Jumaat, Jun 08, 2012

PENGAKUAN GRO KELANTAN

Majoriti pusat hiburan tumbuh di bandaraya di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Johor, Pulau Pinang, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Menghubungkaitkan pusat hiburan dan Kelantan, dianggap taboo.

Pun begitu, fakta tetap fakta dan tidak dapat disangkal. 

Kini dilaporkan, pelayan pelanggan, GRO dari Thailand juga mula menyeberang dan menawarkan perkhidmatan mereka di Negeri Serambi Mekah itu.


Sila baca kes berhubung operasi pihak berkuasa membanteras GRO di Gua Musang, Kelantan, klik di sini.

"Umur saya 25 tahun, berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Di Kuala Lumpur saya tinggal serumah dengan boyfriend saya. Kakak dia pun GRO juga, bekerja di pusat hiburan sama dengan saya," ujar 'Dania'.

'Dania', bukan nama sebenar.

"Boyfriend awak orang Kelantan?," soal saya.

"Bukan, dia dari Tangga Batu, Melaka," balasnya.

"Mengapakah datang dari Kelantan dan menjadi GRO? Banyak lagi kerja lain di Lembah Klang ini, kan?" tanya saya.

"Kalau kita tengok, ramai GRO di pusat hiburan berasal dari Kelantan. Macam saya, sewaktu remaja menetap di Kuala Krai dengan keluarga. Ayah meninggal, cuma ada ibu sahaja. Hidup di kampung susah, air di sana pun keruh! Nok mandi lagu mano?," guraunya sambil tertawa.

Tiba-tiba saya terimbau aduan pembaca blog ini berhubung kualiti bekalan air di Kuala Krai, klik di sini.

"Menarik, GRO warga Thailand bekerja di Kelantan manakala gadis dari Kelantan bekerja sebagai GRO di Kuala Lumpur," kata saya.

"Menjadi GRO, kerja mudah. Menyanyi sambil melayan pelanggan, saya tidak minum alkohol. Kalau masa happy hours di antara jam 5 petang dan 9 malam, saya berkebarangkalian melayan lebih daripada seorang pelanggan di bilik berasingan. Selepas itu kalau pelanggan book saya, saya hanya akan melayan dia seorang sahaja dengan bayaran RM250 sehingga jam 2 pagi. Kalau pelanggan hendakkan layanan 'ekstra', itu boleh dibincangkan dengan bayaran tambahan. Apapun, purata pendapatan harian saya, RM300," jelasnya.

Sewaktu di Kelantan, saya beberapa kali menyertai operasi bersama pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu, MPKB.

Bilik di rumah dijadikan pusat karaoke diserbu, pondan dan rakan wanitanya terkejut. Peralatan karaoke dirampas oleh penguat kuasa MPKB.


Baca kisah serbuan itu, klik di sini.

Kisah kegiatan GRO Melayu di Kelantan, saya kongsikan di sini.

Diringkaskan, gelaran nama negeri dan kepemimpinan ternyata bukan penjamin negeri terbabit bebas maksiat. Jika tidak boleh bergiat di negeri sendiri, mereka berpindah ke negeri lain untuk mencari rezeki secara lebih mudah, memperdagangkan tubuh.

Sesekali tidak salah jika pemimpin di negeri Cik Siti Wan Kembang turun bersama penguat kuasa MPKB untuk melihat sendiri kegiatan GRO di negeri sendiri.

Biar dilihat dengan mata kepala.

Andai dilaporkan sepenuhnya oleh media arus perdana, nanti dikatakan berat sebelah pula.

14 ulasan:

  1. Selagi ada permintaan terhadap hiburan selagi itulah semua benda tu akan ada.

    BalasPadam
  2. Bila tiba musim pilihanraya, pasti akan ada banyak cerita mengenai kelantan dan akan banyak keluar tentang keburukan dari kebaikan...

    BalasPadam
  3. "Diringkaskan, gelaran nama negeri dan kepemimpinan ternyata bukan penjamin negeri terbabit bebas maksiat. Jika tidak boleh bergiat di negeri sendiri, mereka berpindah ke negeri lain untuk mencari rezeki secara lebih mudah, memperdagangkan tubuh."

    Bukti kejayaan polisi kerajaan Kelantan. Jika mereka menjadi GRO di negeri lain, itu bukan salah kerajaan Kelantan, malah itu sebenarnya adalah kejayaan mereka tidak menggalakakkan pekerjaan yang berunsur maksiat :)

    Takkan PBT Kelantan nak ambil tindakan ke atas premis negeri lain.

    BalasPadam
  4. harap2 semua gro ini akan dapat kembali ke pangkal jalan dan setelah mereka bertaubat nanti harap2 ada lelaki yang sanggup menerima mereka dan sudi mengambil mereka menjadi isteri walaupun pernah melalui titik2 hitam dalam kehidupan...

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. tak habis2 prejudis terhadap negeri kelantan. kalau bukan ahli politik pun apa masalahnya...? 'manusia' jugak!

    BalasPadam
  6. Setuju dg saudara Zaidi Rasmin..
    ini sudah menjadi lumrah TV3..
    Isu kelantan, selangor, penang makin banyak di buletin utama TV3..

    BalasPadam
  7. Mungkin Di tempat Lain Lebih teruk dari ini. :)

    Cuba tinggal di kelantan.. dan rasai sendiri :)

    BalasPadam
  8. "Diringkaskan, gelaran nama negeri dan kepemimpinan ternyata bukan penjamin negeri terbabit bebas maksiat. Jika tidak boleh bergiat di negeri sendiri, mereka berpindah ke negeri lain untuk mencari rezeki secara lebih mudah, memperdagangkan tubuh.

    Sesekali tidak salah jika pemimpin di negeri Cik Siti Wan Kembang turun bersama penguat kuasa MPKB untuk melihat sendiri kegiatan GRO di negeri sendiri.

    Biar dilihat dengan mata kepala.

    Andai dilaporkan sepenuhnya oleh media arus perdana, nanti dikatakan berat sebelah pula."

    ciktom xsebelah mana2.. tapi baca entry ni especially quote yang cik tom copy dari entry mazidul sendiri tue memang berbaurkan unsur politik je wlpn dinafikan..hehe.. peace :)

    BalasPadam
  9. Blik kampung bertudung litup..Blik kl dedah smua

    BalasPadam
  10. harap2, smua negeri seluruh malaysia turut banteras...bukannya hanya memandang enteng kepada kelantan, tetapi negeri sendiri penuh maksiat.

    BalasPadam
  11. tak dapat disangkal walaupun digelar SERAMBI MEKAH, masih terdapat maksiat di negeri itu atau org negeri itu buat maksiat di negeri lain..hakikatnya, tanggungjawab mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan perlu dipikul oleh semua pemimpin dan rakyat tak kira negeri dikuasai pembangkang atau kerajaan yg ada..baru la maksiat dapat dibenteras semua sekali.kalau satu pihak buat ceramah agama, satu pihak buat konsert K-POP..smpai kiamat pon maksiat tak berkesudahan..

    BalasPadam
  12. Kerajaan negeri hanya berusaha. rakyat tak mahu jadi baik nak kata apa. Arab Saudi pun ada maksiat, apa lagi kelantan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.