Sabtu, Jun 11, 2011

Kenapa Perlu Guna Gelaran 'Abang Long', 'Ayahanda'? Kenapa Tidak Guna 'Taiko' ke, 'Tailo ke'?

"Sekarang tak kira Abang Long ke, ayahanda ke, KL gua pegang"

"Abang Long kirim salam sejak gua korek hidung dia"

Itu antara skrip dipetik daripada trailer filem KL Gangster.


Panggilan 'Abang Long' dan 'Ayahanda', lazimnya digunakan di kalangan ahli pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah, PEKIDA.

Berasa perjuangan Pekida diperlekehkan, pertubuhan terbabit dilaporkan berhasrat menyaman pengarah filem aksi terbabit, klik di sini.

Jam 9 malam tadi, saya menghubungi Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Roslan Dahaman.


"Hang tengok filem Kongsi dulu sampai habis, lepas itu hang akan faham situasi sebenar. Biarpun perkataan 'Ayahanda' dan 'Abang Long' tidak dipatternkan tapi dua panggilan itu begitu sinonim dengan Pekida," ujar beliau.

Roslan, 59 tahun, anak kelahiran Kangar, Perlis.

"Sebenarnya, nak siapa minta maaf? Datuk Yusof Haslam dan David Teo ke?," soal saya.

"Bukan, kita cuma nak Syamsul Yusof dan Farid Kamil datang jumpa kita, minum teh dan say sorry, itu sahaja. Kalau hang tengok filem Kongsi, arahan Farid, ada scene tu kata, 'ketibaan adik beradik bagi zon merah', 'ketibaan adik beradik bagi Kapur Barut', 'ketibaan Abang bagi kawasan Batu Kapur', 'ketibaan Abang bagi kawasan Gunung Merah'. Kenapa macam itu? Mengapa depa tak guna skrip 'ketibaan taiko, tailo 36, double seven ke? Kenapa perlu gunakan gelaran 'adik beradik', 'Abang Long' dan 'Ayahanda'? Kenapa nak lekehkan, pandang hina perjuangan pertubuhan Melayu?," persoal Roslan.

Pengarah filem terbabit diberikan tempoh 7 hari untuk mengemukakan permohonan maaf.

Tambah beliau, Pekida Wilayah Persekutuan, mempunyai 40,000 ahli berdaftar manakala Pekida Malaysia dilaporkan mencecah 3 juta orang.

"Sebilangan orang kaitkan nama Pekida dengan gengsterism ...," kata saya.

"Pekida bukan gengster, cuma segelintir individu tertentu bertopengkan Pekida, jadi gengster. Kalau Pekida gengster, Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) selaku penaung Pekida tu apa?," soalnya.

Untuk rekod, sewaktu menemubual Roslan pada 10 September 2009, ringkasnya beliau berkata, 3 line bukan Pekida kerana kumpulan itu tidak berdaftar, baca perincian kenyataan Roslan di sini.

Baca juga tampalan awal berhubung Pekida di No one is above the law dan Kemelut Pekida.

"Pekida, NGO Melayu, kenapa Melayu juga nak menghina kita?," soal Roslan lagi.

Saya kemudian melontarkan soalan terakhir.

"Akhbar tulis kod rahsia Pekida didedahkan. Maksudnya?"

"Tak ada apa kod rahsialah. Macam saya cakap tadi, mengapa depa kena gunakan gelaran begitu sinonim dengan Pekida dalam filem bercorak gengsterism? Jagalah sensitiviti Melayu," jawab Roslan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi perkaataan 'gengster', ahli atau anggota kumpulan penjenayah dan atau samseng.

