Dua hari lalu, saya dihubungi oleh wanita tidak dikenali melalui private message Facebook dan meminta saya menelefonnya.
Menurut wanita itu, dia kepingin berkongsi secebis kisah kehidupannya bersama saya.
"Abang tolong ceritakan kisah hidup saya di blog, semoga menjadi pengajaran kepada semua lelaki dan perempuan di negara kita ini," ujarnya.
Mendengarkan suaranya, saya mampu menjangka usia wanita itu masih muda. Sejak dari awal perbualan, dia menggelarkan dirinya 'Tasha' dan mendakwa berasal dari Selangor.
"Tasha berkahwin sewaktu berusia 17 tahun. Ketika itu, lelaki kemudian menjadi suami saya tinggal serumah dengan teman wanitanya di Pulau Pinang. Setelah lama tinggal serumah, dia tidak berpuas hati apabila mengetahui teman wanitanya itu tidak boleh mengandung. Kasihan melihat dia, saya kemudian mengandungkan anak dia ...," ujar Tasha.
"Maksudnya masa itu, Tasha belum bernikah lagi dengan lelaki itu?," soal saya.
"Belum. Setelah mengandung sebulan, kami kemudian bernikah. Sebelum berkahwin, saya bekerja di kilang, dia pula bertugas sebagai penjual tiket bas," katanya.
Usia suaminya pada ketika itu, 31 tahun.
"Sekejap! Kalau Tasha tidak kisah menjawab, saya ingin bertanya. Sebelum 'membuat anak' dengan dia, Tasha masih dara ke?," soal saya.
"Ya," balas wanita berusia 29 tahun itu.
"Ibu dan ayah Tasha bercerai?," tanya saya lagi.
"Ketika saya berusia 12 tahun," balasnya spontan.
Saya dapat menjangkakan jawaban itu berdasarkan pengalaman berurusan dengan pelbagai kes membabitkan gadis remaja terjebak dengan masalah sosial sebelum ini.
Majoriti mereka dibesarkan dalam keluarga bermasalah akibat ibu dan bapa berpisah ketika mereka masih kecil.
"Apakah terjadi selepas itu?," soal saya.
"Selepas bernikah, kami kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. Saya melahirkan anak sulung kami, lelaki. Saya menjadi suri rumah dan melahir 3 lagi anak. Suami saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan purata RM1,500 sebulan, cukup untuk membiayai kehidupan kami sekeluarga. Malangnya bermula pada tahun 2009, rumah tangga kami mula bergolak dan goyah. Suami terjebak dengan perjudian. Abang tahukan? Judi kuda menggunakan komputer," terang Tasha.
"Bagaimanakah awak tahu dia terjebak dengan perjudian?," soal saya lagi.
"Bang, setiap hujung bulan wang gaji dia habiskan di kedai mesin judi. Akibat ketagihan berjudi, berulang kali, hendak membeli susu anak pun dia tiada wang. Anak masih kecil menangis kelaparan. Banyak kali airmata saya menitis melihat keadaan anak kami. Saya cuba nasihatkan dia supaya berhenti berjudi tetapi dia tetap berdegil kononnya untuk ingin meraih wang secara mudah. Premis judi pula bersepah di sekitar rumah kami. Kalau boleh dia hendak duduk 24 jam di situ, berjudi bersama kawan-kawan. Kekadang saya berasa amat hairan, tidakkah pihak polis tahu mengenai kewujudan premis menawarkan perjudian itu semua?," soal Tasha.
Saya mendiamkan diri sebelum bersuara.
"Saya percaya pihak polis melaksanakan tugas membanteras premis mesin judi berkomputer. Namun biasanya setelah diserbu dan mesin judi dirampas, dalam tempoh beberapa hari sahaja premis sama beroperasi semula. Hemat saya, polis harus berkerjasama dengan syarikat pembekal air dan Tenaga Nasional Berhad untuk memotong bekalan air dan elektrik di premis diserbu berulang kali. Malangnya, tidak semua pihak berkuasa bertindak sebegitu. Saya yakin, jika kemudahan asas itu dipotong, pasti kegiatan premis terbabit, lumpuh secara serta merta," jelas saya.
"Saya kemudian membawa semua anak keluar dari rumah kerana sudah tidak mampu bertahan lagi dengan sikap buruk suami. Kini, waktu saya bekerja, semua anak dijaga oleh jiran saya, wanita Indonesia. Saya memberikan dia upah tetapi bukanlah banyak," ujar ibu itu.
"Tasha bekerja di mana?"
