Kita tidak hidup kekal di dunia. Semua manusia tahu berhubung hakikat itu.
Kekadang saya berasa hairan melihat pasangan taksub bercinta. Mereka berselisih faham, bertelingkah, bergaduh dan kemudian perhubungan dibina berakhir dengan kehancuran.
Gadis menangis, lelaki berduka, tersedar kedua mereka membuang masa.
Begitu lazimnya.
Terfikir, bukankah cinta itu indah? Jika indah mengapa harus dicemari?
Bukahkah setiap pasangan bercinta sepatutnya memburu kebahagian? Hidup rukun, aman dan damai sambil memelihara perhubungan dan sentiasa menanamkan tekad di hati, suatu hari nanti, mereka disatukan sebagai suami isteri.
... atau bercinta bagi mereka sekadar trial and error?
smti...
BalasPadamcinta itu indah....
BalasPadamentahlah. hal macam ni susah nak cakap
BalasPadamSMti..
BalasPadamadakah aku no 1 komen disini?? he3
bagi saya mungkin matlamat dieorg keseronokan sahaja, bukan nak kahwin.. sebab tu org dulu2 kekal lama.. sebab bercinta lepas kahwin.
tp sekarang org muda banyak nak seronok jar, dah tak seronok mula gaduh2.. bg dieorg tu awek bukan bini.
indah bagi org yg memahami.... begitu juga sebaliknya...
BalasPadamtiada cinta.yg penting mengekalkan hubungan berteraskan kasih sayang dan saling memahami. cinta menjadikan kita buta dan kabur dalam membuat keputusan. cinta abadi milik Allah jua.
BalasPadamtensenlah kalo sentiasa error! haha
BalasPadamsmti
BalasPadamCinta trial, tapi wang dan masa melayang
BalasPadamSMTI.. apa yang saya lihat sekarang, biasanya sebaya usia saya ni, bercinta mahupun berkahwin, masing-masing cuba tunjukkan diri tu matang. Masing-masing cuba tegur pasangan, itu ini, kadang-kadang perkara kecil seperti tak datang berjumpa/ tak jadi pergi shopping seperti yang dijanjikan, pun jadi punca gaduh.
BalasPadamSaya pun tak faham, saya rasa ada perkara boleh ditolak-ansurkan, tak besar pun.
Itu pada pandangan saya, tak tahu yang terselindung.
Cintakan ringgit & sen, ada duit abang sayang, tiada duit abang melayang.
BalasPadamCinta membabi buta, buang emak buang saudara.
Cinta hanya di mata, 1 pergi 10 mari.
Cinta kalau sepenuh hati, kasih & sayang termetri sampai ke mati.
perlukan kematangan lam melayari cinta.. bila masing2 ego tu yg sng je nk buat keputusan brpisah.. lbh2 lg kalau rasa diri tu ramai yg minat.. mmg merugikan masa dgn air mata je.. bak kata tunang saya.. "jika kita ada sebiji epal, mengapa kita perlu mencari epal lain?.. jadikanlah epal itu epal terbaik yg kita ada.."
BalasPadamp/s: lainla kalau ada alsan yg kukuh spt dipukul dsb.. kalau setakad hal kecil2.. rilek2 sudah...
try n error?mungkin bagi kebanyakan orang yang tak cukup puas dan mengutamakan kesempurnaan..tak dapat nak terima kelemahan pasangan
BalasPadam