42 ulasan:

  1. Laris filem.
    Melayu byk namakan? Gelaran?

    BalasPadam
  2. kenapa perlu menggelabah??

    soal perkataan atau pangkat itu??

    kalau begitu, dewan bahasa sila rizabkan perkataan itu untuk kegunaan pekida sahaja..

    siapa2 yang guna, sila saman..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. saya nk menambah lg sikit.. kenapa perlu ada kod rahsia????? ni makan diaaaa!!
      dengan kod rahsia ni lah untuk mengelakkan persatuan@pertubuhan drpada di masuki anasir2 jahat yg ingin merosakkan dan mengguling@ memburukkan pertubuhan.. kalo di arab.. yahudi akam berlagak baik mmbantu org2 islam yg miskin untuk mendapat kepercayaan org islam..ttp adakah anda tahu apakan di sebalik kebaikan auta yg mereka lakukan>??? semuanya daripada DAJJAl... kalo bab2 buah naga apa semua tu aku pon xpaham.. tu mungkin btl2 depa punya gengster...tp islam punya pertubuhan ni adalah sulit dan rahsia dan x blh sewenang2nya di dedehkan umum bg mengelak org2 yahudi masuk dan meracun satu persatu sampai umat islam jd hancur.. dgn ni sama2lah kita menghormati antara satu sama lain..berpeganglah kepada 3 hukum.. dan apa2 skali yg kita buat adalah kerana ALLAH S.W.T..

      Padam
  4. ni lah orng melayu, pasal nama pon nak jadi isu, budak2 pon boleh gelak dgr citer ni, haih! pendapat saya sajer.Pekida jgn saman saya. nasihat saya, patent kan lah nama2 pekida tu

    BalasPadam
  5. selalunya apa yang dilayarkan adalah realiti.Bila sesuatu yang realiti kadang tuh sukar diterima hakikatnya..

    BalasPadam
  6. ingatkan farid ngan syamsul dah kawtim ngan pekida..:)

    apa pun saya wonder apa maksud memperlecehkan akibat penggunaan perkataan itu dari pandangan sedara roslan

    tapi sememang nye pekida dah corrupt sangat sampaikan ramai ahlinya yang 'tido' skrg

    Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

    BalasPadam
  7. Saya pun Abang Long dah lah tu... Ayahanda la pulak...
    Abang Long pasal anak sulong, Ayahanda pada 7 orang anak.... tapi isteri sorang jer....

    BalasPadam
  8. mungkin kebetulan agaknya... kalau betul (syamsul dan farid) maksudkan... bawa-bawa berbincang..

    BalasPadam
  9. macam inilah, tak boleh salahkan syamsul yusof atau farid kamil dalam hal penggunaan perkataan itu. kerana, hampir SELURUH rakyat Malaysia memperlekehkan 3 line. hampir seluruh rakyat Malaysia beranggapan Pekida itu pertubuhan gangster. tidak boleh salahkan rakyat Malaysia juga kerana beranggapan begitu. kerana semua ini datang dari pemerhatian sendiri dengan apa yang terjadi di sekeliling kita juga.

    penyelesaiannya pada saya, Pekida harus mengambil langkah drastik membersihkan nama. terangkan pada rakyat Malaysia bahawa Pekida bukan saluran gangsterisme, bahawa Pekida bukan 3 line. langkah drastik membuang ahli-ahli Pekida yang cenderung ke arah gangsterisme. buat sidang media atau iklan besar di akhbar untuk menerangkan apa itu Pekida sebenarnya.

    ini yang saya lihat langkah paling berkesan, bukan menjerit selepas dimalukan dengan kebenaran..

    BalasPadam
  10. Pada saya panggilan itu subjektif.

    Jika guna TAILO or TAIKO, mana tahu, tetiba Kongsi Gelap pulak desak mintak maaf sebab terhina? wal asal balik hasil?

    Lagi satu, betulkah ada ayat menghina tu? Di sudut mana penghinaan?

    Saya tidak sokong mana pun, saya pun belum tengok filem itu, sebab semalam cari tiket, semua sold out!

    Isu ini saya yakin turut menyumbang ke arah larisnya tiket. Hari pertama sahaja cecah 1 juta?

    wow! I tabik!


    Dell + Lenovo vs Mac = AA kalah...!

