Selasa, Jun 26, 2012

KERETA DILARIKAN JOCKEY

"Bang kereta Harrier saya hilang?," kata 'Hassan'.

"Hilang di mana?," soal saya kepada rakan berusia 38 tahun itu.

"Saya pergi makan dengan beberapa kawan di gerai Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Saya serahkan kunci kepada jockey di sekitar jam 2 pagi. Sejam kemudian pengurus jockey menghubungi saya, dia kata kereta saya hilang," tambahnya lagi.

"Siapa larikan?," tanya saya lagi.

"Kes ini berlaku pagi hari Khamis lalu, 21 Jun. Petang Rabu kenalan lama pengurus itu datang bersama isteri dan anak-anak, meminta kerja. Berasa amat simpati, dia pun menerima suspek, berusia lingkungan 30 an bertugas memakirkan kereta pada malam itu. Suspek datang dengan kawan dia. Sebelum melarikan kereta bernombor pendaftaran WJR 5060, berwarna coklat metalik dan mempunyai sport rims berwarna keemasan, dia sempat menghantar kawan dia balik ke Pandan Perdana menaiki kereta dilarikan itu," balasnya.

"Nama suspek, alamat rumah dia, dapat?," tanya saya.

"Dapat, nama dia Sulaiman xxxxxx, nombor telefon dia 019 302 xxxx dan rumah mertua dia di Taman Seri Jaya, Tanjung Karang, Selangor. Masa berjumpa dengan Pegawai Penyiasat pagi kenderaan itu hilang, di hadapan dia saya menghubungi suspek dan menyamar.  Dia menjawab panggilan dan berkata saya tersalah mendial nombor," terang Hassan.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pagi sama.

"Kerana Pegawai Penyiasat belum mengambil kenyataan saya, saya dan rakan pergi sendiri ke rumah mertua suspek dan merakamkan gambar," jelasnya.

Selepas 4 hari kejadian, petang semalam, saya menemankan Hassan bertemu Pegawai Penyiasat, berpangkat Inspektor untuk dia mengambil keterangan bertulis di Balai Polis Tun H.S Lee.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi menjamin siasatan dan tindakan untuk mengesan pencuri kereta terbabit dilaksanakan dengan kadar segera.

"Fakta paling menarik, saya difahamkan oleh kenalan suspek, dia baru keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor kira-kira 2 minggu lalu," ujar Hassan.

Saya amat yakin, suspek akan diberkas dalam jangka waktu terdekat. Semoga kenderaan rakan saya itu ditemui dalam keadaan sempurna.

Untuk rekod, pada jam 1.10 pagi tadi, Hassan menghantar gambar suspek kepada saya, lelaki kurus dan bermisai. Sekiranya pihak polis gagal mengesan suspek terbabit, InsyaAllah saya akan paparkan wajahnya di blog ini.

Cuma ingin saya ingatkan, kepada pembaca sering menggunakan khidmat valet parking, berhati-hatilah.

Sebilangan pekerja bak musang berbulu ayam. Jangan sesekali meninggal kan barangan berharga di dalam kenderaan.

11 ulasan:

  1. SMTI - Pelik juga, macam mana perkara ini boleh terjadi? OKT bekerja dengan syarikat vallet parking kah?

    BalasPadam
  2. nasibla tak pernah guna perkhidmatan jokey valet parking... lagipun kereta murah je malu nak suruh jockey2 parking kan kekekekeke

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Kurang cerdik jgk sipencuri tu sbb segala maklumat diri ada pada kenalannya. Sahabat saya turut ke hilangan kereta jenis Toyota Harrier jgk dilarikan pencuri di saat beliau sedang mengangkut baju kedlm kereta yg terbuka bonetnya. Pencuri masuk dan memecut dlm keadaan bonet masih terbuka. BAYANGKAN betapa ramai pencuri yg menunggu peluang pada kita2 ini yg kdgkala teralpa dan x menyangka begitu pantas mereka(pencuri2) dpt mencuri pd ketika dikelilingi ramai org2 awm....so moralnya kita mmg kena selau berhati2 walupon sekejap.

    BalasPadam
  4. Maaf, saya bawa berita tak baik.

    Kebanyakan kereta sebegini dibawa lari ke Thailand untuk dijual di sana.

    Banyakkan bersabar kepada Tuan Punya kereta.

    BalasPadam
  5. Salah satu cth buruk x convict... nk bg kerja pun takut mcm tak insaf2

    BalasPadam
  6. pagi tadi otw kerja kt shah alam dr cheras nmpk toyota harrier kemalangan boleh tahan teruk bhgian dpn tgh terperosok k dalam sbb langgar bucu tgh antara susur keluar klang lama/kesas.ptg tadi masih ada lg tersadai takde sape pn tunda g balai.xtau la klu toyota tu yg d maksudkn..

    BalasPadam
  7. Gaban Power, Harrier warna apa? Kalau perasanlah, coklat metalik?

    BalasPadam
  8. warna hitam metalik.masih tersadai lg sblum tol awan besar dari arah cheras menuju shah alam berhampiran sri petaling..

    BalasPadam
  9. maaf bertanya.. bukan suspek yg dlm buletin utama mlm tadi? kes samun.. then dilaporkan turut dijumpai sebuah kereta curi.. suspek juga baru keluar dari simpang renggam.. maaf kalau salah..

    dlm hati kata mungkin dh jumpa kereta yg dilaporkan hilang itu..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.