Soalan itu saya lontarkan dengan tenang.
"Saya baru sahaja seminggu bekerja sebagai GRO bang. Masuk kerja sekitar jam 5 petang dan balik ke rumah pukul 2 pagi," jelasnya.
Saya tidak terkejut.
"Mengapakah tidak memilih kerjaya lain?," tanya saya.
"Bukan mudah untuk menyuap mulut empat anak di Kuala Lumpur. Kalau setakat bekerja di pasaraya atau di kilang dengan gaji di bawah RM1,500, tidak cukup bang. Hendak membayar sewa rumah, tambang pergi dan balik kerja, menampung perbelanjaan dapur dan belanja sekolah anak. Ayah mereka langsung tidak menghulurkan nafkah. Bekerja sebagai GRO, pendapatan agak lumayan dan dibayar secara tunai, kerja pula mudah dan saya enjoy. Barangkali orang lain melihat kerja GRO ini terlalu hina tetapi bagi orang tidak berpelajaran tinggi seperti saya, harus membesarkan empat anak, adakah pilihan lain untuk saya?," soalnya.
"Keluarga tahu Tasha berkerja sebagai GRO?," tanya saya.
"Tidak. Saya memberitahu mereka, saya bertugas di hotel," balas Tasha spontan.
"Bekerja di pusat karaoke, banyak juga perkara pelik berlaku. Ada seorang pelanggan, dia tidak menyanyi dan menari. Dia hanya duduk sahaja dan memaksa saya duduk juga. Hendak pergi kencing ke bilik air pun dia tidak benarkan. Untuk pengetahuan abang, sebelum berkahwin, sesekali saya pernah minum arak dan kemudian berhenti. Sekarang, untuk melayan pelanggan, saya minum kembali," katanya.
"Kalau pelanggan ingin membayar Tasha untuk mengadakan hubungan seks, bagaimana?," tanya saya.
"Saya tolak, masih ada had ketika melayan pelanggan," ujarnya.
"Apakah perasaan Tasha setiap kali melihat empat anak tidur sewaktu balik ke rumah pada awal pagi?," soal saya.
"Sedih bang. Sedih kerana terpaksa membesarkan anak menggunakan wang hasil bekerja sebagai GRO. Tanpa sijil, diploma atau ijazah, majikan manakah sudi mengambil saya bekerja sekaligus membayar gaji mencukupi untuk saya menampung perbelanjaan saya dan anak?," tanya Tasha.
"Jika saya memiliki syarikat besar dan berkebetulan mengetahui kisah sebenar hidup Tasha, InsyaAllah saya sudi membantu atas dasar kemanusiaan," kata saya.
Itu kenyataan ikhlas tetapi sekadar impian sahaja, setakat ini.
"Ertinya semua pelanggan Tasha tidak mengetahui mereka menyentuh dan memeluk isteri orang?"
Soalan itu terlintas di benak fikiran lalu saya kemukakan.
"Hanya abang sahaja tahu," balas Tasha ringkas.
Sedih dan Terharu.. tapi inilah kisah nyata kehidupan ... tak mampu untuk membantu.. hanya mampu untuk mendengar !
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBila hidup tidak mempunyai byk pilihan utk dibuat pilihan,maka jalan penyelesaian dilakukan secara enteng saja demi kelangsungan hidup
BalasPadamSalam...Siapa saudara Dino nak mengatakan semua anak beliau tidak sah taraf..kan dah dinyatakan selepas mengandung anak pertama,beliau menikah..
BalasPadamKalau tak dapat membantu..jangan menghina serta menghakimi..
Apakah perasaan saudara kalau terkena pada keluarga sendiri dan orang mengata seperti saudara..
perlu diingat anak pertama yang dikandung, berapa bulan ketika tasha bernikah. kalau di bawah 3 bulan masih dikira anak sah taraf dan ini kena dirujuk kepada beberapa pendapat dari ulama ulama terkenal.
BalasPadammacam kenal si tasha ni....emmmm
http://ayaqkosong.blogspot.com
SMTI.. realiti yg pahit utk diterima tp itulah yg berlaku..
BalasPadamSekadar mampu menitipkan doa utk dia ketika ini..
Dino Conoco sgt hebat!!!!!!! ckp mmg mudah.. sbb bukan diri sendiri yg kena.. puii!
Kenapa Jabatan Agama tak dpt membantu mereka2 ni? Mana pergi duit Baitulmal yg berpuluh/ratus juta tu.. mereka2 ni tak terbela nasibnya..