    BalasPadam
  11. Leboih seronok baca kisah paranormal dari baca kisah Pekida. :)

    BalasPadam
  12. "Tak ada apa kod rahsialah. Macam saya cakap tadi, mengapa depa kena gunakan gelaran begitu sinonim dengan Pekida dalam filem bercorak gengsterism? Jagalah sensitiviti Melayu," jawab Roslan."

    Look at that answer. Kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang. Kalau tak pernah berlaku, takkan ada orang akan buat benda camtu. Patutnya diaorang ni semua, lihat balik benda tu sebagai satu tanda amaran hakiki, ya hakiki, dan bukan nak melenting tak tentu pasal.

    And yes, they should accept the FACT, that pekida is associated with gangsterism. Hakiki? Google Pekida and tengok apa kita dapat.

    BalasPadam
  13. smti!

    Siapakah pejuang bangsa?

    Kekanda Mazidul datang bersama kamera, pen dan kertas. Bertempiaran warga asing, peminta sedekah, pengoperasi/pelanggan rumah urut, pencuri pasir, mat rempit, hantu batang paip dll lari!

    You really EARNED that respect bro!

    Pejuang yang lain bila lagi?

    BalasPadam
  14. Boleh siapa-siapa tolong terangkan apakah tujuan atau matlamat PEKIDA ni sebenarnya?

    BalasPadam
  15. yang seeloknya pekida perlu membersihkan presepsi masyarakat . terima realiti filem itu memang ada dalam realiti kehidupan pekida secara langsung atau tidak. kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum,
    Pendapat saya, mungkin ade kod rahsia yg digunakan, kalau bukan ahli pekida mungkin x tau.. X perlu diperbesarkan, dah name pon rahsia, yg xtau tetap x tau..
    Sayang, akibat nila setitik rosak susu sebelanga..

    BalasPadam
  17. SMTI ..

    Sokong PEKIDA bangkit betulkan pertubuhan, buang mana-mana yg bawa lumpur tu, daripada saman orang, tapi orang tetap related kan perkida dengan gangsterism. Not worth it.

    BalasPadam
  18. bukan ke elok hubungi terus je si shamsul tu ajak berbincang

    kenapa perlu guna media lepas tu beri tempoh masa lak tu nak jumpa macam ganster la pulak

    mana budi bahasa melayu ?

    BalasPadam
  19. Pekida? pernah dgr, tp xnk amik tahu sgt. Selalu juga dgr org pergunakan nama pekida dn 3 line...

    Psl panggilan je bg warning 7 hari mtak maaf atau saman... hmm...

    Lpakan saja, next story plz...

    BalasPadam
  20. SMTI

    Siapa makan cili, dia la terasa pedasnya..hihi..

    saya rasa PEKIDA xde isu kot..hal remeh je tu..

    BalasPadam
  21. rilex r...tgok cter India, siap tunjuk polis makan rasuah, menteri makan duet rakyat, siap sebut menteri ape...xde plak dorang nk p saman ker ape...cm ne la filem Malaysia nk maju...klaw pekida tue sendri x "melatah", rakyat Malaysia kebanyakkannye x taw pon bende tue berkaitan dgn pekida, name pon wayang! lagi 1 nk sebut, nk saman, g saman smua blog2 yg ade dlm internet tue yg bongkarkan rahsia pekida, xpon dak2 skolah yg lagi advance tentang bende2 nie..tanye dorang sape yg gtaw...tepuk dada tanye iman..

    BalasPadam
  22. ade kawan sy ahli pekida .bila jumpa ayahanda,pelok, ciom tgn, ciom pipi.bila ditanya,ngn ayah kamu sendiri kamu buat mcm tu x. dan jawapannye time raya je,tu pon paling2 ciom tgn.macam haram!hormat ayahanda melampau,ayah sendiri xdenye nk ciom tgn ciom pipi bagai.mungkin segelintir yg camtu.tp yg pasal filem ni lagi kelakar.saman yg paling kelakar.adoi kamonlah,konon2nye bg alasan hina kaum melayu sebab pekida rasa terhina.malunye sebab benda remeh jd isu.

