"Dulu Seksyen 7, penempatan pertama dibuka di Kota Damansara. Tempat lain masih lagi hutan belantara," ujar Din Petai.
Pantas saya mengeluarkan kamera digital Canon G12 dan cuba merakamkan gambarnya.
"Ish! Ish! Janganlah ambil gambar," ujarnya.
Saya pernah menyertai Din Petai, 41 tahun dan beberapa rakannya membuat tinjauan entiti paranormal di banglo di Bukit Tunku, Kuala Lumpur kira-kira 3 tahun lalu.
"Saya dengan kawan memang suka mencari petai sebab itu orang panggil saya 'Din Petai'. Kira hutan di Kota Damansara, di antara tahun 1995 dan 1997 memang kita selalu masuk. Selain petai, kami mencari Tongkat Ali, Kacip Fatimah, pokok sasi, pokok rempah dan banyak lagi." tambahnya.
Din Petai kemudian berkongsi kisah berlaku tahun 16 tahun lalu.
"Masa itu zaman jahiliah lagi, masih muda. Ada kawan ajak pergi mengangkung. Selepas tengah malam kami berlima pergi ke hutan, sekarang ini di Seksyen 8. Syaratnya kena bawa bunga Melati, 10 ekor siput babi dan papan," katanya.
"Haaaa? Siput babi?," soal saya.
"Mula mula saya lukiskan satu garisan di atas papan, lepas itu taburkan bunga Melati. Atas kulit siput babi, kita tulis angka 0 sampai 9. Sebaik mencium bau wanga, siput itu akan berjalan ke arah bunga Melati, kira macam berlumpalah, walaupun hakikatnya mengesut. Empat siput terawal sampai di garisan, ikut aturan, saya akan catatkan 4 nombornya," sambung Din Petai.
Dia hanya berseorangan, rakan lain menunggu di lokasi kira-kira 50 meter dari tempat Din Petai mengangkung.
"Ada benda pelik datang dekat awak ke masa itu?," tanya saya.
"Suara lelaki berbisik, dia kata, kenapa bunga kau ambil tanpa meminta kebenaran? Lagipun bunga itu bukan kawan kau punya, kata suara itu. Masa itu saya tersedar akan kewujudan alam lain, cuma kita tak nampak. Memang seram gila, terasa telinga dijentik berulang kali tetapi masa itu saya cuba tumpukan sepenuh perhatian kepada siput babi tengah berjalan perlahan. Sebaik dapat sahaja 4 nombor kami pun beredar," jawabnya.
"Tikam nombor dapat ke first prize?," soal saya.
"Tak, tak tahulah apa tak kena, mungkin ada syarat tak dipatuhi," jelasnya.
Kini Din Petai dan semua rakannya sudah bertaubat dan tidak lagi mengulangi perbuatan khurafat terbabit.
menarik kisah pendedahan ini
BalasPadamsmti =)
BalasPadamSMTI :)
BalasPadamSMTI
BalasPadamsmti
BalasPadamSMTI...
BalasPadamsmti
BalasPadamSalam,...waahhh,,,bro dah rajin lepak kt situ,....gua nampak lu semalam,,,,tu semua geng gua juga,...tu semua otai seksyen 7, Kota Damansara,,....
BalasPadam