"Makanlah, ini sahaja ada untuk hari ini. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya Allah memberikan kita rezeki," ujar ibu.

Barangkali sebilangan kita pernah mendengar kenyataan itu sewaktu kecil. Ketika itu mungkin kita hanya makan nasi putih berlaukkan ikan masin dan kicap pekat sahaja.

Saya dibesarkan di kampung dan pernah makan hidangan sebegitu di rumah jiran. Namun selera tidak pernah terbantut kerana kemeriahan makan bersama 10 anak jiran terbabit. 

Makan di atas lantai buluh, berpinggan ayan.

Peristiwa itu berlaku kira-kira 40 tahun lalu.

Makanan anak sekarang mewah. Mereka dihidangkan ayam, daging dan pelbagai jenis ikan.

Apapun kita semua sebenarnya amat bertuah samada makan ikan masin atau lauk lain berbanding mereka tinggal di Haiti. Dilaporkan, pendapatan purata penduduk pulau terbabit kurang RM6 sehari. Justeru mereka tidak mampu untuk membeli beras, akibatnya 80% penduduk memakan 'mud cookies' atau biskut tanah liat.

Bisku sama juga digelar 'dirt cookies'.

Lihat lidah anak kecil di bawah selepas memakan mud cookies di negara termiskin di hemisfera barat. Dilaporkan biarpun biskut dicampur garam, gula dan serbuk perasa berasaskan sayuran, rasa tanah kekal di lidah buat jangka waktu agak lama.


Tonton bagaimana mud cookies diperbuat.


Selepas menonton klip video di bawah, kita semua seharusnya berasa bersyukur dengan pelbagai makanan dihidangkan di atas meja setiap hari.

Sekaligus hargailah keamanan dan kemakmuran dikecapi di negara kita ini berbanding negara dilanda krisis politik dan gempa bumi itu.


Sila kongsikan kandungan entri ini bersama anak, agar mereka semua lebih menghargai  juadah kita sediakan setiap hari.

HEBAHKAN

9 ulasan:

  1. smti : sy antara insan yg paling bersyukur dpt merasai kenikmatan ini..:)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..bersyukur lahir di malaysia..

    BalasPadam
  3. penah tgk dlm tv kalau x silap cara pembuatan biskut tanah liat ni

    bersyukurlah

    BalasPadam
  4. saya nak email abg.. ada perkara yg hendak saya kongsikan..

    BalasPadam
  5. Lebih2 lagi bulan puasa yg bakal menjelma ni..

    Banyaknya lebihan makanan terbuang..
    Jangan jadikan kita hamba Ramadhan
    Tapi carilah ketaqwaan dlm Ramadhan...

    BalasPadam
  6. SMTI - Saya yakin dan jamin, pihak parti pembangkang yang tamak haloba dan gilakan kuasa tidak pernah tahu tentang dunia luar. Mereka cuma mahukan tanah dan menguasai orang Melayu.

    BalasPadam
  7. Sgt bersetuju dgn komen Siti dan The Red Rambutan...apa2 pon akak sgt bersyukur dgn kehidupan yg aman makmur di Malaysia ni. Makan melimpah ruah, ekonomi stabil.. dulu masa time akak kalau nak shopping kena tunggu gaji tapi skrg, awal bulan ke, tengah bulan ke hujung bulan ke...kat shopping komplek penuh je org berbelanja. So mmg kita semua patut bersyukur atas limpahan rezeki ni...alhamdullillah.

    BalasPadam
  8. aduhai.. melihat anak kecil tu rasa sebak sgt...

    Syukur atas semua nikmat yang kau beri Ya Allah..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.