    BalasPadam
  23. segilintir rakan saya ade join pekida ni.taktau la diorang ni berdaftar ke tak.tapi bila ade salah paham sket nak tunjuk belang.kalo lawan one by one takpe, ni tak.ajak segerombolan geng2 diorang.bapak gajah pon mampus kalo satu lawan ramai2.macam takder telor. memang orang akan cakap perangai gangster.berebut awek pon nak kecoh satu daerah.ayoyo.

    BalasPadam
  24. Salam...

    support komen Zack..

    to me as 'rakyat jelata biasa' nieh bila tengok cerita Kongsi or KL Gangster tuh takde pun imagine sesapa... In fact, saya lebih suka plak dorg pakai bahasa melayu ayahanda or abang long... kan cerita melayu..

    tapi bila pekida tetiba melatah saya plak tertanya2 kat mana 'kod rahsia' yang diorg gembar gemburkan tuh...

    part saman menyaman nieh boleh menang ker? takde DNA sahih kat perkataan 'ayahanda' or 'abang dari bukit antarabangsa-or-whatever' yang mengatakan hanya untuk kegunaan pekida saje...

    taiko, tailo, otai pun adalah satu kata gandi nama diri macam ayahanda...

    so the best, dorg p jela tgk wayang and enjoy every single moment babak tuh... dari menyaman tak tentu hala... be open minded and jgn cepat melatah...

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum w.b.t.

    Dalam hal ini adalah tidak menjadi satu kesalahan untuk menggunakan perkataan tersebut.. Semua rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa kebangsaan..berhak menggunakan perkataan tersebut...

    Saya sempat lagi merasakan zaman kegemilangan persuratan melayu, dimana medium surat atau warkah masih diguna pakai......dimana perkataan nenda,ayahanda, bonda, abang long, kekanda, adinda,anakanda,cucunenda dll..masih indah digunakan tanpa ada yang berani menuntutnya.....

    Jadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya memindah milik bahasa ini kepada entiti yang terhad sahaja...kerana ia milik bangsa melayu..

    .. apatah lagi yang mempersoalkannya adalah entiti yang baru wujud....adakah yang baru boleh menuntut bahasa tersebut sebagai milik sendiri..sedangkan ia telah wujud sejak sebelum zaman Tun Sri Lanang lagi

    Sebenarnya perkara ini bukan isu besar...banyak lagi perkara besar yang boleh diperjuangkan..seperti isu agama islam yang sedang diinjak-injak kini..itu lebih baik...PEKIDA harus kembali kelandasan sebenar......contohilah PERKIMA..

    Dengan memainkan isu ini,ia akan memalukan PEKIDA sendiri....

    ..silap-silap bukan PEKIDA yang menyaman...tetapi akan di saman...

    Jadi marilah kita sebagai bangsa melayu, bersatu padu...demi mempertahankan maruah, agama dan bangsa...agar bumi Malaysia ini masih lagi milik bumiputra....

    Jangan asyik bergaduh sesama melayu....bangsa lain bertepuk tangan....


    Mr. Singh pernah berkata :

    "...Macamana lu punya bangsa mau maju! Lu punya nasib, lu makan.. Dia punya nasib, dia makan.. Apa salah makan sama-sama!"


    Wallahualam.....

