Saya percaya ramai antara pembaca berpeluang menonton operasi dilaksanakan oleh pihak polis dan penguat kuasa Jabatan Imigresen memberkas pelacur.
Lazimnya, kondom berkualiti rendah dibawa masuk dari China, antara barangan utama dirampas.
Berikut contohnya.
Jika sewaktu mengadakan hubungan seks bersama pelanggan, kondom bocor, adakah sesiapa kisah?
Tiada, kerana wanita terbabit berstatus pelacur.
Majoriti premis menawarkan pelacur murah tidak berada dalam keadaan bersih dan selesa. Di bawah, gambar bilik air di premis pelacuran.
Kotor dan simen berkeladak tetapi adakah sesiapa kisah? Tidak, kerana itu bilik air pelacur. Ruang sempit sekadar digunakan untuk mencuci kemaluan mereka setelah digunakan dalam tempoh singkat.
Untuk rekod, setiap bayaran diterima oleh pelacur dicatatkan di dalam buku. Mereka juga memiliki akaun masing-masing.
Taukeh premis mengambil sebahagian daripada upah diterima oleh pelacur dalam bentuk bayaran sewaan bilik.
Jika catatan di atas diteliti, 'Anita' didapati melayan 2 pelanggan dalam tempoh kurang 2 jam. Pelanggan kedua hanya bersama Anita sekitar 55 minit.
Saya difahamkan, pelanggan, majoriti warga asing hanya membayar RM50 sahaja untuk satu sesi hubungan seks bersama pelacur pelbagai bangsa.
Mereka membawa jaket, lebih mudah untuk menyorokkan muka.
Barangkali lelaki di atas tidak mengetahui, etika pengamal media di Malaysia, melarang wajahnya dipaparkan di skrin televisyen atau di akhbar.
Saya juga mendapati, dalam setiap operasi disertai, majoriti pelacur berambut panjang.
Jawabannya mudah.
Mereka semua menjangka, premis pelacuran lambat laun pasti diserbu oleh pihak berkuasa. Sebilangan pihak berkuasa pula membawa bersama wartawan dan jurukamera untuk merakamkan operasi.
Berambut panjang, memudahkan pelacur menutup muka mereka sekaligus mengelakkan identiti diri dikenali.
Jika ingin melihat lebih banyak gambar pelacur sewaktu operasi, sila 'like' halaman ini.
Apa nak jadi? Macam kes Tasya je la..
BalasPadamkalau rambut pendek nak tutup guna apa
BalasPadamSMTI
BalasPadampelanggan2 yg datang tu takde rasa geli ke kemaluan pelacur2 tu dah kena guna oleh ramai lelaki?
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
Kalau mereka itu orang yang rapat dengan kita tengok bentuk badan pun kita dah tahu siapa dia. Permintaan banyak sebab tu pelacur masih berlambak2 walaupun sellau kena cekup. Warga asing datang sini bukan bawak isteri sebab tu dia org cari pelacur untuk lempiaskan nafsu, soal agama tolak ketepi yang penting dapat.
BalasPadamHAHA :D kelakar la pulak .
BalasPadamnaseb baik dah lepas 18 tahun . hihi
saya ada tengok masa 999 hari tu.. sangat2 la kotor tempat pelacur2 ni.. tauke dia dua kali kena tangkap tapi still tak mengaku yang dia tauke...
BalasPadamgila pengotor mereka ni..
Salam..kalau berambut pendek..tak ke dah macam lelaki..tambahan pula kalau pelacur kelas bawahan, kebanyakannya mempunyai paras rupa serta bentuk badan yg tidak menarik..Sudah tentu kurang mendatangkan tarikan..
BalasPadamsmti
BalasPadammalu kepada sesama manusia tapi tak malu kepada Allah...apa la..
BalasPadamsmti
BalasPadamish2... ada kelebihan rmbt panjang pada diorg...bt cover muka plk...
BalasPadamRambut panjang bukan utk cover muka jer tapi maybe nak lebih nampak seksi . Tengok tempat yg diserbu dlm 999. masyaallah ..kotornya..tapi itulah bila nafsu dah kuasai hati... yg kotor pon nmpk ok.....uishhh!
BalasPadamtumpang tnye. smti tu ape?
BalasPadam