Sabtu, Jun 30, 2012

HIMPUNAN KISAH CHINA DOLLS DILENGKAPI VIDEO KLIP (18SX)


Pelacuran, kerjaya tertua di dunia. 

Malaysia juga tidak mampu lari daripada gejala kegiatan pelacuran. Di tahun 80 an, majoriti pelacur asing menawarkan khidmat seks di negara ini berasal dari Indonesia. Antara faktor pendorong utama, jarak dekat di antara dua negara. Pada masa sama, waktu itu Malaysia mula dibanjiri oleh rakyat Indonesia, berhijrah ke negara ini secara sah atau sebaliknya untuk mencari rezeki. Tidak dapat dinafikan sekaligus mereka membawa bersama pakej 'lonte'.

'Lonte' bermaksud pelacur dalam Bahasa Indonesia.


Baca kisah lonte di Pulau Batam, klik di sini.

Lebih 20 tahun lalu, pelacur lazimnya ditempatkan di premis diketahui umum dan dilanggan dengan bayaran berkadaran. Pada waktu itu sebilangan kongsi pekerja binaan juga dilapor menyediakan tubuh montok untuk diperdagangkan, dengan harga lebih murah, berkadaran dengan pendapatan harian diraih oleh buruh binaan.

Kini pelacur dari Indonesia tidak lagi begitu dipandang dek majoriti pelanggan pelbagai bangsa.

Buktinya, mengikut statistik dicatatkan oleh Unit Pencegahan Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian, D7 Bukit Aman, di antara awal Januari dan 15 Februari 2012, 177 pelacur Indonesia diberkas.

Pelacur dari China jelas mendominasi jumlah tangkapan, 653 berbanding Vietnam (367), Thailand (300), Filipina (55), Uzbekistan (19),  Myanmar (14), Monggolia (6), Kemboja (10), Bangladesh (9), Nigeria (4), Sri Langka (4) dan India (1).

Jumlah keseluruhan tangkapan di seluruh negara dalam tempoh 90 hari itu,  1,619.

Pelacur dari China, lebih dikenali sebagai China Dolls atau PRC, Vietnam dan negara Timur Tengah lebih menonjol. Andai diperhatikan, modus operandi mereka juga sudah jauh berubah. Dahulu, contohnya, pelanggan berkunjung ke red light districts seperti di Chow Kit dan Brickfileds, Kuala Lumpur untuk mencari pelacur, kini mereka hanya perlu ke premis pelacuran bertopengkan rumah urut dilengkapi alat penghawa dingin.



Untuk rekod, pelacur China didapati menduduki statistik teratas dalam tiga tahun berturut-turut, tahun 2009 (5,753), 2010 (6,378) dan 2011 (5,922).

Sumber, klik di sini.

Purata tangkapan, 6,018 setahun.

Jika dijumlahkan, dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini,  18,053 China Dolls diberkas oleh pihak berkuasa.

Mengambil kira lebih 6,000 pelacur China diberkas  setahun, dijangkakan jumlah tangkapan pelacur dari Negara Tembok Besar di penghujung tahun ini mampu mencecah 24,071.


Sehingga kini sebilangan restoran di bandaraya Kuala Lumpur masih menjadi tumpuan China Dolls menawarkan khidmat seks.

Mereka bergerak lebih bebas sambil menggoda pelanggan di kawasan terbuka.

Tonton 2 klip video di bawah, pelacur China dicekup di Jalan Pudu.



"Lima puluh ringgit! Kongkek! (melakukan hubungan seks)"

Barangkali itu sahaja kenyataan berbahasa Melayu mereka ketahui dan fahami.

Take a break!

Warga Bangladesh di bawah, saya rakamkan marah kerana gambarnya direkodkan ketika melanggan pelacur di Brickfields.


"Sudah 'main' ke?," soal saya.

"Belum lagi, polis sudah mari," balasnya.

Kita sambung kembali ...

Sebelum ini, pelacur berasal dari Republik Rakyat China, PRC, diletakkan di dalam akuarium, ditahan oleh pihak polis di Jalan Kuchai Lama.


Kaedah sama diamalkan di Thailand.

Sewaktu mengendalikan program 999, saya dan beberapa wartawan menyertai serbuan bersama pegawai dan anggota D7 Petaling Jaya di Sunway Mentari.  Seorang daripada pelacur ditangkap dalam keadaan berbogel.

Bulu berserabut.

Untuk rekod, maklumat berhubung lokasi serbuan disalurkan oleh 999 berpandukan kepada aduan dikemukakan oleh penonton.


Klik di sini untuk membaca entri nukilan saya berhubung operasi sama.

Operasi rumah urut di kawasan terbabit juga didapati membabitkan gadis warga China.


