Jam 6.45 petang tadi saya bertemu kenalan, Azhar Ramli, 36 tahun, di Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Saya pernah bekerja menjaga kawasan ladang tu selama 6 bulan. Di situ ada banglo peninggalan British, kira-kira 200 meter dari pos pengawal keselamatan. Banglo dua tingkat. Satu hari, dalam pukul 10.30 malam, saya memandu menuju ke pejabat di sebelah banglo dengan kawan nak menyalakan lampu. Kami nampak banglo tu terang-benderang, walhal kami tahu wiring elektrik pun tak ada. Bila dah dekat, semua lampu terpadam satu demi satu. Di tingkat atas, tepi tingkap kami ternampak muncul perempuan berambut panjang membawa bakul di tangan. Kami pun tak tunggu, start enjin kereta, cabut," ujar Azhar.
"Memang kawan awak nampak?," soal saya.
"Ya," balasnya ringkas.
Kejadian aneh itu didakwa berlaku pada awal tahun ini.
"Selalunya bila ada orang bercakap besar sahaja, perempuan tu akan muncul. Pernah sekali, ada pekerja India dari India, ternampak kelibat perempuan sama sebab macam ada laluan dia menuju ke banglo. India tu ikut sambil memanggil, Hoi! Hoi! Dey! Dey! Sampai ke pintu banglo perempuan tu terus lenyap, hilang," ujarnya lagi.
Dilaporkan berita dari mulut ke mulut, wanita berbangsa Inggeris dilaporkan menggantung diri di banglo sama puluhan tahun dahulu.
Tambah Azhar, tidak jauh dari banglo terbabit terdapat pokok mangga.
"Pokok mangga ni pun memang pelik, setiap kali ada sahaja orang datang dekat dan kata nak mempetik buah, macam ada benda membaling buah mangga ke arah dia," sambungnya.
Saya terus memasang telinga.
"Sebenarnya orang di kawasan itu semua tahu tentang kejadian pelik di banglo kosong, tak ada siapa berani duduk tu," tambahnya.
Senja tadi, Azhar dan saya telah menghubungi pegawai bertugas di ladang terbabit dan dia membenarkan saya dan rakan lain untuk berkunjung ke banglo itu, malam ini. Syaratnya, nama ladang, tidak didedahkan, gambar atau video hanya boleh dikongsikan bersama orang ramai melalui blog ini sahaja.
InsyaAllah, selepas jam 11 malam ini, kumpulan saya sertai akan bertolak ke lokasi. Tujuan utama kami, meninjau sekaligus mengkaji dakwaan kejadian aneh disebarkan orang ramai.
SMTI
BalasPadamsalam...semoga berjaya bertemu apa di hajati...
BalasPadamserrrem!!!
BalasPadamEntri terbaru:
1. Rasa Macam Kat Crime Lab CSI Lak... Huhuhu...
2. 10 Website paling Bernilai Tinggi Di Malaysia
3. Jangan Samakan Saya Dengan Pelacur
Hati-hati bang...
BalasPadamSMTI
BalasPadamKalau 'terjelma' lah Mem tu bersama bakul kan, cer intai kat dlm bakul tu ada bunga gamaknya..?
BalasPadamEntah-entah penuh buah mangga tak?
Eiii... seram Teman aihhh...
En. Mazidul pernah x dengar kisah banglo kat sek 2 Shah Alam? dengar ceritanya penghuninya diganggu x kira siang @ malam...
BalasPadamSMTI...hati2 bro..
BalasPadamcepat ler bang. dah 12:30 ni
BalasPadamGambar berkenaan telah pun kami lihat di wall Rahmat Mokhtar & MEPPO group.Mmg tempat tu keras & powerfull. Ada beberapa entiti dpt dikesan spt ada entiti kenit, ada imej spt PONTI..... di tengah tiang rumah & di hadapan rumah. Bro Mazidul, adakah rumah banglo tersebut masih wujud?
BalasPadambanglo kat seksyen 27 alam megah pun ada satu yang takde org nak bli. rumah cantik. kwasan strategik. tapi tak de org yg nk beli dan sewa sebab diganggu.
BalasPadamsmti... seram
BalasPadamsmti
BalasPadamSMTI
BalasPadamsmti
BalasPadam:)
SMTI..
BalasPadamsmti
BalasPadam