Sabtu, Jun 11, 2011

Terlihat Kelibat Hitam

"Kalau malam, saya selalu terdengar suara orang memanggil manggil dari terowong besar tu," ujar Mohd Radzi.


Mohd Radzi Mohd Said, 32 tahun, antara pemancing di parit buatan manusia di Seksyen 5, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, di belakang stesyen minyak Petronas.


"Saya dengan abang, biasa memancing petang petang di sini," tambahnya.

Abangnya, Razali Mohd Said, 36 tahun bersama adik menggunakan kaedah memancing menggunakan jaring.

"Jaring ini ada dijual di kedai, 2 ringgit satu. Jadi tak payah nak pakai mata kail lagi. Baling jaring gunakan pancing, ikan akan terperangkap. Nak keluarkan ikan pun mudah berbanding kalau kita guna mata kail," kata Razali.


Ikan Talapia kelihatan mudah ditangkap menggunakan teknik itu.


"Pernah sekali masa saya nak membaling jaring, melintas kelibat hitam di hadapan ni," kata Razali.

Dia menunjukkan kepada saya lokasi kelibat dilihatnya sebelum ini.


Saya tidak bermaksud ingin mereka cipta cerita, bukan juga ingin menakut nakutkan pembaca. Tujuan saya menulis tampalan seperti ini, sekadar ingin berkongsi kejadian ganjil ditempuh sebilangan anggota masyarakat kita. 

Dalam tampalan ini, saya merakamkan objek kelihatan seperti entiti aneh di lokasi sama. Kunjungan saya petang tadi untuk memastikan kesahihan gambar dirakamkan. 


Setelah beberapa gambar dalam keadaan cerah dirakamkan diteliti, saya percaya, 'entiti' itu adalah paip air.

Apapun, semua dakwaan pemancing terbabit tetap menarik perhatian saya.

7 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.