Bayangkan banglo mewah 3 tingkat dilengkapi perabot dan aksesori mahal. Bagaimanapun lokasi rumah mewah itu terpaksa saya rahsiakan demi menjaga kepentingan pelbagai pihak.
“Dah 6 aduan aku terima, semua saksi ternampak bayangan melintas di depan cermin di dalam rumah,” ujar rakan.
Saya bersama rakan penyelidik paranormal lain tiba di lokasi sama kira-kira jam 1 pagi. Setelah menerangkan tujuan sebenar kedatangan kami, sejam kemudian kami dibenarkan masuk.
Di ruang udara saya rakam gambar ribuan orbs, satu daripadanya dirakam di permukaan jalan, moving orb atau orb bergerak dengan pelbagai warna.
Sebelum itu, Rahmat merakamkan gambar entiti berwarna merah.
Jam 2.30 pagi, tinjauan awal dilakukan.
“Dengar tak?,” soal rakan.
Saya, Rahmat Mokhtar dan Muhammad Zaki Muhammad spontan memberhentikan langkah di tangga ke tinggat 3 buat seketika sebaik terdengar bunyi seperti guli di baling dan berulang kali melantun di lantai.
2 kali Rahmat dan Zaki duduk di lokasi berbeza di dalam rumah sama.
“Huh! Saya memang tak boleh tahan, macam-macam bunyi dan benda datang,” ujar Rahmat.
Melalui rakaman klip video menggunakan kamera Canon G12, saya secara jelas mendengar bunyi seperti tangisan bayi di lokasi mereka duduk.
“Anak si Damba lah tu,” usik beberapa pengawal keselamatan bersama kami.
Damba, pengawal keselamatan warga Nepal dipertanggungjawabkan menjaga banglo terbabit. Pada awalnya, dia enggan berkongsi cerita bersama kami. Barangkali dia bimbang ditegur majikannya.
“Saya hari hari sini jaga, malam kasi buka itu lampu, siang kasi padam. Saya tak takut hantu,” katanya selamba.
Tambahnya lagi ...
“Saya sini jaga, satu malam jumpa itu perempuan, banyak cantik. Saya main (mengadakan hubungan seks) sama dia, lepas itu dia tangan kasi pegang saya punya leher (cekik), nafas banyak susah,” katanya.
Kami semua terpegun mendengar cerita Damba.
“Apa kata kita suruh Damba duduk seorang di dalam rumah, kita rakamkan video?,” cadang rakan.
Kami semua bersetuju, begitu juga Damba.
Jam 4 pagi, Damba duduk berseorang di tingkat satu di banglo sama. Rahmat meletakkan motion sensor, alat pengesan pergerakan berhampirannya. Alat terbabit berbunyi berulang kali sewaktu kami melintasi ruang dihadapan alat sama ketika dalam perjalanan keluar dari rumah, membiarkan Dambad berseorangan di bawah cahaya la mpu agak cerah.
Hampir setengah jam kemudian, kami dikejutkan.
“Sebab apa motion sensor ni off?,” soal rakan.
“Mana boleh off, ingat tak masa kita turun tadi, alat ni berbunyi kan?,” balas Rahmat dengan pertanyaan.
"Tadi, atas duduk itu toilet punya lampu pasang sendiri, saya kasi padam," ujarnya.
Hingga ke saat ini, saya masih tidak mampu menghuraikan kejadian sebenar berlaku berhubung pelbagai kejadian aneh di rumah itu.
Malam ini InsyaAllah kami akan kembali semula ke lokasi sama dan bingkisannya bakal dikongsikan bersama pembaca di sini.
smti
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSMTI
Opssss! dengan hantu?? Ohhhh!
Misi yg berjaya.. Tahniah bro Mazidul, Rahmat & crew. Saya nak join tapi esok pagi-pagi harus kerja. Ulangi misi lagi mlm nie.. semoga berhasil.
BalasPadamwah, semakin hebat rahsia pendedahan kisah mistik ini
BalasPadamx sabar menanti tampalan baru...
BalasPadamsmti dari blog lanunsepet yang popular he3
BalasPadamSMTI...i'm thinking about Damba!! hehehehe...
