Isnin, Jun 27, 2011

Sayang! Sayang! Jangan Pengsan!

Kira-kira jam 10 pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke Arkib Negara Malaysia, saya terserempak kemalangan jalanraya membabitkan 2 kereta dan motosikal di Lebuh Raya Penchala Link menuju ke arah Kuala Lumpur.

Dalam kejadian itu, 2 pemandu kereta terselamat, begitu juga penunggang motosikal. Cuma wanita bersamanya kelihatan lemah longlai, panik dan menangis.

"Dah panggil ambulan?," tanya saya kepada penarik kereta.

"Sudah tetapi tak sampai lagi," balasnya.

Ketika itu, jam tangan saya menunjukkan hampir pukul 10.30 pagi. Saya kemudian menghubung pegawai polis trafik IPD Petaling Jaya, Selangor dan memaklumkan beliau berhubung situasi bahaya didepani pengguna laluan terbabit.


Pada masa sama, pemandu kereta mewah terbabit dalam kemalangan itu, kelihatan sibuk mengawal aliran trafik. Untuk rekod, kemalangan berlaku di selekoh, beberapa kali pelbagai jenis kenderaan dipandu laju di lorong kanan hampir terbabas dan melanggar teksi


"Sayang! Sayang! Jangan pengsan! Ambulan mana? Ambulan mana?," jerit penunggang motosikal.

Wanita dalam pelukannya kelihatan lemah dan hampir terjatuh. Pantas saya menahan teksi lalu di lebuh raya sama. Pasangan terbabit kemudian menaiki teksi untuk ke hospital.


Saya percaya wanita itu selamat.

"Adi, kenapa lazimnya, orang tak nak hantar mangsa kemalangan ke hospital?," soal saya.

'Adi', seorang daripada penarik kereta, kenalan saya.

"Dia orang takut kalau mangsa mati di dalam kereta bang. Kalau mati, polis akan panggil untuk disiasat, mahu empat lima jam duduk di balai," jelasnya.

Ketika dihubungi, Adi berada di Subang Jaya.

"Pernah sekali, saya hantar mangsa, perempuan Cina ke hospital. Saya selamatkan duit, kad pengenalan, smart tag, laptop dan barang berharga dia. Lepas selesai semua, boyfriend dia buat laporan polis, kerana kononnya hilang laptopLast sekali, saya pula kena masuk balai walhal sebenarnya boyfriend mangsa tak berpuas hati sebab kereta girlfriend dia ditarik ke workshop saya," jelasnya.

Itulah hakikatnya. 

Kekadang jika ambulan lewat tiba di lokasi kejadian, pengguna jalanraya tidak keberatan menumpangkan mangsa ke hospital bertujuan untuk menyelamatkan nyawanya. Jika ajal menjemput mangsa sewaktu dia berada di dalam kenderaan, pihak membantu akan dipanggil ke balai polis untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan. Proses itu mengambil masa sedangkan pembantu bertujuan baik.

"Ada tiga lagi kemalangan bang, di depan ada dua, di kanan satu," ujar penarik kereta.

Saya sempat merakamkan beberapa gambar di kawasan sekitar. Hujan renyai mengakibatkan jalanraya menjadi licin. Saya percaya, kemalangan berlaku kerana kenderaan dipandu laju dan kecuaian pemandu.


Nota

Siapa kata orang dahulu baik sangat?

Klik di sini.

25 ulasan:

  1. Saya pernah membantu menghantar seorang pakcik ke hospital setelah dia terbaring di tengah jalan terjatuh dari motor. Semasa kejadian, ada yang berkereta besar berhenti sama. Tapi 'tolong perhati' je. bila diminta tolong hantar ke hospital, masing2 diam. Akhirnya kereta kancil saya yang kecil dan sempit itu diguna untuk menghantar. Saya tak salahkan mereka. Mungkin betullah mcm yg Adi tu ceritakan. Tapi bayangkan sakit2 disuruh berbaring dlm kereta yg kecil dan sempit.... -.-"

    BalasPadam
  2. cabaran dengan membantu mangsa, tp kalau kita di pihak yang benar, walaupun di tahan untuk siasatan
    kebenaran akan terbongkar juga

    sya sangat ngeri bila ada berlaku kemalangan

    BalasPadam
  3. hurm..susahlah klu keadaan mcm tu....
    dgn keadaan jln raya yg jam, agk ssh ambulan nk smpi dgn cepat....

    BalasPadam
  4. Siapa kita untuk menjangka apa yang akan berlaku? walaupun 5 minit akan datang?

    Semoga mangsa selamat dan bertenang. Terimakasih Bro, atas info dan pertolongan.

    Hari ini kita tolong orang, lain kali mungkin orang lain tolong kita...

    BalasPadam
  5. haritu tayar motor pecah tengah2 LDP..takde sape nak tolong...hehehe...takde kaitan dengan entry, rasa nak mengadu kat abag mazidul jerr..hehehee

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    Saya tak boleh bau darah...memang akan pitam punya. Susah sikit nak tolong orang. tetapi, kalau dah terdesak, biasanya boleh aje dan akan pengsan selepas semuanya selesai -----> nak pengsanpun sempat pilih2 masa ya dak?

