Pelbagai kaedah dilakukan segelintir pemilik blog Indonesia untuk mengecam dan menghina Malaysia.
Laman web berikut satu daripada contoh nyata.
Melihat gambar di atas teringat saya kepada keadaan kanak-kanak warga Indonesia dikendong ibu cuba memboloskan diri ketika kongsi tempat tinggal pendatang tanpa izin, PATI diserbu pihak berkuasa negara kita.
Tidak dapat dinafikan, kekadang saya berasa amat geram melihat sifat angkuh sebilangan PATI, menetap di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah. Bertujuan mengelak diberkas penguatkuasa, mereka sanggup tinggal di pinggir hutan. Jika diserbu, peluang melarikan diri lebih besar.
Sewaktu penempatan haram PATI diserbu pada waktu awal pagi, senario anak kecil berbogel didukung ibu sambil merengek atau menangis, biasa saya saksikan.
Lazimnya, berlandaskan budi bicara, ibu dan anak akan dibiarkan untuk kembali ke kongsi mereka, menyambung tidur terganggu. Mengapa? Kerana majoriti penguatkuasa di negara kita masih mempunyai rasa simpati tebal terhadap kebajikan anak-anak itu. Mereka tidak bersalah dan tidak memahami situasi sebenar. Tidak pernah sekalipun saya melihat anak kecil seperti mereka dikasari dalam apa jua bentuk sekalipun oleh penguatkuasa tempatan dalam tempoh hampir 10 tahun saya menyertai pelbagai operasi membanteras PATI.
Kasihan jika mereka terpaksa diarahkan menaiki lori ke pejabat Jabatan Imigresen dengan dihembus bayu pagi dingin sebelum dihantar ke pusat tahanan.
Justeru, aksi anak kecil mengencingkan Jalur Gemilang pastinya bukan satu gambaran tepat kerana ramai anak PATI Indonesia seperti mereka diberikan perlindungan buat sementara di Malaysia.
Melalui pengamatan saya, penguatkuasa Malaysia bernaung di bawah kibaran Jalur Gemilang itu sebenarnya kerap berasa simpati melihat keadaan daif anak kecil biarpun keluarga mereka langsung tidak layak bekerja apatah lagi bermastautin di negara kita.
Saya amat yakin, pemilik laman web terbabit tidak pernah berkunjung ke negara kita sekaligus tidak berpeluang melihat apa saya saksikan selama ini.
smti
BalasPadamSMTI
BalasPadamAngkuh yang tidak bertempat. Bagaikan anjing yang sanggup mengejar dan menggigit betis orang yang memberi mereka makan.
BalasPadamSekadar mencari sengketa, siapa pun boleh melakukannnya. :(
SMTI
BalasPadamSMTI
BalasPadamAs Salam,
BalasPadamSaudara Mazidul,
Memang Pihak Penguatkuasa kita bersimpati dengan PATI yang memiliki anak-anak kecil,tetapi
PATI yang melakukan jenayah di negara kita..Adakah mereka bersimpati dengan kita??Kes ragut,pecah rumah,samun,rompak..
Hari cuti cuba Saudara Mazidul lihat di Kuala Lumpur..KLCC contohnya..Lebih ramai pendatang,dari rakyat kita sendiri..
Mr Zul Pat-Pat Siku Lipat
smti..
BalasPadamyg dtg sini mmg betul2 ingin cari makan sbb dinegara sendiri susah nak cari makan...
BalasPadamyg buat laman web tu pula mungkin golongan pemodal atau anak2 golongan pemodal yg amat kaya yg mmg nya ngak perlukan hidup berjiran ye pak...
smti
BalasPadamtak habis-habis nak kutuk malaysia.Ni mesti kes dengar pasal malaysia secara hujung-hujung telinga je ni..
BalasPadambtw apakah itu SMTI?dari haritu nak tau
Kebanjiran PATI dari Indonesia memang merimaskan penduduk tempatan. Mereka sewenang wenang berniaga tanpa rasa takut, sebab apa? budaya rasuah dari negara mereka dibawa kesini dan menjadi ikutan segelintir penguasa tempatan sehingga sanggup terima rasuah dengan memberi mereka "mykad". Mereka mereka ini setia dengan negara asal mereka. Percayalah...andai sesuatu terjadi antara Malaysia dengan Indonesia...rakyat kita akan diganyang aka dibunuh tanpa rasa belas kesian. Bila lagi kerajaan nak bertindak menghantar mereka pulang? Marilah kita sama sama banteras kedatangan mereka....
BalasPadamTeringat saya kata seorang pemandu teksi Cina, sejahat jahat kaum dia, mereka himpun kekayaan tapi hidup mati mereka disini dan mereka tidak membawa kekayaan mereka ke negeri Cina tapi berbeza dengan orang Indon dan India. Itu sebab Singapura tak membenarkan sembarangan orang menetap di negara mereka.....fikir fikirkanlah....
Mengikut laporan, ramai warga Indonesia yang berkelakuan membenci negara ini terdiri daripada warga Jakarta yang ratanya berWANG dan dan tidak pernah hidup merempat. Dalam erti kata lain, taraf hidup mereka jauh lebih baik berbanding golongan pendatang yang sanggup bergadai nyawa untuk datang ke negara yang mereka kategorikan 'MALINGSHIT' itu sendiri.
