Khamis, Jun 02, 2011

Teng! Teng! Teng! Teng! (Kisah Paranormal)

"Kalau lepas tengah malam, security guards banyak kali terdengar suara perempuan mengilai datang dari arah hutan tu"

"Ada budak remaja, anak pekerja penyelenggara apartment di sini, memang dah pernah berinteraksi dengan orang bunian. Ada kampung dia orang dekat hutan di sana tu"

Itu antara dakwaan penduduk apartment di Seksyen 10, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor  berhubung hutan simpan berhadapan penempatan mereka.

Jam 3 petang semalam, saya dan pengkaji aktiviti paranormal, Rahmat Mokhtar meninjau dan merakamkan gambar hutan dimaksudkan dari luar.


Jam 12.20 malam tadi, saya, Rahmat dan 2 rakan memasuki hutan sama melalui denai sedia ada.



Kira-kira 100 meter dari jalan utama, kami berhenti berjalan. Pantas Rahmat meletakkan motion sensor, alat pengesan gerakan di atas tanah dan menghalakan alat itu kearah hadapan.


Tidak menunggu lama, tepat jam 12.30 malam, tiba-tiba alat itu berbunyi. 

 "Teng! Teng! Teng! Teng"

... biarpun pada pandangan mata kasar kami, tiada kelihatan kelibat makhluk atau entiti asing melintasi kawasan terbabit.


Berulang kali, alat pengesan sama berbunyi namun ruang di hadapan kami, hanya diterangi cahaya lampu suluh, kelihatan kosong. Dalam samar malam, berada di bawah rimbunan pohon, kami hanya mampu saling berpandangan. Secara tiba-tiba, bulu roma terasa meremang.

"Cuba padamkan lampu, kita duduk sekejap," kata Rahmat.

Lantas 4 lampu suluh dimatikan hampir serentak namun gambar suasana di sekeliling terus saya rakam menggunakan Kamera Canon Power Shot G12.


"Teng! Teng! Teng! Teng! Teng! Teng! Teng! Teng!"

Alat pengesan pergerakan dibeli di Jalan Pasar, Kuala Lumpur berharga RM23 itu berbunyi bagaikan tidak bernoktah.

"Suluh kat area depan! Macam ada kelibat berdiri," ujar rakan Rahmat. 

Mata saya tidak melihat kelibat didakwa.  

Lebih banyak gambar saya rakamkan. Pada masa sama, Rahmat cuba mengesan perubahan drastik suhu di kawasan sekitar menggunakan alat Infrared, IR Thermometer digenggam erat tanggannya. Manakala Razali Harun, kelihatan tenang memetik punat kamera, mengabadikan gambar kami di saat berhadapan antara saat mendebarkan itu.


Jam 12.45 malam, suhu di kawasan sekeliling terasa bertambah dingin, tubuh sejuk, hairannya peluh tetap merecik tanpa henti di dahi saya.

Tepat pada jam 1 pagi, lokasi alat pengesan pergerakan kami halakan ke arah jalan masuk ke hutan terbabit. 


"Teng! Teng! Teng! Teng!"

Pantas Razali menghalakan IR Thermometer ke hadapan.

"Temperature drops bro!," kata bekas pekerja resort itu. 

Mengikut kajian ahli paranormal, jika suhu turun atau naik secara mendadak (perubahan suhu -5 darjah Celcius atau +5 darjah Celcius) berbanding suhu asas, dipercayai aktiviti entiti paranormal wujud di kawasan sekitar biarpun tidak mampu dilihat menggunakan mata kasar.


"Jika ada makhluk tidak dapat kami lihat tetapi hadir di kawasan ini, bunyika motion sensor ini," ujar saya.

"Teng! Teng!"

"Sekali lagi!," pinta saya lagi.

"Teng! Teng!"

"Lagi!," kata saya.

"Teng! Teng! Teng! Teng!"

"Dah! Banyak kali sangat dah tu! Cukuplah," Rahmat tiba-tiba mencelah.

Alat terbabit berhenti berbunyi bak mengikut arahan. Semua kejadian ganjil itu saya rakam menggunakan video. 

Saya akan cuba memuat naikkan rakaman audio-visual bersaiz 1 Gb itu di blog ini secepat mungkin, tidak sabar untuk dikongsikan bersama semua pembaca.

Hemat saya, barangkali kejadian itu berlaku secara kebetulan sahaja. Maklumlah di dalam hutan belantara saya anggarkan berusia ratusan tibu tahun terbabit, pelbagai haiwan dan unggas mungkin bergerak secara rawak tidak jauh dari lokasi kami berdiri sekaligus mengaktifkan alat pengesan. 

Jam 1.10 pagi, kami berempat melangkah keluar dari hutan terbabit, bergerak menuju ke jalan utama namun debarannya masih terasa hingga ke saat ini.

30 ulasan:

  1. mmg wujud makhluk yg xblh kite lihat dgn mata kasar..mereka juga makhluk Allah sama spt kita cuma mugkin dunia kita ngan mereka berbeza...

    BalasPadam
  2. wah macam pengenbaraan kelangkah ke alam misteri... ap2 pun.... mmg enjoy follow blog en. mazidul... x lepas peluang membaca setiap n3... :)

    BalasPadam
  3. Huh..yang membaca ni pun,keras kejung rasa badan...biasalah, mereka makhluk Allah jua.

