Ahad, Jun 17, 2012

MINUM AIR KENCING DICAMPUR GULA

Di Pelabuhan Klang Selatan, Selangor saya terlihat pekerja stesyen minyak ini duduk di atas simen berseorangan.

Barangkali dia sedang menyukat paras minyak di bawah tanah.


Saya juga kemudian duduk berseorangan.


Bezanya, saya duduk di lantai Feri Excel Express 1.


"Datanglah ke Pelabuhan Selatan, saya bawa awak menaiki feri saya," ujar Zakiah Hasan.

Zakiah, 36 tahun, seorang daripada pembaca blog ini.


Sebelum menaiki feri, saya dijamu dengan udang galah masak lemak pucuk paku dan ketam masak goreng bercili.


"Udang itu saya kirim dari Tanjung Balai, Indonesia. Di sana harga udang lebih murah dan segar, tidak dimasukkan ke dalam ais lagi," ujar graduan jurusan Undang Undang, Universiti Malaya itu.

Selesai makan dan menghabiskan semua hidangan disediakan, saya kemudian dibawa ke jeti, lokasi feri dilabuhkan.


"Saya ada dua feri, Langkawi Excel memuatkan 150 penumpang dan Langkawi Express, 250. Setiap feri membawa penumpang ke Tanjung Balai di antara hari Isnin dan Sabtu pada jam 12 tengahari dan balik keesokkan harinya samada pada jam 11 pagi atau 12 tengahari, mengikut jadual ditetapkam, waktu Indonesia. Tambang termasuk cukai pelabuhan, RM110 sahaja untuk perjalanan sehala," kata anak berketurunan Mandailing itu.

Di dalam feri saya diperkenalkan kepada jurumudi, Asleh Panjaitan, 33 tahun.


"Hemat saya, bapak Asleh ini mempunyai kelebihan. Petah bercakap dan mampu membikin wanita cair apabila mendengarnya," jangka saya.

Asleh tertawa.

"Ceritalah kisah lama itu," desak Zakiah.

"Cerita apa?," celah saya.

"Oh! Begini. Sekitar 10 tahun lalu, saya bekerja sebagai nelayan berhampiran Pulau Batam. Kira-kira jam 6 petang, semua rakan sedang berehat. Tanpa disedari, petrol dimuatkan di dalam empat bekas plastik meruap. Tiba-tiba rakan saya meminta mancis api. Saya bertanya, untuk apa? Katanya untuk menyalakan lampu. Waktu itu terdapat 35 pekerja di atas kapal. Lokasi kami, 16 jam dari Pulau Batam. Waktu dia menyalakan sumbu lampu, api menyambar wap petrol dan terus membakar tubuh saya. Habis lecur semua bahagian hadapan tubuh termasuk kedua belah tangan," kongsinya.


"Kemudian apakah berlaku?," soal saya.

Zakiah duduk di sebelah Asleh bersama pembantu beliau, Yana, khusyuk mendengar.


"Ketika kejadian saya tidak memakai baju kerana sedang berehat besama rakan. Rakan duduk berhampiran saya cuma terbakar sedikit di lutut. Saat menanggung kesakitan saya lihat tubuh semua rakan di atas kapal saya menjadi terlalu kecil. Saya cuba meletakkan ketulan ais batu di tubuh terbakar tetapi dilarang anak kapal kerana bimbang kulit akan mengelembung. Akibat terlalu panas, saya ingin terjun ke laut tetapi ditahan oleh nelayan lain. Saya sempat berpesan, kalau saya mati, bawa jenazah saya untuk dikebumikan di kampung halaman. Akhirnya, dalam kesakitan, saya diminta untuk kencing oleh rakan. Mereka mencampurkan air kencing itu dengan gula pasir dan meminta saya meminum. Sebaik diminum, cairan itu berasa seperti madu, manis dan beberapa minit kemudian, pandangan saya pulih seperti biasa sebelum di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," jelasnya.

Tambah Asleh, campuran air kencing dan gula dikatakan mampu mengelakkan kerosakan jantung akibat  kebakaran kulit.