BalasPadamSaya setuju dengan abg Mazidul, barangkali pemilik blog itu tak pernah datang ke mari atau langsung tak pernah ambil tahu nasib warga Indonesia di daerah lain yang hidup serba kedaifan tanpa pembelaan pemerintah dek gara-gara keluasan negara yang besar dan penduduk yang kian bertambah.
Saya dah jengah ke laman tu, angkuh sungguh!
BalasPadamTak bolehkah kita berbaik sesama jiran. Mereka dah tumpang kita mencari rezeki samaada secara sah atau tidak. Kita pun menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka. Baik macammana lagi yang diorang nak? Atau, kita TERSANGAT BAIK dengan mereka?
Saya sangat berharap Malaysia dan Indonesia dapat berbaik bukan di depan sahaja!
Norina, pembaca setia blog ini mengetahui maksud SMTI.
BalasPadamKita sering membaca karya orang lain dan kekadang tidak mempunyai ide untuk dilontarkan dalam bentuk komen.
Jadi, catatkan SMTI bermaksud 'Saya membaca tampalan ini'.
It is a way to say that we appreciate the entry written by bloggers.
Lin, di peringkat G to G, saya fikir, tiada masalah.
BalasPadamIsu ditimbulkan sebilangan rakyat Indonesia dan Malaysia berfikiran dangkal.
SMTI :)
BalasPadamMereka datang bukan sekadar mencari rezeki sahaja, tapi mereka turut membawa masalah dan jugak sikap angkuh/samseng. Contoh di Putrajaya, kita pulak perlu berhenti dan memberikan laluan untuk mereka melintas jalan pada waktu pagi, di bandar Melaka pula, sekitar hang Tuah Mall, cubalah datang ke sana pada hujung minggu, penuh dengan mereka melepak dan menghalang laluan, malah ada yang turut mengganggu anak-anak gadis tempatan kita.
BalasPadamDah muak dengan masalah PATI, entah bila jumlah mereka dapat dikurangkan di Bumi Malaysia atau Malingshit yang dipanggil oleh sebilangan rakyat Indonesia yang menyempitkan dunia....
-SMTI-
BalasPadamSalam.....salah orang kita juga atas dasar terlalu kasihan...sebagai contohnya telah menggajikan PATI dikedai kedai makan.... rata rata mereka tidak mempunyai paspot dan permit kerja.... ini saya lihat sendiri di Pekan Semenyih Sentral...
BalasPadamMungkin En Mazidul boleh buat tinjauan....
SMTI
BalasPadamSMTI
BalasPadamdorang nie (hacker) memang berfikiran cetek sedangkan berebut2 PATI drp negara dorang sanggup bergadai nyawa nak menyeberangi lautan & melalui jalan tikus semata-mata nak dtg kerja di Malaysia... Lebih baik dorang berusaha bangunkan masyarakat dorang drp hack web yg xdtgkan ape2 faedah utk lpskan geram di atas propaganda pihak drp negara dorang sndri
BalasPadamalamat website dorang berikan tu pun mcm xwujud je, sembarang je dorang create kononnya dorang nie hebat hack wesite Malaysia. memang kelakar...
BalasPadamSalam, sahabat baik anak saya ialah anak PATI yang lahir, dibesar dan disekolah di sini... adakah dia rakyat Malaysia?.. mungkin kerana dia ada mykad..
BalasPadamahad lepas saya ke Bandar Maharani (Muar), jalan2 tukar angin. Setibanya di tengah bandar, kami sekeluarga terpinga2, terasa 'sesat' di tempat sendiri apabila melihat ramainya pendatang (melebihi penduduk tempatan) berkeliaran di merata ceruk bandar. Majoriti adalah Bangla & Nepal. Tampat yang menjadi tumpuan ialah tempat mengirim wang, kakilima2 kedai & tak kurang juga di kawasan rehat. bayangkan mereka beramai2 duduk atas rumput landscap majlis daerah sambil berborak2 ala2 situasi musim panas oversea.
BalasPadamHarap2 seorang dua je..
BalasPadamEntah apa yg dia dendam.
setuju dengan kebanyakan komen di atas..Indonesia seperti berlagak angkuh dan sombong sedangkan ramai PATI masih lagi menetap di negara kita..sekarang ini, kalau di lihat, banyak juga gerai2 makan yang dibuka dan diusahakan oleh golongan mereka ini..ini pasti akan memberi impak kepada peniaga2 dari negara kita,,
BalasPadamsmti :)
BalasPadamkebanyakan kes @ jenayah yg dilakukan PATI adalah kesilapan Majikan seperti gaji tidak dibayar dengan btoi dan tertunggak bagaiman mahu meneruskan kehidupan dan menghidupkan Permit..
BalasPadamSMTI
BalasPadamSalam Sdr Mazidul, jika saya ingin mengemukakan laporan mohon bantuan untuk saudara panjangkan ke pihak yang berwajib bagaimana caranya boleh saya hubungi saudara?
BalasPadamaku jgk bisa menghina indon.... http://kartungila.blogspot.com/2011/04/garuda-kena-sumpah.html
BalasPadamSMTI
BalasPadamS aya
BalasPadamM embaca
T ampalan
I ni
sungguh kurang ajar..
BalasPadamsmti..