    BalasPadam
  26. En Mazidul. Cuba anda buka Facebook & cari Profile "Ayahnda Black Lang" Merah" beliau ada mencipta 1 logo yg berunsurkan pertubuhan PEKIDA.. Logo itu terdapat Kalimah "ALLAH & Nabi Muhammad.. Tetapi yg menghairankan gambar yg sepatutnya KAABAH telah ditukarkan kpd Naga.. Pd sy perkara2 sebegini harus di siasat.. Saya berharap saudara Maizidul boleh ketengahkan isu ini.. Kerana terdapat banyak lagi Logo2 yg menjadi persoalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg sy penah dengar 3 line ni sebenarnya wujud sejak dari zaman-zaman rasul dlu di sebelaht timur arab di mana di tubuhkan untuk umat islam sama-sama bangun dan berjihad untuk menentang yahudi al kafirun dan panji-panji hitam serta sekutu2nya untk menyesatkan islam. dari sini lah wujudnya pertubuhan di mana memanggil anak-anak muda bangun dr tidur dr bermimpi di siang hr d bumi yg sementara ini. bg sesiapa yg x tau rasanya tdk perlu di persalahkan ttp selidik sebelum mengeluarkan kata-kata yang lagho. ingat! kita manusia hidup mesti lah berlandaskan 3 hukum. (1) hukum syarak (2) hukum adat (3) hukum akal.. syarak ttp syarak dan wajib,adat pula di mana majoriti dan tdk berlandaskn syarak,akal di mana pemikiran kita berfikir yang baik dan salah ttp syarak ttpn syarak.kita hdup skrg dah moden ttp anda semua tahukah?? dr zaman nabi sulaiman lg org2 yahudi membenci islam dan ingin menghapuskan islam sehingga ke hari khiamat.itu adalah perjanjian dajjal kepada org yahudi! di sbbkn kwujudan diorang ni lah tertubuhnya pertubuhan 3 line ini demi agama bangsa dan negara!! wallahi wabillahi watallahi..assalamualaikum.. maafkan anknda sekiranya ada yg tersalah dan sy msih belajar dgn abg2 di sana utk kita sama2 memahami tujuan sebenar..dan bknlah kita mghukum sesuatu mngikut hukum akal.. sebaliknya hiduplah berlandaskan 3 hukum!

      Padam
  27. smti.
    nama pekida memang telah dikaitkan dgn gangterisme....kalau buat survey...confirm leh tahu...pekida kena buat comm session dgn masyarakat ...bagi membersihkan imej yg tercalar selama ni....

    BalasPadam
  28. jgn sampai pekida jadi pukida pulak. . . sobar jo lah, , ,

    BalasPadam
  29. dan bermulannya 3line ni adalah di semenanjung utara tanah air iaitu negeri Kedah dan telah di sebarkan secara sulit... bg adik2 budak2 yg xtau tp blagak tau igt dah samseng sgt dgn guna nama 3 line dan pekida tu selidik dulu...jgn kwn2 ajak nk baiah semua nk p..tp p baiah pakai baju spongebob la batman la..dr situ dh nampak depa ni hnya nk glamour dgn nama pekida.. mmg mnjadi amalan adik beradik 3 line dan pekida sentiasa membantu satu sama lain jumpa dan mesra merapatkan hubungan antara islam dan bangsa melayu untuk di malaysia la..tp yg jd bangang sbb ada bdk2 yg kononnya x puas ht dgn gengster india dan cina sbb dorg slalu tnjuk2 kuat d tanah air sndiri..tp tersilap..d sbbkan hidup guna nafsu dan hnya berhukum akal shj sbb tu jd samseng taik kucing!! wallahualam..mmg patut la pekida dan 3 line skrg di cemuh d slh tafsir di hina kaum sendiri dan yg lg sedih bgsa lain mengutuk bgsa kita kerana kebodohan kita sndiri...

    BalasPadam
  30. dan mengapa bila ada history channel la media2 yg menjemput ayahnda2 dan sekutunya memberi penjelasan yg umum d sbbkan itulah diorang menyembunyikan pertubuhan ni sbb ianya amat sulit... kalo anda tahu apa itu freemason dan betapa sulitnya pertubuhan diorang..mcm tu lah sulitnya pertubuhan 3 line ni sbb kita hidup berbilang kaum dan agama bg mengelak sensitiviti kaum lain..kita bkn membenci kaum lain ttp kita mau aman maaaa...

    BalasPadam
  31. JGN KITA HIDUP DGN ANGAN2 UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH..TTP BERJUANG UTK ALLAH DAN AGAMA ISLAM SELAGI KITA HIDUP.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.