Selasa, Jun 19, 2012

MAIN BELAKANG DI BELAKANG MATI (18SX)

Barangkali ramai antara pembaca pernah berkunjung ke Chow Kit, Kuala Lumpur sebelum ini. Di tahun 80 an, kawasan itu 'panas' dan digelar sebagai 'Belakang Mati'. Ringkasnya, orang ramai berasa gerun berjalan jalan di lorong Hj. Taib berikutan  kejadian kes jenayah melampau seperti ragut dan samun. Pada masa sama, Lorong Hj Taib juga dibanjiri pelacur dan pondan.

Awal pagi tadi, saya sempat meninjau Chow Kit. Keadaan persekitaran sudah jauh berbeza berbanding sebelumnya.

Sila baca nukilan saya berhubung Belakang Mati pada 29 Mac 2009, klik di sini.

Pondan lazimnya mula memperdagangkan diri di antara jam 9 malam dan 5 pagi. Namun kira-kira jam 8.34 pagi tadi, saya merekodkan gambar berikut.

Barangkali dia kehilangan jam tangan, lalu tersilap masa untuk menawarkan khidmat seks sejenis kepada pelanggan berminat.


Saya difahamkan, selain rakyat tempatan, pondan Thailand dan Indonesia juga memperdagangkan tubuh mereka di lokasi sama.

Sebaik melihat saya merakamkan gambar, lelaki tidak dikenali mendekati saya. Dia enggan identitinya didedahkan di blog ini namun memperkenalkan dirinya sebagai 'Along'.

"Berapa harga pondan di sini?," soal saya.

"Kadar bayaran bergantung samada pondan itu sudah potong atau belum. Kalau belum potong RM50, kalau sudah, RM100," balasnya.

'Potong' bermaksud, alat kelamin pondan telah dibedah dan kelihatan seperti kemaluan perempuan.

Jam 8.29 pagi, gambar berikut pula saya rakamkan di Lorong Haji Taib 1.


Buat beberapa minit saya memerhatikan gerak gerinya. Setiap kali kenderaan melintas diperlahankan, pondan itu berjalan perlahan ke arah kenderaan terbabit sambil mendada. Malangnya saya tidak mengetahui status sebenar dia samada sudah dipotong atau sebaliknya.


Gambar beberapa bapok lain juga berpeluang saya abadikan untuk dikongsikan bersama semua pembaca blog ini.


"Saya sudah tinggal di sini lebih kurang 4 tahun. Setahu saya, majoriti bapok menjual diri pada waku malam, berbangsa Melayu tidak menetap di sini. Mereka duduk di tempat lain dan datang ke sini untuk bekerja sahaja," jelas Along. 

"Pelanggan dibenarkan main bontot ke?," soal saya.

"Saya bercampur dengan mereka ini tetapi saya tidak pernah melanggan," katanya.

"Saya pun tidak mendakwa awak pelanggan. Cuma barangkali awak tahu beberapa fakta tepat mengenai mereka," celah saya.

"Memang sebilangan pelanggan main bontot, kira mereka ini main belakang di belakang mati. Saya dengar mereka semua diwajibkan memakai kondom dibekalkan oleh NGO.  Mereka khuatir kalau penyakit seperti AIDS menular. Sehari, setiap pondan kena dapat lebih daripada 5 pelanggan, kalau tidak mereka tidak begitu untung kerana harus membayar sewa bilik untuk mengadakan hubungan seks serta tambang teksi untuk ke sini. Kisah pondan ini pelbagai. Saya masih ingat, kira-kira 4 bulan lalu, seorang kontraktor berbangsa Melayu, fikiran berserabut datang ke sini melanggan pondan. DI bilik sewa, pondan itu dilapor memberikan dia ice (syabu). Katanya dia berasa seperti sedang terbang dan kemudian memanjat tingkap dan terjun," terang Along. 


"Mati?," tanya saya spontan.

"Tidak, sebab mujur dia tersangkut dan memeluk pokok lebih rendah itu dan kemudian turun dengan selamat," balasnya.


Untuk rekod, sebelum ini, hanya Pondok Polis Bergerak ditempatkan di lorong terbabit, kini Balai Polis Chow Kit tersergam gah.


"Sejak Balai Polis didirikan di sini, melalui pengamatan saya, bilangan pondan semakin berkurangan. Mereka dilaporkan berpindah ke kawasan Bukit Bintang. Kalau Mazidul datang pada waktu malam, pergi buat tinjauan dan rakamkan gambar di kawasan parkir kereta di hujung bangunan. Setiap malam pondan kerap tawar menawar harga bersama pelanggan di situ," katanya.

Saya dimaklumkan, balai terbabit mempunyai 77 pegawai dan anggota, ditugaskan mengawal keselamatan dan menjaga ketenteraman awam di Chow Kit.

"Ada juga lelaki hendak 'main' dengan pondan?," soal saya.

"Macam lesbian juga rasanya. Mereka mendakwa pengkid, perempuan menyerupai lelaki akan lebih mengetahui citarasa seks perempuan. Mungkin lelaki pun begitu sewaktu mengadakan hubungan seks dengan pondan. Lelaki lebih mengetahui kehendak lelaki," jawabnya.

"Bilik di sini berapa sewa?," tanya saya lagi.

