Ahad, Jun 05, 2011

19 Tahun Selepas Pembunuhan Kejam Di Banglo

Dilaporkan, 23 April 1992, warganegara Amerika Syarikat berketurunan India, Arjun Talwar, 7, abangnya, Kabir, 11 dan pembantu rumah warganegara India, Natalia Fernandes, 30 tahun dibunuh di rumah banglo di Jalan Turi, Taman Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.

Pengawal keselamatan, Ariffin Agas diberkas, disiasat dan kemudian didapati bersalah membunuh 3 mangsa terbabit lalu dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Pada waktu kejadian, pesalah berusia 25 tahun. 

Menurut laporan akhbar, mayat mangsa ditemui di dalam lubang takungan najis di belakang rumah mereka diami.


Pelbagai versi kejadian aneh serta menakutkan didakwa berlaku di rumah sama. Sebilangan saksi mendakwa pernah melihat kelibat kedua kanak-kanak terbabit berdiri di sekitar pintu pagar utama banglo sebelum ini.


Jam 2.30 pagi tadi, saya, Rahmat Mokhtar, Muhamad Zaki Muhamad dan 4 rakan lain meninjau banglo itu. Kami dapati, dinding di sekitar pintu utama rumah dicemari pelbagai grafiti.


"Bang, tolong ambil gambar," pinta Rahmat.

Saya menunaikan permintaanya dan Zaki.


Untuk rekod, malangnya setakat ini belum lagi ada syarikat menawarkan pekerjaan sebagai model atau duta produk kepada mereka berdua. 

"Berhati-hati jalan, banyak kaca," ujar Rahmat.


Keadaan di dalam banglo 3 tingkat itu bersepah dan berhabuk. Majoriti kelengkapan rumah dan perabot mulai lapuk atau dipercayai dicuri penagih dadah, menjadikan rumah terbabit sebagai sarang untuk melepaskan gian. 


Hampir jam 3 pagi, tiba-tiba bau wangi menusuk hidung sewaktu saya berlegar-legar di tingkat bawah rumah. Bagaimanapun, membuat keputusan hanya mendiamkan diri, mengikut pesan orang tua.

"Jangan tegur," bisik rakan berdiri di sebelah.

Terfikir, barangkali itu hanya bau bunga liar di kawasan sekitar selepas hujan turun hanya kira-kira 15 minit sebaik kami tiba di luar banglo. Saya perhatikan secara lebih teliti, tiada pokok bunga, hanya pohon berteras besar dililiti tumbuhan penumpang banyak kelihatan. 


"Ada orang kata, polis pernah menggali lubang tu suatu ketika dulu," ujar Rahmat.

Saya percaya itu lubang takungan najis, lokasi 3 mayat ditemui kira-kira 19 tahun lalu. Berikut antara petikan akhbar diterbitkan NSTP pada Julai 1992. 

'KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak adik beradik rakyat Amerika Syarikat keturunan India dan seorang wanita dibunuh dengan kejam di rumah banglomereka di Jalan Turi, dekat Jalan Taman  Pantai, di sini, malam tadi.  Mayat tiga mangsa pembunuhan itu ditemui dalam lubang najis sedalam lima meter berhampiran banglo berkenaan kira-kira jam 12 malam'


Memerhatikan lubang itu dari jarak dekat, bulu roma saya tiba-tiba meremang. Terbayang, betapa ngeri keadaan semua mayat mangsa disumbat tanpa perasaan perikemanusiaan di dalam lubang gelap itu.

Lubang terbabit dilapor ditunjukkan Ariffin secara sukarela kepada saksi pendakwa, Kopral Majid Jaafar.

Di tingkat atas, saya rakamkan gambar bilik, dipercayai pernah dihuni pembantu rumah banglo terbabit.


"Macam mana tahu, ini bilik maid?"

Terpancul soalan itu.

"Kalau kita tengok, hanya tandas ini jenis cangkung, lain jenis tandas duduk," respon rakan sekumpulan. 

Jika benar dakwaannya, tidak terfikir di banglo terbabit wujud 'kasta' di kalangan penghuninya. Lokasi tandas dimaksudkan, di belakang Rahmat, berbaju merah.


