Sabtu, Jun 25, 2011

Kaedah Mudah Meraih Pendapatan Untuk Hari Raya Aidil Fitri 2011

Kotak pengagihan tenaga Tenaga Nasiona Berhad, TNB, mesin pembayar parkir otomatik, papan  tanda trafik dan pokok antara ruang menjadi sasaran along menampalkan ribuan iklan menawarkan pinjaman kepada orang ramai.


Adakah petugas TNB tidak perasan harta milik syarikat mereka dimusnahkan? Apakah pula tindakan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ?  Tidakkah mereka nampak vandalisme berlaku?

Baca artikel akhbar Sinar Harian, mengolah usaha MBPJ memerangi pihak menggantung iklan haram di sekitar Petaling Jaya, klik di sini.

Saya difahamkan oleh Ketua Penguatkuasa MBPJ, Fauzi Maarop, pihaknya menawarkan bayaran 70 sen untuk setiap banting atau poster haram diturunkan orang ramai. Tuntutan bayaran diuruskan Bahagian Undang-Undang pihak berkuasa tempatan terbabit.

Mujur bayaran menanggalkan poster kertas tidak boleh dituntut, jika tidak, pasti MBPJ tidak termampu melangsaikan bayaran berikutan bilangan terlalu banyak.


"Kalau waktu malam, ada ternampak, pekerja menampal poster along, orang ramai boleh tangkap dan serahkan kepada polis. Kalau sabit kesalahan, individu menangkap akan dibayar RM100 manakala pesalah dikompaun RM1,000," ujar Fauzi.

Perhatikan antara tindakan melampau along sehinggakan papan tanda trafik juga mereka cemari sekaligus menggangu pandangan pemandu.


Tong sampah juga turut menjadi mangsa along.


Saya dimaklumkan, along tidak perlu mengarahkan ahli kumpulan mereka menampal poster atau mengagihkan flyers kerana servis terbabit ditawarkan secara terang-terangan.

Banting syarikat itu juga digantung secara haram.


"Lebih setahun kita menawarkan orang ramai membantu menurunkan banting haram sekaligus dibayar tetapi kurang sambutan," ujar Fauzi.

Hari Raya bakal menjelang tiba dalam tempoh kira-kira 2 bulan lagi. Menurunkan banting digantung secara haram, kaedah mudah meraih pendapatan.

13 ulasan:

  1. SMTI

    harap ramai yang tolong turunkan banting tu sebelum menjelang raya ni untuk dapatkan duit lebih, bukan ramai yang salin nombor kat banting dan buat pinjaman along.

    BalasPadam
  2. Saya rasa MBPJ patut iklankan di TV atau surat khabar mengenai tawaran ganjaran ini. Ramai yang tak tahu ni.
    Satu lagi, sila mudahkan cara nak claim duit bila dah turunkan banting2 tersebut. Saya rasa orang malas nak wat kerja ni pasal lambat nak dapat duit kerana kena tunggu mahkamah dan menghadapi karenah birokrasi MBPJ.
    Lebih baik kutip tin kosong dan jual kerana boleh dapat duit on the spot daripada turunkan banting2 ni tapi sakit hati nak tunggu dapat duit.

    BalasPadam
  3. Salam Bro Mazidul,

    Saya cadangkan inisiatif NGO dan pihak sekolah untuk buat gotong royong amal membersihakan papan tanda daripada iklan ALOng ni.

    Ia lebih mudah dan praktikal jika semua pihak melaksanakan tanggungjawab sosial.

    BalasPadam
  4. Cadanagan yg baik utk tambah pendapatan tetapi seperti biasa ramai yang tidak suka mengamalkan saranan tersebut.

    BalasPadam
  5. SMTI

    memang menyemakkan mata melihatnya tapi pihak berkuasa macam tak berkuasa dan berusaha langsung samada bertindak melarang atau membuang iklan2 haram tu

    BalasPadam
  6. pernah dulu tahun 2005 dulu lalu kat area JB tuh tak perasan yg one way..tak pasal2 tibe ader polis tahan..kene maki kaw2 punyer..kiter yg terpinga2 nih tak paham..yerlah 1st time pegi..dier ckp tuh one way..saya ckp ler yeker..sori tak perasan sbb takder signboard..rupenyer biler patah blk baru perasan sbb signboard tuh penuh ngan iklan along..smpi kaler merah dier pon dah tak nampak

    BalasPadam
  7. Salam..

    Ada kaedah di China yang mana semua nombor telefon yang dipaparkan direkod dan dimasukkan ke dalam satu perisian. Perisian ini akan membuat dialing secara automatik dan berulang kali pada kadar rawak atau durasi yang ditetapkan (mungkin dengan mesej larangan tampalan iklan haram).

    Panggilan pada nombor yang dipapar akan menyusahkan mereka yang menampal iklan tanpa kebenaran. Iklan haram pasti berkurangan secara drastik.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.