Jumaat, Jun 10, 2011

Kelibat Ibu Mengendong Bayi (Kes Paranormal)

Hampir jam 11.30 malam tadi, kami melangkah menuju lokasi. Menyertai saya, Adnan Abdullah, Razali Harun, Hishamuddin Majid dan Haris Sakimon.


"Wak tu memang biasa memancing di kawasan tu. Tadi, saya ajak dia pergi sekali, minta tolong tunjukkan tempat dia mendakwa pernah terserempak ibu mengendong bayi di tepi longkang besar, tempat kita nak pergi ni tetapi dia tak nak, malam Jumaat katanya. Dia cakap, kalau engkau berani, engkau pergilah," jelas Hishamuddin. 

Hishamuddin berbaju merah bersama Razali tenang berjalan, meredah kegelapan malam, mendahului kami semua.


Berhati-hati kami kemudian tunduk menyusup di bawah satu daripada 3 paip besar untuk ke tepi longkang di sebelah kanan. 


Razali berusaha merekodkan bacaan suhu kawasan sekitar menggunakan IR Thermometer 

"Suhu normal bro, dalam 27°C," bisiknya kepada saya.

Saya kemudian mengeluarkan komputer riba dan kamera web dari beg galas lalu meletakkan perkakasan itu di atas simen longkang berhampiran.


Lensa kamera saya halakan ke arah longkang besar, kurang 2 meter dari tempat saya duduk.

"Di situlah Wak tu banyak kali ternampak ibu mengendong bayinya. Wak cakap, setiap kali dia terserempak dengan dia orang, dia takkan dapat ikan, balik tangan kosonglah," celah Haris.

Bulu roma saya tegak secara tiba-tiba sewaktu menekan butang rekod di komputer riba. Titisan peluh mula membasahi baju saya.

Berikut gambar saya rakamkan, tepat jam 11.43 malam di lokasi sama.



Di bawah, gambar saya rakamkan beberapa saat kemudian.


Close up ...


Perhatikan entiti muncul di hadapan komputer riba, di penghujung longkang, lokasi komputer diletakkan.


Perhatikan 2 gambar saya rakamkan pada jam 12,21 malam. Tiada sebarang entiti kelihatan di lokasi terbabit.


Berikut pula gambar dirakamkan Haris di lokasi sama, menggunakan kamera digital berjenama Olympus. Tiada entiti kelihatan.


Suhu terendah dirakamkan Razali, 12°C, pada masa sama, banyak orbs kelihatan di ruang udara. 
 

Untuk rekod, orb mempunyai nukleus di tengah, titisan air, tiada.


Kami sempat berehat sebelum meninggalkan lokasi ditinjau ketika jam menunjukkan waktu hampir 12.30 malam. 


Apapun, saya dapat merasakan langkah diorak dek mereka jauh lebih laju berbanding pergerakan sibut babi, merayap tenang di kawasan sama.

31 ulasan:

  1. Salam Sdr MAS...

    Akan ada rancangan baru bakal diterbitkan ke? (atau mungkin kakcik tertinggal sesuatu?)

    BalasPadam
  2. kat mana ni bang.. mcm belakang petronas kota damansara je..kalau kat situ pernah juga memancing...

    BalasPadam
  3. kat mana ni bang.. macam belakang petronas kota damansara je..kalau kat situ pernah juga memancing..

    BalasPadam
  4. biasa tak cari boleh jumpa bang... he..he

    BalasPadam
  5. Any continuation to find out the old woman's identity?
    My ex-elderly neighbour used to relate stories of her younger days when she used to see & talked to 'orang bunian' who walked on water (Sungai Datok if I'm not mistaken) to catch fish.
    It puzzled her grandmother to see her talking 'alone'.

    BalasPadam
  6. Salam..teringin nak ikut xtvt macam ni...tapi nanti cik wife bising lak , balik malam2 ntah apa benda yg ngikut...hehehee...ni bukan alasan ok....

    BalasPadam
  7. Nampak tapi kabur, tak perasan sangat jenis entiti tu...yea la kan nama pon entiti selalunya kabur... :)

    Lepak sambil bersantai di NazZue.com
    Entri terkini: Follower Ramai Tapi Trafik Menurun

    BalasPadam
  8. En. Mazidul, dengar kata kawasan hutan kt proton city tg. malim pun keras jugak..kononnya itu tmpt org buang saka & bermacam2 kes menakutkan diceritakan org. Apa kata en. mazidul siasat kut2 benar seperti yg di ceritakan? atau sekadar buah mulut org yg hnya untk menakut2kan penduduk sekitaran tu je..

    BalasPadam
  9. Nazzue kalau jelas, mesti saya boleh namakan entiti tu kambing ke, kucing ke. Kan?

    Ramizah, orbs itu apa? Google pasti ada jawabannya. Kekadang mencari sendiri maklumat akan mendorong kita mengingatinya.

    BalasPadam
  10. smti...ni kat area kota d'sara juga ke bro...??

    BalasPadam
  11. smti,

    tak berapa nak nampak.. dan tak berani nak tenung sampai nampak.. :)

    BalasPadam
  12. Seram wooo...tobat aku takmo wat keja camni....takutttttttttt

    BalasPadam
  13. Salam...

    Rasanya, gambar entiti tu...ialah Paip L yang ada dibelakang laptop tu..

    Erm...
    Sekadar pendapat...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.