Berikut antara gambar saya rakamkan di tangga ke tingkap atas banglo. 


Melihat tarikh akbar, dipercayai banglo ini masih berpenghuni 3 tahun selepas kejadian pembunuhan kejam berlaku.


Berikut gambar beberapa barangan lain saya rakamkan.


Berderau darah buat seketika sewaktu membelek helaian buku latihan berikut. 


Kes pembunuhan dilaporkan berlaku pada tahun 1992, lihat tarikh dicatatkan pelajar di bahagian atas kanan muka surat buku, 5 tahun sebelum kejadian.


Sewaktu menaiki tangga untuk beredar keluar dari rumah terbabit pada jam 3.30 pagi, saya terdengar bunyi tapak kaki menaiki tangga bagai mengekori saya dari belakang.


Lazimnya, saya tidak gemar mengikut kata hati untuk melihat kebelakang, malam tadi keputusan saya berbeza.


Saya dapati tiada sesiapa di belakang kerana semua rakan berjalan mendahului saya.

19 tahun selepas kejadian pembunuhan ngeri dilaporkan berlaku, saya percayai pelbagai peristiwa pahit, manis dan barangkali mengerikan dilalui penyewa banglo. 

Semua peristiwa itu kekal diabadikan di dalam lipatan sejarah. Hanya mereka berpengalaman menetap di banglo terbabit mengetahui maklumat lebih tepat berhubung kejadian mereka tempuh sebelum ini.


Nota

Klik Kedai Kamera Kami jika ingin membeli kamera digital dan aksesori pada harga lebih murah berbanding harga di pasaran.

48 ulasan:

  1. entri yang sangat baik en.mazidul..mampu membuat bulu roma meremang..eee ngeri plak..
    tak teringin ke nak pegi tgk tempat kapal terbang MAS terhempas pada tahun 1977? rasa mcm berminat nak tahu..hehe...nak p sendiri takot..

    BalasPadam
  2. teringin sangat nak jadi macam encik mazidul, dapat banyak pengalaman..tapi tak tahu diri kuat semangat ke tak.huhu. :)

    BalasPadam
  3. apsal yang wa yg bace ni pon terasa seram ni brader...

    BalasPadam
  4. Nashyas, saya pun tidak menyuruh awak berasa seram.

    Tulisan saya berbentuk fakta dan pengalaman saya lalui.

    BalasPadam
  5. Salam semua..
    Yepppp.. saya bersama bro Mazidul. Saya sokong ulasan dan laporan fakta bro.
    Pengalaman bernilai yg perlu dihayati bersama. Hanya mereka yg teguh hati saja yg berani melakukan misi kajian Paranormal sebegini.

    BalasPadam
  6. nak tanya kenapa anak2 nyer dan maid di bunuh? dimana ibu bapa mereka nyer..just courious..pengalaman yg menarik..sy yg duduk di bangsar pon x tau cite ni..lg satu dekat atas nst skit pon ada rumah rumah besarterbiar gak ,dgr kena bunuh juga..

    BalasPadam
  7. Eina, jika saya mempunyai maklumat berhubung kejadian beralku 19 tahun lalu itu, pasti saya memuatkan fakta itu di sini.

    BalasPadam
  8. nasib baik x nmpak apa2 kn...eee...seram sejuk gak baca..:P

    BalasPadam
  9. Abg Mazidul, tengok2 foto2 di atas terperasan iras aunty Sarah sy..rupanya memang betul dia lah..


    Wah Aunty Sarah sungguh berani! Tahniah!

    BalasPadam
  10. Perghhhh.. Suka dengan post ni. Memang terbaik la. Berani. Harap pas ni berkunjung plak ke tempat-tempat pembunuhan yang lain... Beeeest!

    BalasPadam
  11. SMTI tapi sejak akhir-akhir ini tampalan saudara sangat meremangkan bulu roma.

    BalasPadam
  12. seram tol huhu
    nak tengok pic lama-lama lg la takut
    karang ternampak benda lain plak (^_^)

    BalasPadam
  13. Bro... ada sesiapa yang 'diganggu' lepas balik dari rumah tu??

