Jam 3.17 pagi, penghuni apartment ini saya kira sudah hanyut dilamun mimpi. Mungkin mimpi gembira, mungkin juga mimpi ngeri.
Bukan sahaja penduduk, pengawal keselamatan juga sama. Barangkali terlalu kepenatan, dia 'hanyut' sekali, tidak sedarkan diri.
Bezanya, dia tidur bergaji.
Biarpun berada di dalam pos pengawal sekangkang kera saiznya, keadaan tetap lebih selesa berbanding penghuni rumah kongsi saya rakamkan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Saya difahamkan, majikan projek pembinaan di Malaysia menggajikan pekerja warga asing wajib menyediakan tempat tinggal untuk mereka. Bagaimanapun tuntutan berhubung status kediaman terbabit dikatakan kabur. Maksudnya, majikan boleh menyewakan premis tetap lebih selesa seperti apartment atau rumah teres untuk pekerja, jika mahu. Jika tidak dan mahu berjimat, pekerja mendirikan rumah kongsi di kawasan pembinaan.
Melalui pengamatan saya, trend itu mengakibatkan kawasan persekiran tercemar. Lihat sahaja gambar di bawah. Air kumbahan mengalir terus ke dalam longkang dan sampah dilupuskan sewenang-wenangnya.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ harus memantau kawasan ini tetapi persoalannya bolehkah tindakan diambil ke atas penduduk terbabit?
Lazimnya tindakan undang-undang dilaksanakan kepada penduduk tempatan.
Lokasi di atas mampu dilihat dari tepi jalan utama di Seksyen 3, Kota Damansara tetapi bagaimana pula penempatan dipagar?
Benar kenyataan tercatat di papan iklan 7 Up berikut ...
Tindakan mesti di ambil keatas mereka yang tidak beradab itu.
BalasPadamAir Asia diarah bayar ganti rugi
Gajah Sama Gajah Bertempur,Kancil Tersepit Di Tengah Tengah
- siapa yg perlu dipertanggungjawabkan...
BalasPadamHari ini dibersihkan, esok kotor semula. :(
BalasPadamsmti
BalasPadamorang majlis kena ada banyak informer. dapat je maklumat, disahkan benar, terus gempur ikut bidang kuasa majlis. nak lagi umph, ajak sekali geng2 TNB (potong bekalan elektrik), Syabas (potong bekalan air), imigresen & media. PATI pun boleh clear, dalamasa yang sama, siarkan nama syarikat yang menggaji (dan membiarkan kebajikan pekerja) ini dalam media cetak & elektronik. biar majikan2 yang jenis macam ni serik & seterusnya memperbaiki imej syarikat.
BalasPadamtak boleh jadi mcm ni...
BalasPadamwwahhhhh main suka3 jer buang sampah....
developer kita pun sama gak...
saman developer,saman pekerja sekali....
SMTI...sedih tengok segala bagai sampah di buang sekuka hati...geram pun ada...
BalasPadamPejabt cuti,esok ada ramai cuti lagi.
BalasPadamsmti..
BalasPadamsmti...
BalasPadamTeruskan menulis dan melapor. Suatu hari pasti akan ada kesannya penulisan sebegini....
BalasPadamsalam.
BalasPadamjom join a simple n easy ga kat my blog.tq...
erm, tulah namanya makan gaji buta, hehehe...
SMTI
BalasPadamSMTI
BalasPadamOh kebersihan! Di manakah dikau?
BalasPadambagus....saya menyokong penulisan anda ini...bersama sama kita membina masyarakat pembersih.perlu di ingatkan orang kita jgn ambik sambil lewa...pupuk jati diri yg berdisplin dan pembersih.ayoh satu malaysia.
BalasPadam