Rabu, Jun 08, 2011

Gambar Entiti Aneh Dirakamkan (Kes Paranormal)

Menurut bekas polis, Mohd Fauzi Bidin, 60 tahun, banglo tersergam di Bukit Darah, Sungai Buloh, Selangor dianggarkan berusia lebih 60 tahun.


Jam 1 pagi, Fauzi bersama saya, Rahmat Mokhtar, Razali Harun, Adnan Abdullah dan Azhar Ramli memasuki pekarangan banglo pernah dihuni keluarga warga Britain dan Sri Lanka terbabit. 


Sebelum ini Azhar berkongsi kejadian aneh dialaminya, di sini. Sewaktu menghampiri pintu utama banglo, hati mula berdebar. Suhu di sekitar agak panas, IR Thermometer menunjukkan bacaan 80 Fahrenheit. 


Kami membuat keputusan bergerak ke belakang banglo untuk memasang kamera web. Saya perhatikan, halaman banglo dijadikan tapak semaian pelbagai jenis anak pokok.


Dalam kegelapan malam, Rahmat berjalan mendahului kami tiba-tiba berlari meluru ke tapak semaian dan merakamkan gambar menggunakan kamera digitalnya.


Lihat gambar pokok rendang menghijau, saya rakamkan di belakang banglo sama. Barangkali pohon itu juga seusia banglo. Banglo dikatakan pernah menjadi saksi kejadian wanita berbangsa Inggeris dilaporkan mengantung diri.


Biarpun berasa seram tetapi tiada ahli kumpulan bersuara. Saya dan Rahmat kemudian pantas memasang 2 kamera web menggunakan komputer riba kami bawa. Lensa kamera kami halakan ke arah pokok terbabit.


 "Kalau ada benda lalu, InsyaAllah web cam dapat capture," bisik Rahmat. 

Menurut Fauzi, dia pernah beberapa kali bertembung kelibat lembaga hitam di banglo itu. Namun melihat reaksinya, saya tahu bapa kepada 9 anak dan datuk kepada 17 cucu itu, lelaki berani. 


Biarpun berusia puluhan tahun, tiang utama banglo masih kelihatan teguh.  Jika tiang terbabit mampu bercakap, pasti banyak kisah suka, duka dan mengerikan mampu dikongsikan bersama kami.


Jam 1.05 pagi, kami memasuki banglo melalui pintu utama dan kemudian menaiki tangga ke tingkat atas.  Gambar saya rakam di bawah menceritakan rentetan tinjauan kami lakukan. 


"Ini lorong ke bilik tempat perempuan tu menggantung diri," kata Azhar.


Hati saya tidak berdebar cuma perasaan cuak mengusik jiwa kerana tidak mampu menduga apa bakal dilihat dan ditemui di bilik terbabit. Mujur, sejak awal pertemuan saya membuat perjanjian dengan Adnan.

"Bang, saya penakut. Janji dengan saya, apa terjadi, abang akan tetap berjalan di belakang saya," pinta saya.


Saya bernasib baik, Adnan, 50 tahun, bersetuju memenuhi permintaan itu. Dia kenalan saya sejak  menyertai operasi membanteras pendatang tanpa izin bersama pasukan RELA di Damansara suatu ketika dahulu.

Kami kemudian memasuki bilik bertentangan bilik pernah dihuni wanita Inggeris terbabit. Masih terdapat beberapa perabot di dalamnya.  

"Sebelum awak ternampak kelibat perempuan tu di tingkap bilik depan, awak kata rumah ini terang-benderang macam berlampu, kan?," soal saya kepada Azhar.

"Ya, sekarang baru kita semua nampak, sebenarnya bekalan elektrik memang tak ada, plug semua dah tanggal," balasnya.


Sewaktu meninjau bahagian belakang rumah dari tingkat satu, saya rakamkan gambar kolam renang terletak kurang 50 meter dari banglo terbabit.


"Mungkin di situlah perempuan tu mandi suatu ketika dahulu," kata Azhar. 

Hampir jam 1.30 pagi, Rahmat membuat keputusan memindahkan kamera web ke bilik didakwa terjadinya kes membunuh diri itu.


Kamera Rahmat diletakkan di lorong manakala kamera saya ditempatkan di dalam bilik berhampiran pintu.


"Di tingkap inilah saya ternampak perempuan memakai baju putih, berambut panjang dengan beg tergantung di belakang tu," kata Azhar. 


Kami kemudian segera beredar keluar setelah memastikan 2 kamera terbabit beroperasi.


Kurang setengah jam berada di luar pagar banglo, tiba-tiba Rahmat bersuara.

"Bang, ada kawan di Facebook komen ternampak gambar entiti di dalam gambar saya posted tadi," katanya.

Berikut gambar dirakam menggunakan telefon bimbit berjenama Black Berry Torch milik pengkaji paranormal itu.


Untuk tujuan perbandingan, berikut lokasi sama gambar terbabit dirakamkan.


Jam 2.40 pagi kami kembali semula ke bilik kamera diletakkan. Hasilnya? Kamera saya gagal merakamkan sebarang visual. Malah lebih menghairankan, fail rakaman juga didapati tidak wujud. Kamera milik Rahmat? Hasil rakaman, jika ada, belum lagi diprebiu setakat tampalan ini selesai ditulis.


Berikut pesanan ringkas dihantar Rahmat kepada saya, pada jam 4.18 pagi tadi ...

'Video saya juga hilang'

Apapun, terima kasih kepada semua kerana sudi menempuh satu lagi pengalaman baru.