    BalasPadam
  14. Ada orang yang tidak begitu percaya dengan kisah-kisah aneh atau misteri kalau tak alami sendiri. Saya pernah alami sendiri beberapa kisah misteri yang kalau nak diceritakan satu persatu tiada masalah. Isteri saya juga pernah mengalaminya bersama.

    BalasPadam
  15. Tak nak baca, tak nak baca, tak nak baca...tapi tiba-tiba terhabis jugak baca entri ni....takut, tapi nak tau jugak....( macam -malu tapi mau-)....he he...

    BalasPadam
  16. pertanyaan...tak adakah org menyewa banglo ini selepas peristiwa pembunuhan ini? Tak ada kah usaha utk "membersihkan" penghuni lain selain manusia di situ?

    BalasPadam
  17. hahaha..cikgu nurin kata xnak baca tp soalannnnn mcm dah habis baca tuh!? hik3!

    BalasPadam
  18. pergh..beriya2 baca.. kan best kalo tau hal sebenar! huuu~

    BalasPadam
  19. Salam Tuan...

    Apa kata buat satu dokumentari mengenai misteri2 seperti nukilan yg tuan lakukan sekarang ini... tentu ramai yg ingin mengetahui nya.... apa pun saya suka ngan nukilan tuan seperti ini ..

    BalasPadam
  20. Ada orang kata kalau guna "night vision mode" pada camcoder boleh nampak benda yang kita tak boleh nampak dgn mata kasar. Entahlah btl ke tidak. Saya tak pernah try lagi.

    PadangDiLalang.

    BalasPadam
  21. Dah timbul minat mengetahui lebih lanjut tentang banglo berkenaan. Harap ada sambung lagi yea. :)

    BalasPadam
  22. The right way to the happiness, there.

    http://4meuall.blogspot.com/

    p/s: Just started & more to come very soon, juz wait and enjoy. Peace.

    BalasPadam
  23. - ape motif jaga tu bunuh anak2 majikan ye?

    - kesian...

    BalasPadam
  24. sebenarnya saya teringin nak join aktiviti2 macam ni. hihi~

    tapi takpe, en MAS jgn offer dulu. takut nanti mak saya tak bagi saya masuk rumah.

    BalasPadam
  25. kalau dapat tahu kenapa mereka dibunuh lagi bagus...

    BalasPadam
  26. bro ,ada info tak tentang bekas kilang mercun yang terbakar kat sg buloh dulu?

    BalasPadam
  27. ketika membaca terasa bagai berada di banglow ini..huhuhu serammmmmmm

    BalasPadam
  28. kena berderau darah tengok buku latihantu yerk? maksudnyer mungkin diaorang dah lama dibunuh yerk... isyh memang tak leh jadi penyiasat sayani...

    BalasPadam
  29. Beraninyer korangggg.... tengok keliling jer dah seram.

    tapi banglo itu sesuatu yang sungguh unik dan bersejarah sekali. Pelik juga kerana terbiar begitu saja, tanpa dituntut oleh waris. Mungkin nak jual tapi takda orang berani beli.

    BalasPadam
  30. To all, terima kasih kerana sudi membawa tampalan ini. Saya membaca setiap komen dilontarkan.

    BalasPadam
  31. Abg Mazidul, saya masih tak dapat tangkap pasal tarikh 8/6/87 buku latihan tu.kenapa yang berderau darah dgn tarikh tu?

    BalasPadam
  32. en mazidul, boleh ke encik berikan lokasi rumah ini... untuk kamilakukan pengembaraan

    BalasPadam
  33. Nasa, mungkin berderau darah baca tarikh pada buku latihan tu sebab ianya ditulis 5 tahun yang lepas...besar kemungkinan pemilik tulisan tu lah yang mati dibunuh tu.... Anyway En.Mazidul, entri macam ni gempak! banyak2kan lagi ye. Thanks sbb post entri ni. Salam.

    BalasPadam
  34. I would so Like to visit the place..looks good

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.