    BalasPadam
  7. nak buat macam mana... hati manusia. pandangan lain2. bila ikhlas menolong dikata ade niat jahat.
    nway out of topic... bengang giler ngan berita semalam... pasal cikgu perempuan kene samun dengan rumah tu. punyalah kejam manusia sekg nie...
    mmg harap sgt dpat terserempak dengan kes2 mcm nie depan mata. mmg saya akan langgar sampai mati penyamun2 nie.

    BalasPadam
  8. SMTI....pernah terjadi, cikgu saya yang berhentikan kereta untuk membantu mangsa kemalangan langgar lari. Tapi akibatnya dia dipukul sampai mati ( setelah masuk hospital la ) kerana org ingat dia yang menyebabkan kemalangan tersebut. Perkara ni berlaku semasa saya di sekolah menengah. Tak dapat dipastikan apa yang terjadi seterusnya....

    BalasPadam
  9. smti...ermmm...ckp adi tuh ada benarnya....tapi kita nih manusia, ada sikap perikemanusiaan...

    BalasPadam
  10. jln ni mmg slalu accident, sy pun penah accident kat sini..struktur jln tu prob kot tp mungkin org dolu2 akan kata jln tu puaka..tapi yg lbh penting sy nmpk office sy dlm pic tu!

    BalasPadam
  11. pernah terjadi pada sepupu saya...akibat tiada siapa sudi membawa ke klinik berdekatan, akhirnya dia meninggal di situ jugak.

    BalasPadam
  12. tlong la bantu mangsa kemalangan...entah nasib kita bagaimana...sape taw...bukan tengok berdiri mcm tunggul kayu..sekurangnya kata2 semangat sblum bantuan tiba...

    BalasPadam
  13. SMTI.tula betul jugak tu,slain takut mati,takut juga datang lewat ke office ke,tak sempat sampai etc..skarang ni bukan kira,bos main marah je..kalau org antar ke Hospital,kalau pihak hospital ada kluarkan thank you note/letter kan bagus..skurang2nya lega sikit..

    BalasPadam
  14. bila tngk exsiden ni selalu rasa berdebar2 entah kenapa...

    BalasPadam
  15. Saya juga pernah terlibat dgn kemalangan apabila moto yg kami naiki ttba pancit tayar depan dan kami berdua terbang ke tepi jalan mcm superman..sakitnya terseret dgn jalan x terkata..byk teman2 yg bermoto berhenti dan mengawal kereta dari memasuki lorong tempat kemalangan..ada yg tolong menelefon ambulan..seorang lelaki budiman yg juga bermoto tolong kutip2 bag yg bersepah dah pesan kat saya tuk pegang baik2 sumanya..sbb dkat dgn Hspital selayang ambulan datang dgn cepat...pengalaman yg mengerikan mujur tak parah..terima kasih pada penunggang2 motosikal yg baik hati dan prihatin membantu....

    BalasPadam
  16. saya pernah terbabit dlm kemalangan kereta yg blh thn teruk jugak, org pertama yg smpai ke tmpt kejadian dengan baik hatinya merembat duit dlm dompet saya.. nasib baik tidak lama selepas itu, seorang berbangsa cina dan seorang berbangsa india tolong menyelamatkan barg2 berharga saya seterusnya mnghantar sy ke hospital. yg lain, duk perati je...

    BalasPadam
  17. SMTI~

    saya memang serik kalau terlibat dalam kemalangan. nak buat repot aje berjam2!

    BalasPadam
  18. Kasihan dengan mangsa kemalangan yang jadi bahan tontonan je. Dulu saya pun pernah terlibat dengan kemalangan, banyaknya yang memerhati, tapi hanya seorang dua yang nak tolong, tu pun sebab kenal dengan orang tu.

    BalasPadam
  19. Kemalangan berlaku di Kerinci Link atau Pencala Link? nampak macam di Pencala Link sahaja.

    BalasPadam
  20. saye pernah mengalami kemalangan... tapi bukan d jalan raye laa... selepas saye kemalangan,sye terseret ke tepi jalan... jalan tu agak utama bagi penduduk persekitaran d sini... naseb baek xjam... nak pulak tempat saye kemalangan tu,tempat keluar msok lori... dan naseb baek juga ade orang yg tolong bantu saye untuk ke klinik... klau x,mmg saye terlantar kat tepi jalan tu jew... ^_^

    BalasPadam
  21. saya bukan taknak tolong... tp saya takut tgk luka yang ngeri2 ni... alasan je kan? tapi tula hakikatnye... memula nak lawat orang sakit kanser otak... alih2 saye yg dipapah keluar sebab pitam tengok keadaan pesakit... takdir tuhan, suami saya seorang yg berani. dia selalu nak tolong org eksiden, 2x seingat saya. 1 kereta berasap hampir meletup, tuan masih rileks dekat kereta... dia jerit suh beredar cepat.... terus dia cari air spare dari dalam kereta kami curah sampai asap tu hilang... rupenye tangki minyak dah bocor... sekali lagi seorang pempuan... langgar lari... dia kejar si pelanggar dan stop kan kete dia mengejut depan2... nyaris2 dia yg kene langgar.. si pelanggar tu terpaksa patah balik dan tolong dan bayar gantirugi pempuan dia langgar sambil diperhatikan suami saya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.