    Waktu di maktab, saya pernah mengikuti xpedisi masuk hutan ni, di puncak bukit terjumpa satu taman bunga yg sangat cantik dan seperti terjaga rapi...terpesona sangat...macam dipukau dan dipanggil-panggil masuk ke taman, bila saya cuba melangkah masuk, bahu saya ditepuk oleh pensyarah ( ustaz ) yg menyertai xpedisi tersebut...

    Nasib cepat tersedar, kalau tak dah kawin org bunian kut..ha ha ha...

    BalasPadam
  4. Saudara Mazidul beli kat mana alat teng!teng! (sori tak tau nak panggil apa) tu kat mana?ingat nak beli juga la.Apa pun,memang best baca cerita paranormal ni.

    BalasPadam
  5. they are there.
    with just viewing the photos (thank you Encik Mazidul), there are bound to have impact on some readers.
    always having HIM our Protector is the best.
    looking 4ward to the next posting.
    thank you again.

    BalasPadam
  6. teng, teng, teng......kat mane2 ade kan..dalam bilik tengah menaip komen ni pun ade jugak agaknya..huhu

    BalasPadam
  7. SMTI

    saya suka je baca pasal bende2 paranormal ni. walau apa pun tanggapan org lain, saya tetap percaya yang ghaib itu wujud..

    BalasPadam
  8. wuhhhh! giler xcited baca satu2 konon2 di hujung entry ada penampakan lembaga! tapi x der.. hahaha...

    BalasPadam
  9. saya cadangkan sdr ajak seseorang yang boleh nampak makluk ghaib .saya rasa ia lebih seronok untuk dikongsi bersama dengan cerita tersebut...
    tak perlu pangil bomoh....
    saya ada 1 sahabat (belia) yg bekerja di KL yg boleh nampak makluk ghaib...dia boleh cerita semuanya..
    (psss...dia kawin dengan makluk halus)

    BalasPadam
  10. seronok dapat berkongsi sama pengalaman menjejaki alam mistik dalam blog MA ni, x sabar nak tunggu MA untuk upload audio-visual tu..
    [foto] pemandangan hijau yang mendamaikan

    BalasPadam
  11. perghh
    xberani aku masuk hutan pagi2...
    masih belum punya kekuatan lagi...

    kne byk menuntut ilmu lg kot...


    oh ya, apa pendapat bro pasal isu yang tengah hot ni?
    Cerita tentang remaja masa kini
    Klik sini:
    Entry Terkini: #adindaevans - Isu Blogger Tiada Dara Jadi Perhatian Dunia?

    BalasPadam
  12. Salam Bro Mazidul, sekarang ni nak masuk alam seekers pula ker...

    BalasPadam
  13. teng teng teng.. berdebar2 membaca. belum tgk video lagi.

    BalasPadam
  14. SMTI...alamak...dah la saya dok kondo tuh..blok yg mengadap ke tasik...rasa seram dah...saya tak pernah terpikir nak masuk hutan situ walaupun ramai yg pegi...taj tergerak ati saya nak ke sana..mungkin sbb ini lah tak rasa nak pegi...

    BalasPadam
  15. baca jek pun dah berdiri bulu roma...hehehe..

    Jom terjah sini :-
    http://ibundadelight.blogspot.com/

    BalasPadam
  16. Tak sabo nak tengok rakaman si Teng, Teng, Teng tu mengikut arahan.

    Seram dah ni...

    BalasPadam
  17. Seram juga baca tulisan dan tengok gambar ni malam-malam. Lebih lagi, seminggu ni tinggal sorang je kat rumah ni. Hehehe...

    Ahad itu hari saya ada ke satu kawasan katanya kampung bunian, seorang diri ambil air mata air untuk minuman. Ambil 6 keping gambar tapi gagal nak masukkan dalam blog saya, sungguh menghairankan.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  18. SMTI tu ape?? banyak benor orang yg komen SMTI...

    BalasPadam
  19. SMTI.. kalau bro Rahmat tak keberatan mungkin boleh pergi ke kampung saya.masa kecik2 dulu pernah dengar org crita pasal hantu jepon kat kawasan sekitar kampung saya tu.maklumlah bekas tapak perang jepun.

    BalasPadam
  20. Ada anak gadis yg istimewa yang dpt melihat serta memasuki dunia ghaib. Yang paling penting beliau boleh berkomunikasi dengan makhluk ghaib serta membantu manusia yang teraniaya.
    Do visit my blog :
    http://detaipingconamor.blogspot.com/2011/06/buang-hantu-jin.html

    BalasPadam
  21. Allah menganugerahkan individu yg dpt berkomunikasi dgn makhluk ghaib serta membantu manusia yg teraniaya. View my posting :
    http://detaipingconamor.blogspot.com/2011/06/buang-hantu-jin.html

    BalasPadam
  22. saye tgl di palm spring, kota damansara..selama 6thn di sini, xpernah tahu di sekitar kota damansara byk misteri..SMTI..please teruskan team 666..(baru hari ni terjmpe blog ni) tq

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.