"Purata RM30 sehari tetapi majoriti bapok menyewa ikut hari bukan bulan. Kata mereka, jika ditangkap, mereka mungkin dilokap seminggu, siapakah akan membayar sewa bilik sementara mereka ditahan?," soal Along kembali.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Along kerana sudi berkongsi sekelumit pengetahuannya berhubung kegiatan pondan di situ.

Saya kemudian meneruskan tinjauan berseorangan.

Berhampiran papan tanda 'Lorong Haji Taib 1' keliihatan lelaki menjual ubat kuat.


Mana tahu bang, kalau kalau nombor ekor naik first prize esok, kan?


Melalui pengamatan saya, ramai pelanggan Melayu membeli nombor ekor di premis disediakan di kawasan sama.

Saranan saya, sesekali penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan harus menjenguk ke kedai ekor terbabit.

Saya kemdudian terserempak anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan RELA melakukan 'Rondaan Gelombang Biru'.


Penat berjalan, saya terpandang restoran Melayu di sebelah Balai Polis. Kelaparan kerana belum bersarapan pagi, saya singgah.


Nasi lemak dihidangkan amat sedap.

Saya kemudian bertemu taukeh restoran,  Farid  Mustafa, 34 tahun.


"Sebelum berniaga di sini, saya bekerja dengan Datuk Dr. Fazley Yaakob selama 12 tahun. Lama juga saya terbabit dalam bidang hiburan ini," ujarnya.


"Sedap nasi lemak," puji saya.

"Emak saya masak. Kalau tengahari boleh cuba nasi ayam, ramai pelanggan kata sedap," kata ayah kepada dua anak itu.

Ringkasnya berjalan di Chow Kit kini berasa lebih selamat. Ramai orang datang ke kawasan itu untuk membeli-belah di kedai menjual borong.


Mari sekali lagi kita saksikan pondan menjual borong.


Kasarnya urat tangan ...

11 ulasan:

  1. ape nak jdi la..dah la berdosa mengubah ciptaan allah, menyerupai perempuan .. ni plak jual tubuh.. masyaAllah

    BalasPadam
  2. sekarang kalau lalu kat lorong tu dah kurang cket lah .
    dulu byk gile ! takut je nak lalu situ -,-

    BalasPadam
  3. sedih,kasihan dan kelakar pun ada bila baca tentang kisah pondan2 negara kita ni..alahaii malaysia..adakah salah ibu yg mengandung atau salah bapa yg tak ajar masa kecil??

    p/s:takde niat nak salahkan siapa2..

    BalasPadam
  4. rasa pihak penguasa semua tahu lorong haji taib apa semua tu mmg sarang shemale pondan dan pelacuran. kenapa tak letak je polis kat situ berkawal dan buat rondaan setiap malam?

    http://buasirotak.blogspot.com/"

    BalasPadam
  5. Salam...
    Sebenarnya 'port' Ladyboy ni bukan sahaja setakat di Chow Kit dan Bukit Bintang tetapi disebabkan dah berlambak golongan ini maka mereka telah bertaburan merata tempat seperti di sekitar Jalan Ipoh dari Rivercity hingga membawa ke Chow Kit..Sepanjang perjalanan itu akan kelihatan bermcm-mcm Ladyboy yg mencari pelanggan bukan setakat itu sahaja malahan golongan ini juga sudah mula mencari pelanggan di Stadium Badminton Cheras dan Stesen LRT Maluri..Abg Mazidul boleh buat tinjauan di kawasan yang saya nyatakan kerana setiap malam golongan ini berada di tempat yang saya nyatakan??? Yang peliknya seperti di Stesen LRT Maluri mereka terang-terangan duduk di tempat menunggu bas namun mengapa tiada tindakan dari pihak penguasaan atau mereka hanya menutup mata.

    BalasPadam
  6. saya masih teringat kunjungan saya ke KL beberapa tahun lepas. Kami sekeluarga tersalah masuk Lorong Hj Taib. Kami terkedu bila melihat bapok-bapok ni tanpa segan silu melambai-lambai ke arah kami dan secepat yg mungkin kami keluar dari lorong itu.

    Saya sbg perempuan sejak lahir lg rasa malu pulak bila tengok cara mereka berpakaian. Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka sebelum Malaikat Izrail dtg menjemput

    BalasPadam
  7. cuba en Mazidul pergi meninjau di pekan Kajang pun ada golongan bapok ini.

    BalasPadam
  8. di bukit bintang memang ramai bapokj...
    Ary pernah pi sana kul 3-4 pagi untuk cari info project paper..
    Dan ternyata,..
    Berlambak..
    Tapi kena jaga-jaga sebab ada yang jaga depa..
    Ari tuh kami hampir diserang sebab depa nampak kami bawa kamera..

    BalasPadam
  9. Hello En. Mazidul, I am currently doing a research on this Lrg Haji Taib as part of my post-grad course. My field of study is about urban and architecture. So everyone knows that this so called a version of 'red district' is famous with prostitution business since ages, but what sort of solutions that our government or responsible party has been taking to improve this area? Any action taken to basically privatized this business or demolish it? Of course I would not suggest to privatized it because its not legal in the first place. But anyhow, I would like to know in more details about this issue. Thank you =)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.