China Dolls juga didapati terbabit sebagai penari tiang.


Selain daripada modus operandi itu, sindiket pelacuran kini juga memaparkan maklumat butiran pelacur menggunakan laman web.

Saya mempunyai rakaman audio, temubual bersama bapa ayam, dia menerangkan cara terperinci kaedah bagaimana jika pelanggan ingin mendapatkan khidmat seks dari pelacur PRC di Kepong, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan USJ, Selangor. Namun biarlah saya simpan terlebih dahulu sebelum didedahkan di sini.

Dimaklumkan, pelacur PRC berharga di antara RM170 dan RM180 untuk satu sesi perhubungan seks manakala untuk perkhidmatan over night, di antara jam 2 dan 6 pagi, RM600.

Sabar ya!

Buat sementara waktu, klik di sini.

12 ulasan:

  1. SMTI : Saya hairan kenapa pihak berkuasa sukar membendung masalah ini? Statistik yg menakutkan ! Purata hasil tangkapan hampir 6018org setahun adalah sgt menggerunkan!! Dimana silap pihak berkuasa kita? MOga dpt 'diselesaikan' dengan kadar segera.

    BalasPadam
  2. cemana dia org boleh butakan mata dan sanggup di layan oleh pelacur asing nie.. saya yang perempuan pun geli geleman.. kat uk pun china doll nie pun banyak gak dan tak silap 2 thn sudah ibu ayam yang di tangkap di sini adalah nyonya dari msia.. sungguh memalukan..

    BalasPadam
  3. yeap amat menggerunkan....

    sebelum ingin menyoal dimana silap pihak berkuasa kita, saya terlebih dahulu nak menyoal....APA DAH JADI DGN MASYARAKAT KITA????......

    pelacuran perniagaan yg paling menguntungkan, hampir tiada modal dan boleh digunakan berulang kali untuk menjana keuntungan.....dimana ada permintaan disitu ada yg akan menawarnya.....

    BalasPadam
  4. Salam Saudara Mazidul ...

    Tergelak rasanya dengan statment

    Seorang daripada pelacur ditangkap dalam keadaan berbogel. "Bulu berserabut" - rasa mual pulak bila macam tu dah lah "BERKONGSI" lepas tu kebersihan memang out...

    - Kagum dengan Sdr Mazidul - saya juga ada maklumat sebegini cuma tak berani nak siarkan... demi keselamatn saya...

    - Saya juga berbanga dengan Sdr. mazidul semoga medium blog ini makin hebat.. insallah..

    BalasPadam
  5. lima puluh ringgit! kongkek! hahaha lawak la ayat tu... tapi mmg betul minta pihak berkuasa pantau dan bendung isu pelacuran yg dah berleluasa ni

    jom join contest ni dapat hadiah pen drive... senang je

    BalasPadam
  6. apalah nak jadi dgn dunia skg.....inilah masalahnya kalau hidup bertuhankan duit sanggup lakukan apa sahaja....pihak berkuasa perlu lebih kuat untuk membendung masalah ini....

    BalasPadam
  7. kenapa tak pernah nampak gambar/video tauke tempat pelacuran tu kena tangkap? kenapa tak pernah expose siapa tauke tempat pelacuran di tv atau suratkhabar?

    BalasPadam
  8. terbaik post ni.....naik ranking page saudara mazidul,

    BalasPadam
  9. Ayam ditangkap. Pemilik reban ayam tak ditangkap. Bekalan api & air tidak dipotong. Premis peniagaan tidak disita kerana menjadi pusat perzinaan.

    BalasPadam
  10. Bagi yang butuh kehangatan saya silahkan kunjungi
    facebook saya.

    http://www.facebook.com/qiqi.wawa.9

    Yang ingin tahu no Handphone saya silahkan EMAIL lewat facebook saya, ( Hanya melayani PRIA yang tampan )

    Ne foto saya :
    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=468221296534548&set=a.449741878382490.99296.100000400445175&type=1&relevant_count=1&ref=nf

    BalasPadam
  11. Menerima Cowo Yang bernafsu tinggi & tampan.

    Bagi yang maw kenal saya lebih lanjut atau meminta no handphone saya silahkan ADD FB saya terlebih dahulu / EMail ke saya

    http://www.facebook.com/qiqi.wawa.9


    FOto lebih jelas bsa di lihat

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=468221296534548&set=a.449741878382490.99296.100000400445175&type=1&src=http%3A%2F%2Fsphotos-d.ak.fbcdn.net%2Fhphotos-ak-ash3%2F644732_468221296534548_1815519279_n.jpg&size=489%2C489

    Butuh dana segera..
    Daerah Batam..

    Niat YM ATO Add saya sekarang..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.