30 ulasan:

  1. kalau aku x pergi la ke tempat gini...penakut wehh

    BalasPadam
  2. kalau setakat pergi dua tiga jam nak rakam,nak cari entiti asing tu...bagi sy tak ada faedah (sorry to say that)..apa kata kalau berani sgt geng2 paranomal tu, menghuni kejap rumah tu seminggu dua, buat solat usir semua entiti asing tu..lagi berfaedah..paling tidak rumah tu dpt dihuni oleh ramai yg tak ada rumah atau jadikan pusat perlindungan rumah anak2 yatim...rumah remaja bermasalah setelah dibersihkan semua entiti asing. Dalam Islam pun tak suruh kita cari entiti/hantu nih...tp suruh kita buang ..

    BalasPadam
  3. saya ni penakut tp suke baca cite2 seram gini... pastu kalu duk sorang2 mule lah teringat2 hehehe...

    BalasPadam
  4. kalau saya... mau keras kat situ gak...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    Bro, rumah tu dah lama tinggal...nampak sangat bersih. Ada orang bersih ke?

    bangunannyapun macam terjaga rapi, nampak kukuh...taklah semak samun dan terbiar.

    Rasa-rasanyalah, berani tak tinggal sini kalau banglo ni dah dikemaskini semula, cat baru dll?

    rasa macam nak cuba je tinggal sini ;), tapi berani tak? tak berani nak jawab

    BalasPadam
  6. MrsNor, hemat saya, untuk melaksanakan apa puan sarankan BUKAN semudah menjual peralatan dekor secara online as what you have been doing.

    Tidak ada sesiapa di dalam kumpulan terbabit mendakwa mereka berani, so please jangan membuat andaian.

    One more thing, allow me to correct you, mereka bukan bernaung di bawah mana-mana kumpulan kecuali Rahmat Mokhtar.

    Kekadang, melontarkan komen mudah tetapi saya harap, sila fahami fakta terlebih dahulu.

    Jika ilmu puan hebat, dipersilakan melakukan apa puan sarankan.

    Thank you.

    BalasPadam
  7. SMTI... menarik..buat nak ikut next n next... saudara MAS, kamera yg lg satu tu, dah update blum...??? hehehehe...

    BalasPadam
  8. ok2.. baru baca latest update :
    'Video saya juga hilang' .. .. .
    waiting for next post...

    BalasPadam
  9. SMTI
    kat apartment saya baru2 ni pun ada penduduk nampak 'kak limah'.biasa la,apartment baru nak duduk.

    BalasPadam
  10. SMTI.. hati-hati bro.. ada pesan untuk peserta ke ?(takut ada yg 'mengikut' balik )

    BalasPadam
  11. Thumbs up!
    Thank you, Encik Mazidul.
    Another territory explored, made it known to us, armchair readers.

    BalasPadam
  12. smti... semakin tak sabar nak tahu kesah seterusnya.

    BalasPadam
  13. Well, saya rasa this is good memandangkan tak semua orang berpeluang melihat semua benda-benda halus ni. That's why i keep reading this.

    BalasPadam
  14. salam nak menyampun di sini, SMTI tu apa ye?

    BalasPadam
  15. @leyzajamil

    saya membaca tampalan ini

    BalasPadam
  16. Ana setuju la dengan pendapat Mrs.Nor....memang tak ada faedahnya...

    BalasPadam
  17. Mobydick, berfaedah atau tidak bukan anta penentunya.

    BalasPadam
  18. Ini soal minat...org x boleh persoalkan & pertikaikan...

    Sy minat sy ikut cerita & yg x minat xperlu buat sbrg komen nagatif atau andaian yg bukan2...

    Sy mmg penakut tp disebabkan perasaan ingin tau membatasi segala...

    Rahmat, abg mazidul & kawan2 yg lain teruskan minat anda itu..

    BalasPadam
  19. kita patot ber terima kasih kpd abg mazidul kerana sudi kongsi pngalaman anda di blog ini....mrs.nor harus tahu ,tntang paranormal ini untuk kite sedar dn tahu tntang saintifik paranormal,bukn kh ini ber faedah daripda goyang kaki di rumah? paranormal ini untuk menimba ilmu n pngalaman idup kita,,kita patot ber terima kasih kpd ahli paronormal krane team ini untuk remaje supaya tidak jadi menagih dadah dan pelbagai nyer..zaman skrang manusia labih takot hantu dari allah,x sedar kah mrs.nor tntang perubahan kita? komen mrs.nor tidak masuk akal n kurang sopan,anda harus tarik balek kata2 anda...terima kasih sekali lagy abg mazidul..... BIAR ALAM MNJADI GURU...

    BalasPadam
  20. Setiap orng bebas utk mnyatakan pandangan masing2...ape pun sy mmg seronok mbaca & mdgr benda mistik...selagi tdk memesongkan akidah....terima kasih abg mazidul krn sudi berkongsi...syabas kerana berjaya memberanikan diri pergi ke tmpt begini...klau sy entahlah...LOL

    BalasPadam
  21. Baca jer dah meremang bulu roma apetah lagi kalau ada kat sana.. Glurpp ! Tepek blog Mazidul di bloglist ~ :)

    BalasPadam
  22. sy sokong, sb ini di buat krn minat.... hobi... stiap org ada minat mmasing.... mcm sy suka kucing... bpuluh2 ekoq sy bela, prabis duit beli mkn & sgalanya... mcm a.mzidul & rakan2 pn punyai hobi... insyaallah , ganjaranya pahala krn beri org mcm kita ni ilmu mlalui pmbacaan... xla kta mnganga bca blog gossip retis hajooo.... ko hadoo? tau nk kondem.... dpt dosa tau dak.... juz my 2 cents.... lalallalalala

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.