Ahad, Jun 26, 2011

Ilmu Penunduk Amah Indonesia?

Jam 12.30 tengah hari tadi, saya, Ahmad Adam Aliff, Firdausi Hazmi Ya'mah dan Mohd Zakree Tahir Abdullah tiba di rumah besar di Kelana Jaya, Selangor.

Kira-kira 3 minggu lalu Adam menjelaskan senario didakwa berlaku di rumah kami kunjungi itu.

"Maid pengadu, wanita Indonesia berusia lingkungan 40 an. Sebelum ini maid sama pernah diberhentikan kerja. Kemudian nenek dia ajak balik maid tu kerja. Sejak itu, maid ni memang tak buat kerja, nenak tu pula bertungkus-lumus membuat kerja rumah" 

"Huh! Kira dah terbalik dah tu," kata saya.

Pengadu, 'Ani', bukan nama sebenar, berusia 22 tahun, penuntut pusat pengajian tinggi di Shah Alam, Selangor.

Sewaktu tiba di rumah, kami dsambut Ani dan neneknya di muka pintu. Beberapa minit kemudian tanpa berlengah, Adam, Firdausi dan Zakree melaungkan azan di ruang tamu rumah terbabit.


Adam kemudian membacakan ayat suci Al-Quran, sebelum meminta Zakree menaburkan sebungkus garam halus di sekeliling bahagian dalam rumah terbabit. Manakala 2 botol air kosong  diminum ahli keluarga dan direnjiskan di sekitar kediaman mereka.


"Kita kena cari 'kain' diletakkan amah tu di dalam rumah ni. Saya perlukan kain tu," bisik Adam.

Tambahnya, amah terbabit dipercayai menggunakan ilmu penunduk untuk memastikan tiada penghuni rumah membantah dan menghalang setiap tindakannya.  

Hampir jam 1 tengah hari, Adam meminta kebenaran untuk kami memasuki dan memeriksa bilik amah terbabit. 

"Dia (amah) tengok dan marah  bila awak semua masuk ke dalam bilik dia. Dia cakap, ada wang di dalam, ada wang di dalam!," ujar Ani.

Tidak terlintas langsung di hati kami untuk mencuri wang miliknya. Mujur Ani dan ahli keluarga lain memahami tujuan tindakan kami itu.

"Tengok, kain batik lepas diletakkan di antara dua tilam. Pelikkan?," soal Adam.


Kain batik lepas atau batik panjang selain dibuat pakaian wanita, lazimnya digunakan untuk menutup jenazah orang meninggal dunia. Adam kemudian membawa kain terbabit keluar dari bilik.

Di dalam bilik sama, saya rakamkan gambar dan tulisan di bingkai tergantung di dinding.


"You sebelum ini pernah berubat di mana mana ke?," soal Firdausi.

"Ada sekali di Melaka, bawa kawan berubat," pantas Ani menjawab.

"Di Lendu," ujar Firdausi.

"A'ah! Macam aman you tahu?," soal Ani kebingungan.

Saya juga turut berasa hairan tetapi akur setiap manusia memiliki kelebihan tersendiri. 

"You kena jaga mulut, jangan terlalu celupar. Dia (amah) pun tak boleh terima, mungkin cara you menegur dia sebelum ini," sambung Firdausi lagi.

 
Saya difahamkan, Ani dan amah terbabit tidak bertegur sapa buat sekian lama. Jika berlaku pertengkaran di antara mereka, nenek Ani dikatakan kerap menyebelahi amah dari negara jiran itu.

"Dia memang bijak berlakon, bila orang luar datang, dia nampak sibuk. Sebenarnya nenek buat semua kerja di rumah ini," dakwa Ani.

"You ada sakit?," tanya Firdausi.

"Saya selalu kena serang dek migrain," jawab Ani.

"Belakang dan kaki sebelah kiri," ujar Firdausi.

"Macam mana you tahu ni?," soal Ani sekali lagi.

Firdausi mendakwa dia mampu merasai sebahagian daripada kesakitan dialami gadis itu. Saya perhatikan, berulang kali dia memicit tapak kakinya dengan wajah berkerut.

"Saya suka duduk rumah ini tetapi setiap kali balik, terasa panas dan selalu bergaduh dengan grandma," tambah Ani.

"Kita bukan bomoh tetapi kita mampu berikhtiar," balas Firdausi ringkas.

Pada jam 1.41 tengah hari, saya menghalakan pancaran laser infra red thermometer ke bahagian atas atap genting dan merekodkan bacaan berikut.


Bacaan direkodkan itu sama dengan suhu paling sejuk alat penghawa dingin di rumah atau pejabat. Bandingkan bacaan itu dengan suhu dirakamkan di bawah bahagian berbumbung di hadapan rumah.


Spontan terlintas di fikiran saya, antara kenyataan lazim orang kampung setiap kali melintasi kawasan menggerunkan samada pada waktu siang mahupun malam.

