Kita sering mendengar kisah hantu dikaitkan dengan masyarakat Melayu.
"Cina pun sama juga lorrrr," kata Ah Wie.
Ah Wie, 25 tahun, pekerja bengkel memperbaiki kenderaan di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
"Rumah saya di Bandar Utama, tiga bulan lepas, saya mahu angkat adik di Puchong, mahu dia tolong jaga ayah sakit di rumah. Bila masuk kereta, saya tengok itu cermin (pandang) belakang, saya nampak ada lelaki, muka tak nampak, rambut panjang. Dia duduk belakang sebelah kiri. Bila saya tengok sekali lagi, dia hilang," jelasnya.
Kereta Ah Wie diparkir di hadapan rumahnya.
"Satu tahun lebih duduk itu rumah. Mula masuk, itu jiran kiri kanan tanya saya, itu rumah beli ke sewa? Saya hairan, cakap sama mak," tambahnya.
Menurut Ah Wei, entiti itu didakwa sering mengganggu ahli keluarga dan dirinya sendiri.
"Saya tidur, macam ada orang tarik, kasi pegang saya punya telinga. Saya punya emak, sama adik pun sama," ujarnya.
Peristiwa sama pernah berlaku kepada saya pada jam 3 pagi, sewaktu menetap di hotel di Sandakan, Sabah awal tahun ini. Saya sempat membaca surah Al-Fatihah dan ayat 3 Qul. Alhamdulillah, saya tidak lagi diganggu.
Kini Ah Wie telah berpindah ke rumah baru di Kota Damansara.
Kini Ah Wie telah berpindah ke rumah baru di Kota Damansara.
Kepada pembaca beragama Islam, pastikan anda menghafal dan memahami maksud ayat Qursi memiliki pelbagai fadilat.
'Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KeupayaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak berasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255)' - Ayat Kursi.
Saya perhatikan kebelakangan ini, ramai pengunjung meninggalkan komen sekaligus menyertakan pelbagai link di hujungnya. Justeru, komen itu kelihatan berserabut.
Untuk rekod, bermula hari ini, saya tidak akan mencetak semula komen sebegitu di blog ini.
Maaf.
Nota
Saya perhatikan kebelakangan ini, ramai pengunjung meninggalkan komen sekaligus menyertakan pelbagai link di hujungnya. Justeru, komen itu kelihatan berserabut.
Untuk rekod, bermula hari ini, saya tidak akan mencetak semula komen sebegitu di blog ini.
Maaf.
smti
BalasPadamsmti
BalasPadamSewaktu kakcik ke Sabah baru2 ini, terjadi kejadian yang tidak diingini. Serentak dengan salah seorang peserta yang sesak nafas, seorang peserta lagi kerasukan. lebihkurang jam 1.00 pagi, tingkat 8 hotel yang kami tumpangi menjadi kecoh.
BalasPadamWalaupun dia tidak menjerit dan hanya duduk di kerusi, beberapa kali dia cuba menepis Ustaz yang membaca ayat2 suci di hadapannya. Ayat Kursi yang kakcik baca juga berkali2 menjadi tunggang langgang dan tidak lancar dibaca.
Menurut teman sebiliknya, sewaktu mereka melangkah masuk, wanita itu terasa mukanya disepak. Kemudian dia meracau seketika sebelum minta dihantar pulang. Lebih satu jam kami menguruskannya sebelum beliau menjadi tenang. Akhirnya kesemua yang menginap di bilik berkenaan dipindahkan ke bilik lain.
smti
BalasPadamsmti
BalasPadamSMTI..
BalasPadamni bagus..
citer hantu..
n ada tazkirah sket he3..
Kalam Allah..
masakan tidak hebat. :-)
smti
BalasPadamkisah lelaki cina itu sama seperti bekas jiran di depan rumah sy. seringkali di ganggu entiti berupa jelmaan wanita. di ganggu tidur, muncul di sudut bilik. Mereka minta bantuan tok sami..sampaikan panggil ustaz/ustazah juga minta tengokkan. Akhirnya tak tahan.. pindah.. sekarang dh ada jiran Melayu..tak dengar pula kisah seram... ^^
SMTI...
BalasPadamsmti
BalasPadamsmti :)
BalasPadamayatul Qursi paling baik untuk menghindarkan diri dari diganggu. tiga Qul pun elok selalu diamalkan.
BalasPadamsmti
BalasPadammengamalkan bacaan ayat qursi setiap kali lepas solat boleh menghindar dari gangguan iblis. banyak lagi fadilatnya. tapi ini yang pernah dipesan oleh ustaz saya.
nampak cam abang mazidul dah mula ikut jalan2 siasat kes paranormal ni. saya baru lepas baca kisah benar dari Blog 4 Dead. mungkin abang boleh cuba pergi ke tempat tu pulak. menurut cerita, memang menyeramkan.
BalasPadamhttp://rextrvgnza.blogspot.com/2011/06/kisah-seram-rumah-sewa-rm50-di-seksyen.html
SMTI.. sehari baca ayat kursi 5 kali,iaitu setiap lepas solat.. jika terasa resah atau ada perkara yang tak kena, bacalah juga. Dengan syarat percaya kekuatan Allah S.W T.. Insya Allah
BalasPadamSMTI.
BalasPadamsmti
BalasPadamSMTI
BalasPadam