BalasPadamSMTI..huh siap buat ngan hantu lagi tu...hehehe
BalasPadamsmti
BalasPadamSmti
BalasPadamberdiri bulu2 i...bulu tengkuk la kawan...
BalasPadamsyg nyer banglo mewah di tinggal camtu je...
BalasPadamsaya ni penakut tp suke nk baca cite2 hantu kt sini... best
si Damba tu...dah kurang wanita untuk didamba agaknya...dah tu...anak tu...anak dia ngan siapa?
BalasPadamer...apa kaitan orbs ngan kisah misteri ya...
Sekadar berkongsi - pada awal perpindahan ke rumah yg kami diami skrg ini, saya selalu terdengar bunyi guli yg di baling dan melantun2 kemudian nya. Selepas ianya berterusan berlaku tanpa mengira waktu, saya bertanyakan jiran sebelah samada anak2 mereka selalu bermain guli di rumah. Jawapan beliau, anak2 mereka tidak ada guli pun malahan menyangka anak2 saya yang bermain guli. Dia juga selalu mendengar bunyi lantunan guli juga. Sampai skrg, saya x tahu sbb apa ada bunyi itu. Alhamdulillah, kebelakangan ini saya x mendengar lagi bunyi itu...semoga ianya tak berulang lagi.
BalasPadamFR
huhu...seram gak tuh...ingat banglo lama jek ada yg tgu...rupanya banglo yg ada org duduk pun bleh ada yg tgu....ermm...
BalasPadamSMTI~
BalasPadambanglo baru la kiranya tu? igt banglo lama je banyak hantu~
seram nye...
BalasPadamSMTI
http://blogakuummi.blogspot.com/2011/06/jom-gelak.html?showComment=1308632241995#c2150773047424376355
Rumah saya pun selalu kene gangguan bunyi ni.. Macam-macam bunyi.. tarik kerusi la, main guli la, orang melompat la, sampai bilik air ada orang mandi pon pernah dengar. Tapi buat dek je. Yer la duduk kat kuarters putrajaya ni memang banyak gangguannya. Kalau di ikotkan hampir keseluruhan apartment kuarters kat putrajaya ni mengalami bende yang sama.
BalasPadamTapi yang paling best dalam rumah saya sendiri pernah ada jelmaan. Nampak dengan 2 biji mata sendiri. Memang menakutkan. Kawan rumah yang nampak. Fobia sampai ke hari ni. Tidur tak boleh bergelap. Mesti kene buka lampu, kecuali tidur ramai-ramai tu tak pe la...
EEEMMMM....seram amat...tapi tak sbr nak tunggu kisah seterusnya...
BalasPadamabg mazidul, kekadang yang kita sangkakan orb itu sebenarnya bukan...kadang-kadang habuk yang berada di sekitar, boleh juga menyerupai orbs.....contohnya dikawasan pembinaan ataupun dikawasan yang berdebu, contohnya apabila kita berjalan atas tanah atau pasir ia menyebabkan debu itu berterbangan diudara dan dibantu oleh angin untuk penyebaran habuk tersebut.....tetapi gambar dibawah yang mempunyai bentuk warna oren itu adalah orb...gambar kubur cina...
BalasPadamitu jaga tak susah-susah nak ke BB.
BalasPadamGangguan-gangguan sebegini sememangnya ada. teringat masa kat kolej dulu, bila time dah tdo, teteiba sedar macam ada bayang melintas melalui tingkap. So dalam hati, dah agak dah kejap lagi kena tindih la aku.
BalasPadamSekarang dah duduk rumah biasa ni jarang la kena tindih walaupun sesekali tu ada.
smti
BalasPadamtak sabar nak baca yang seterusnya
tumpang tanya, smti tu apa?? sorriiii
BalasPadamDamba, Damba... bukan banglo yg dijaga, tapi hantu yg dikerjakannya. Si Hantu tu pula, sungguh antarabangsa nafsunya hingga mendambakan kehangatan si Damba. Hishh...
BalasPadamsmti
BalasPadamcik miza,smti tu 'saya membaca tampalan ini" :)
smti
BalasPadamSMTI
BalasPadam