Maaf jika terkasar bahasa.. saya sekadar manusia yg juga tiada apa2..
yang pasti anak anak tidak bersalah .... yg salah ialah "pelaku" itu sendiri .....(maaf jika silap...)
BalasPadamsebelum apa apa tindakan diambil ... antara sedar atau tidak .... kita sebenarnya diberi pilihan ... sammada betul/salah, dosa/pahala ... bergantung kepada kita bagaimana nak selesaikan/harungi permasalahan tersebut ....
apapun selagi masa masih ada ... cubalaa yang terbaik utk diri sendiri/keluarga ...
Salam... sy setuju dgn pendapat OJAY-Z & sAIFUL NIZAM..
BalasPadammungkin abg mazidul boleh rujuk kan hal ni kepada baitulmal...tolong lah dia lepas dari kerja2 maksiat ni..
Yg dah lepas tu lepas lah.Tak ada manusia yg minta untuk hidup macam tu.Tak ada manusia yg masa kecilnya dulu bercita-cita untuk menjadi pencuri, gro atau perompak.Kita sebagai manusia mmg tak pernah lari dari membuat kesilapan apatah lagi ketika usia masih muda.
BalasPadamAgak2 saudara Dino apa yg boleh kita buat untuk bantu Tasha dan anak2nya tu?sambil tu jangan lupa lepas solat sentiasalah berdoa semoga kita, anak-anak, saudara mara & sahabat handai kita tak diberikan dugaan dan ujian kehidupan seperti yg dialami oleh tasha.
kesian...bermula dari ibubapa yg lalai dlm mendidik anak-anak...porak-peranda....anak2, tiada pedoman hidup untuk meneruskan kehidupan dgn berlandaskan sedikit ilmu agama...sedih...kesian....lebih kasihan kepada anak2 tasha....iaitu generasi yg seterusnya....adakah masih akan meneruskan kesilapan datuk/nenek dan mak/ayah mereka?...
BalasPadamdiharap pihak2 berwajib dpt memperluaskan lagi penguatkuasaan ke atas gejala-gejala yg tidak sihat dan membantu warga yg memerlukan bantuan dan bimbingan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsedih baca kisah ni..tp masih banyak lagi alternatif lain nak cari kerja kt malaysia ni..
BalasPadampihak berwajib pun sila amik perhatian utk cuba bantu..
as salam .. setuju dengan cik tom .. bak kata Maher Zain .. Insha Allah .. ada jalannya .. yang penting betulkan niat, Allah swt akan tunjukkan jalannya. memang tak semudah diicapkan tapi yang penting kesedaran dan keinsafan itu perlu lahir dalam hati. Tasya seperti berfikiran mudah .. ' kesiankan' lelaki itu kerana teman wanitanya tidak boleh mengandung, maka dia tawarkan diri sebagai ganti !! Jadi GRO .. dia enjoy !! Mungkin disebabkan tiada didikan yang sempurna ( mak ayah bercerai diusia muda ) maka dia tak mampu berfikir secara waras. Semuga dia diberi taufik dan hidayah oleh NYA.
BalasPadamSgt sedey baca kisah ni namun di Malysia ni byk keje yg boleh dilakukan selain menjadi GRO. Contohnya dtg mengemas dan mencuci rumah org pon, 3 jam RM40. Kalau sehari dia bekerja 6 jam dah RM80, kalau sebulan pon bolehler RM2000 lebih, biar hidup susah sedikit tapi wangnya halal utk membesarkan anak2...namun akak cuma melihat dan memberi pendapat, mungkin org yg menanggungnya ada alasan mereka tersendiri.(walau apapon alasn, yg haram tetap haram) masyaallah...
BalasPadamsebenarnya 'Matlamat itu tak menghalalkan cara' ..walaubagaimanapun bentuk musibah dan kesusahan tu...semuanya dijadikan ada bersebab. Mungkin mudah utk berbicara sbb tak kena pada batang hidung sendiri. Tapi percayalah..ramai yang senasib dgn 'Tasha' tu mungkin cara ujian tu berbeza.. Muhasabahlah diri sendiri...Insyaallah..Allah Maha Pemurah dan Maha Menyayangi..
BalasPadamberat mata kita memandang..berat lagik bebanann yang terpaksa di pikul. kadangkala masa bekerja tak sesuai dgn tugas sebagai ibu yg harus melayan karenah persekolahan anak di siang hari.semoga tasha dberi hidayah dan ptunjuk jalan kuar bg masalah yang di hadapi.amin.
BalasPadam