Jumaat, Jun 15, 2012

MENGAPAKAH GERAI ROKOK TANPA LESEN MILIK ORANG ACEH BOLEH BEROPERASI?

Petang semalam saya dihubungi kenalan dari Sungai Buloh, Selangor.

"Saya tengok banyak gerai bergerak menjual rokok tanpa lesen di Bandar Baru Sungai Buloh. Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, MBSA tidak ambil tindakan ke? Tambahan pula, majoriti mereka orang Aceh, Indonesia," ujarnya.

"Entah, saya tidak tahu. Biar saya pergi ke sana terlebih dahulu dan membuat tinjauan," balas saya.

Beberapa jam kemudian saya berada di lokasi dimaksudkan.

Gerai di pinggir jalan di bawah menarik perhatian saya.


Sejak bila MBSA mengeluarkan lesen perniagaan kepada pemilik gerai di pinggir jalan seperti itu?

"Banyak gerai orang Aceh di sini," kata lelaki melintas di tepi saya.

Barangkali dia ternampak saya merakamkan gambar berhampiran Jalan Besar di kawasan itu.


Kurang 100 meter dari gerai pertama, saya rakamkan gambar gerai menjual rokok dan minuman ringan.


Saya tidak gemar membuat tuduhan melulu, lalu saya meluangkan masa unutk singgah di gerai menjual rokok di bawah.


"Awak orang mana?," soal saya.

"Orang Aceh dari Kabupaten Pidie," balasnya.

Dia berusia 20 tahun dan mendakwa bekerja menjaga gerai terbabit sejak sebulan lalu.

"Setiap bulan saya balik ke Aceh," celahnya tanpa ditanya.

Saya percaya dia memasuki Malaysia menggunakan visa pelancong dan kemudian menyalahgunakan dokumen itu.

"Penguatkuasa MBSA tidak 'kacau' ke gerai tanpa lesen seperti ini?," tanya saya kepadanya.


"Kami hanya berniaga di antara jam 4 petang dan 2 pagi sahaja sebab itu 'bandaraya' (MBSA) tidak kacau. Selepas itu gerai ini akan ditolak masuk ke dalam kedai, setiap hari. Gerai ini milik orang Aceh juga, taukeh restoran di kawasan ini. Saya hanya bekerja," jelasnya. 

Kalau begitu warga tempatan juga boleh berniaga tanpa lesen untuk mencari rezeki di negara sendiri, bisik hati saya.

Seperkara lagi, jika penguatkuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor mempunyai waktu terluang, mereka harus membuat pemeriksaan ke atas gerai terbabit. 

Sebilangan jenama rokok dijual, tidak pernah saya lihat sebelum ini.

"Ini rokok putih," kata penjaga gerai.

Saya kemudian terus memandu dan terserempak dua lelaki duduk bertinggung di ruang hadapan deretan kedai.


Pantas saya memberhentikan kenderaan sebelum merekodkan gambar berikut.


Lazimnya cakera optik asli tidak dijual dengan kaedah sebegitu.

Sekaligus saya terfikir, siapakah LEBIH berhak untuk berniaga di kawasan terbabit?  Penjual cakera optik cetak rompak warga Malaysia atau penjual rokok warga Aceh?

Penjual cakera optik, merompak hasil karya orang lain manakala peniaga warga Aceh saya temui ternyata melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan dokumen perjalanan, bekerja di negara ini.

Apapun, Malaysia mempunyai pelbagai jabatan penguatkuasa, penguatkuasa mereka berhak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas.

Lokasi dan kegiatan sudah pun saya dedahkan.

Dipersila melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.

NOTA : Jika ingin melihat betapa kotornya Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, sila klik dan 'like' di sini..

HEBAHKAN 

12 ulasan:

  1. kita tunggu pihak berkuasa datang serbu pula

    BalasPadam
  2. klu org tempatan yg berniaga tak ada lesen cpt jer pihak berkuasa buat kerja.. kadang-kadang kita nie pulak yang mcm pendatang asing. inilah namanye menumpang di negara sendiri..

    BalasPadam
  3. bro mazidul biasanya pendedahan2 di blog ni bro buat report sekali tak kepada pihak yang berkenaan mengenai isu2 yang berkaitan?

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Bila gerai2 macam tu wujud terasa macam berada kat negara dia org pulak. Sebijik!

    BalasPadam
  5. ada permintaan, maka ada penawaran.. gerai tu hidup atas sebab ada yang menghidupkannya, membeli barang jualannya. berhenti beli saja dan gerainya akan tutup terus.

    BalasPadam
  6. 'isk celaka betul la si mazidul ni, org nk berehat rehat nk bersenang lenang pun tk blh... Ni semua gara2 artikel dia dlm blog tu la kita dh kena buat kerja...' rungut si penguatkuasa selepas ini..

    BalasPadam
  7. tertanya2 jugak, tak de ke pemantauan dari pihak2 berkenaan bg membendung permasalahan? takkan nak harapkan orang ramai buat aduan atau wartawan buat laporan sepanjang masa baru ada serbuan dan tindakan?

    BalasPadam
  8. SMTI.
    Gua setuju ngan apa yg Izzan Yong Rosdin ckp..

    BalasPadam
  9. Dah rupa gerai2 kt indon jugak... Apala nk jd Malaysia ni... kalau bangsa sendiri meniaga .. Silap sikit je cepat betul amik tindakan ... apalah nk jd pihak berkuasa di malaysia ni.. Terlebih tidur ka rasuah ka...

    BalasPadam
  10. ni kat tempat saya ni..diakui memang wujud kedai2 jual rokok milik org asing dan penjualan dvd haram.seperti yg dilaporkan diatas.rokok2 yg dijual memang tak ada tanda cukai.dan dijual dgn harga yg lebih murah dan mendapat permintaan yg tinggi,kerana rokok2 yg berjenama mahal.dan kedai Acheh tu beroperasi 24jam.senang,kalau stok rokok habis.mungkin ini yg membuatkan kedai rokok Acheh ni 'kebal'.

    BalasPadam
  11. salam buat abang mazidul .sy berasal dari aceh .sy tak setuju dgn kerja kerja yg melanggar aturan.menurut sy mereka ini macam kambinglah kalaupun kebun itu sudah dipagar kambing itu tetap juga mencari jalan untuk masuk dan penjaga kebun takkan nak jaga 24jam ada masa lengah.sy misalnya dgn susah payah kehidupan di tempat asal datang kemari dgn terpaksa .yg ada dlm fikiran mencari uang .bagai mana mendapat uang sebanyak dan secepat mungkin.mungkin setengah org akan buat apa saja.mereka akan mencari ruang kelemahan penguasa.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.