Bulan Ogos akan datang, rakyat negara ini akan menyambut hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 54. Hari Raya akan disambut sehari sebelum tarikah 31 Ogos 2011.
Masjid Jamek dan Masjid Negara antara lokasi dianggap tempat Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri pada tahun 1957.
Malangnya, jawaban itu salah.
Masjid sebenarnya, klik di sini.
Saya mengambil masa 4 hari untuk mencari fakta terbabit di Arkib Negara Malaysia. Barangkali ramai tidak mengetahui fakta itu, justeru saya kongsikan bersama pembaca blog ini.
Bermula dari saat ini, pembaca boleh bertanyakan soalan cepu emas kepada keluarga dan kenalan.
"Di masjid mana Tunku Abdul Rahman bersembahyang Hari Raya Aidil Fitri pada tahun 1957?"
Uji pengetahuan sejarah mereka dan berbanggalah kerana pembaca tahu jawaban sebenar kepada soalan itu.
Sewaktu membelek akhbar sama, saya terjumpa gambar 2 wanita di bawah.
Siapakah mereka?
Mereka, 2 daripada 5 jururawat kumpulan pertama dihantar ke Ceylon atau Sri Langka untuk melanjutkan pelajaran berhubung penyakit batuk kering di bawah Colombo Plan. Gambar ihsan akhbar The Malay Mail diabadikan sekembalinya mereka ke Kuala Lumpur selepas menamatkan pengajian di Hospital Welisara selama setahun.
Che' Nyum Adi dari Mentakab, Pahang di kiri dan Miss Lim Mei Chin berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.
smti
BalasPadamSyabas bro Mazidul Akmal Sidik - info maklumat khazanah sejarah negara yang berguna untuk kami pembaca. Sudah tentu ramai rakyat yang tidak mengetahui info tersebut. Mana tahu tetiba jadi bahan artikel dan soalan pilihan panel peperiksaan SPM. Terima kasih kepada bro Mazidul di atas usaha dan insiatif anda.
BalasPadamsmti..
BalasPadamterima kasih bagi info yang tak ada dalam buku...
Kini dah Zaman Jururawati dan jururawatan..
BalasPadamDulu2 mmg ceylon (Sri Lanka) sangat maju berbanding Malaysia.Oleh sebab itu juga tertubuhnya Colombo Plan.
BalasPadamTapi sekarang ini,SL sudah jauh ketinggalan..akibat peperangan saudara.Rakyat Malaysia,diharapkan dapat ambil iktibar dari penderitaan akibat peperangan negara lain..
anis,
Rakyat malaysia di Sri Lanka.
smti
BalasPadamsmti.
BalasPadam