Sabtu, Jun 25, 2011

Misteri Kehilangan Lilin

"Masa itu kira-kira jam 10 malam. Saya tengok depan mata, ada benda serupa kepala melintas laju lalu, siap langgar lagi ini pokok bunga. Saya punya kawan kejar, dia hilang di belakang rumah ," kata pengawal keselamatan berasal dari Tawau, Sabah.


Tambahnya lagi ...

"Ini pintu bukan mudah mahu kasi goyang bah! Tetapi ada masa, dia bergerak sendiri" 


Saya dan pengkaji kes paranormal berada di lokasi terbabit di antara jam 1 dan 4.30 pagi. Sepanjang lebih 3 jam berada di kawasan terbabit, 4 kali kami terlihat kelibat bayangan hitam melintas di kawasan berbeza.

Namun 2 klip rakaman video tidak berjaya membuktikan kehadiran entiti terbabit. 

20 Jun lalu, kami membuat tinjauan di lokasi sama tertumpu di dalam rumah. 

"Jom kita tengok kawasan dekat kolam renang di belakang rumah," ajak Rahmat Mokhtar.


Saya dan Ahmad Adam Aliff mengekorinya. Seperti biasa, pelajar kolej swasta itu menyalakan 3 batang lilin untuk menerangi kawasan tinjauan. Pada masa sama, api lilin digunakan untuk mengesan sekiranya wujud pergerakan entiti tidak kelihatan dek mata kasar di kawasan sama. Semua lilin kemudian diletakkan di atas bekas besi tanpa karat di kawasan berhampiran kolam renang.

 

Wartawan akhbar tempatan, VJ menyertai kami buat kali kedua, kelihatan bersahaja seperti sebelumnya. Perhatikan gambar VJ dengan imej orbs di ruang udara.


Jam 2.30 pagi, Mohd Farid Hamzah, 24 tahun bersuara.

"Lilin hilang satu"

Semua ahli kumpulan meneliti lilin ditunjukkan Farid. Satu masih menyala manakala sebatang lagi, hanya tinggal sumbu kerana hangus terbakar.


Menghairankan lilin ketiga tidak kelihatan, jika cair sekalipun, di mana tinggalan sumbunya? Jika tidak banyak, sedikit, lazimnya ada.

Hingga kini, hal itu menjadi satu misteri bagi kami.

14 ulasan:

  1. ye memang penuh misteri..kalo saya..dah lama cabut lari

    BalasPadam
  2. gambar last tu...cer korek betul2... ntah2 ada sumbu dia terkambus kat dalam tu...huishhh...nakutkan jer ar...

    tp takut tp nak baca...

    BalasPadam
  3. seramnya.....tobat makcik takmo gi tmpt cmtu...

    BalasPadam
  4. gambar no.3 tu bukan ke kat hujung tu ada mcm sumbu hitam2 sikit... cuba tengok betul2... ke saya salah tengok?

    BalasPadam
  5. ...dlm puluhan adik beradik , rahmat sorang je mewarisi kecenderungan arwah ayah.....

    saya = takuttttt....sumpah , saya lari dulu... :)

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.