"Lebih 36 jam saya terpaksa berbogel di atas kapal. Saya masih ingat, kulit tangan saya melekat dan kemudian tertanggal sewaktu dilandaskan di atas kayu tempat saya duduk di kapal. Saya kemudian dirawat di dua hospital, Rumah Sakit Kasa Medika dan Rumah Sakit Budi Kemuliaan selama sebulan. Sewaku dirawat, kulit terbakar, tertanggal sedikit demi sedikit. Bayangkan jururawat muda terpaksa mengopek kulit itu dalam keadaan saya berbogel! Sesekali mereka menjeling ke bawah!," ujarnya sambil tertawa terbahak-bahak.


Sambil berbual, saya dihidangkan dengan mi segera, Pop Mee, minuman dan keropok Meninjau.


"Penumpang pergi dan balik dari Tanjung Balai, boleh membeli makanan dan minuman di dalam feri, kira amcam di pesawat Air Asia lah," kata Zakiah.

Saya kemudian meminta Asleh meneruskan cerita berhubung kejadian hitam ditempuh.

"Sewaktu di hospital, saya tidak tahu bagaimanakah rupa sebenar saya. Tambahan pula terpaksa berjalan seperti hantu, dengan kedua tangan kehadapan," jelasnya lagi.


Sebaik selesai mendengar cerita Asleh, saya dibenarkan meninjau feri terbabit dan merakamkan gambar. Saya kongsikan sebilangan daripada gambar terbabit bersama semua pembaca.


Zakiah dan semua kakitangan feri kemudian membawa saya makan angin menaiki feri terbabit ke Selat Melaka.

Asleh dan rakan bersilih ganti mengemudi feri sama.


Berikut antara pemandangan saya rekodkan.


"Kalau Mazidul mempunyai masa terluang, saya boleh sponsor untuk ke Tanjung Balai, boleh merakamkan gambar kampung nelayan. Kalau hendak ke Medan, kira-kira 4 jam perjalanan menggunakan kenderaan darat," kata Zakiah.

Terima kasih saya rakamkan.

Buat pembaca ingin ke lokasi sama, sila dapatkan tiket di kaunter feri di Kompleks Dato' Shaari. Untuk rekod, Tanjung Balai terletak kira-kira 4 jam perjalanan dari Pelabuhan Klang.


Terima kasih kepada semua kakitangana feri.


11 ulasan:

  1. rasa macam madu? ada penerangan saintifik?

    BalasPadam
  2. Itu pengalaman dilalui oleh Asleh, kalau inginkan penerangan saintifik, nampaknya Haziq kena berjumpa dengan ahli kimialah.

    BalasPadam
  3. sebenarnya takde masalah minum air kencing kalau dah dalam keadaan darurat utk mengelakkan dari dehydrate. seorang pakar survival iaitu bear grylls (http://www.youtube.com/watch?v=4U_xmfSwYSw) pun ada buat demo minum air kencing sendiri dalam sebuah dokumentari pasal survival.

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Petua2 begini mmg berdasarkan pengalaman. Berpuluh tahun di laut mgkin pelbagai petua mereka miliki.

    BalasPadam
  5. Apa yang menarik di Tanjung Balai bang? takde pulak tauke feri tu terangkan...

    BalasPadam
  6. Waduh!...
    teringin sekali mau pergi ke seberang.. udah lama mengidam.. perginya belum lagi. hehehhe

    barangkali dalam waktu terdekat ini dong si.. hehehe

    BalasPadam
  7. Melihat kepada tampalan feri ini mengingatkan saya kpd peristiwa setahun yg lepas - Menyewa sebuah feri membawa jenazah adik dr Batam utk dikebumikan di Shah Alam.

    Ombak petang yg mengganas di petang itu masih tidak dapat menandingi ombak di dada saya - demi membawa pulang anak bongsu emak.

    Sedih, sayu, hiba...
    Semuanya kuasa Allah jua...

    BalasPadam
  8. kdg2 petua yg xpenah kita terfikir boleh menyembuhkan kitakan...

    tp seronok tuh naik feri...:)

    BalasPadam
  9. abg mazidul kenapa tak bgtahu nk naik feri? boleh saya follow... saya pun tinggal dekat pelabuhan klang juga.... hehe

    BalasPadam
  10. SMTI - Tanjung Balai = Pulau batam. Siang banyak kemah kosong tepi jalan, bila malam orang ramai, tapi tak de macam pasar malam pun, barang-barang tak ada, tau sendiri je lah apa yang di niagakan. Encik Mazidul mungkin berminat untuk buat liputan. Kebanyakkannya gadis Batak. Minta minta jangan terjadi begini di tempat kita, terutamanya Selangor Darul Ehsan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.