"Masa lalu di situ, terasa seram SEJUK"

Mengikut pengkaji paranormal, jika suhu lebih sejuk atau panas berbanding suhu asas, kira-kira 33 darjah Celcius, wujud aktiviti paranormal. Saya bukan pakar tetapi kenyataan itu pernah saya baca sebelum ini.

Barangkali, sebilangan pembaca mampu menjelaskan kepada semua, mengapa perubahan suhu sebegitu berlaku. Saya berfikiran terbuka berhubung hal ini.

Jam 5 petang, Adam menerima Blackberry Messenger daripada Ani, mengatakan amah terbabit kelihatan lebih mesra dan mula berkomunikasi dengannya.

Biarpun sewaktu kami beredar dari rumah terbabit pada jam 1.52 tengah hari, saya lihat amah sama memandang tepat dan tajam ke arah kami, tiada senyuman di wajahnya.

27 ulasan:

  1. Saya bersyukur ada insan spt Firdausi...seorg kenalan sepintas lalu pun pernah bercerita ttg amah yg ada guna2 ni...terkena kat suami dia...jd macam org bodoh...(ada byk keslah)...berikhtiar dgn seorg ustaz...jumpa patung diperbuat dari tanah dah mereput bawah katil majikan...

    mungkin amah perlu lalu bawah scanner dari org2 spt Firdausi sebelum masuk ke sini kan? Manafaatkan kelebihan yang ada untuk kebaikan bersama...

    BalasPadam
  2. Majikan juga perlu bersedia dengan ilmu pendinding sebelum mengambil amah dari Indonesia.


    Anjing Berbulu Panda

    BalasPadam
  3. Selepas pulang kerumah, saya terus membakar kain batik lepas tersebut. Bau kain yg dibakar itu busuk, seperti bau bangkai apabila dibakar. Mungkin disebabkan kain tersebut telah dijampi dgn ilmu yang kotor.

    Mimpi ngeri lah amah tu seminggu dua ini.

    BalasPadam
  4. suhu lebih sejuk atau panas berbanding suhu asas...
    that's true.

    Even in Islam,
    we are adviced not to be outdoor betul-betul midday,
    matahari terpacak atas kepala, negative energy senang absorb.

    Too cold, oxygen kurang, same thing too, weak body attracts negativity all around.

    BalasPadam
  5. ada ramai insan seperti firdaus yang low profil...alhamdulillah dengan gifted dr Allah taala

    memang betul, kita kena 'bersedia' dengan orang seberang ni..belum kena kita tak tahu..bila dah kena na'auzubillah azab nya...

    BalasPadam
  6. - nape x antar balik je amah begitu...menakutkan...

    BalasPadam
  7. smti....alhamdulillah..diorg dah pulih, klu x...x tau la aper lai yg amah tuh akan buat...bukan suma amah indon nih cam2..tapi kerana bkn suma nih la buat rosak nama yg x mcm tuh...

    BalasPadam
  8. emmm..memang saya pun takut dgn pendatang2 dr indonesia ni abg mazidul..sebab mmg dah rmai ckp dorang ni byk ilmu..kalau kite terlps ckp n dorang plk skt hati..habis la kita..bkn kite takut apa..takut family kite sekali kena penangannya...kita tahu Allah Maha Berkuasa dan lebih mengetahui...

    BalasPadam
  9. smti..

    biasanya sesiapa yang merantau jauh akan bawak 'bekalan' samaada yang baik atau sebaliknya.. macam orang dulu2.. bila nak merantau ada bawak tangkal sebagai pendinding..

    BalasPadam
  10. SMTI

    bersetju dengan miecyber... ada di antara mereka datang dengan niat yg lain, amah sekadar topeng untuk masuk saja

    BalasPadam
  11. Kepada majikan majikan berhati hatilah dengan pembantu rumah masing masing. Biar ada sedikit curiga....

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum,
    SMTI

    Curigai orang lain memang tak baik, tapi tak curiga langsungpun payah juga.

    Kalau dah hati2 tapi masih lagi kena, nak buat macam mana. Paling tidak, usaha untuk hindari tu tetap ada

    BalasPadam
  13. mereka nampak saja bodoh2 alang tapi mereka tidak datang dgn dada yg kosong! kalau tidak ilmu pukau, ilmu menunduk lelaki & melintuk majikan! bukan semua mereka begitu tp kebanyakannya ada sedikit sebanyak ilmu2 begitu krn lazimnya mrk cukup percaya dgn mistik! paling tidakpun, ilmu 'panjang tangan'!!!

    BalasPadam
  14. ilmu penunduk sama dengan ilmu pukau dimana tok guru mengajar ilmu ini sangat terkenal..ilmu yg digunakan amah ini biasa dijumpai di mana sahaja..

    BalasPadam
  15. smti..
    takut juga bila membaca tampalan ni..apa2 pun nauzubillahiminzalik..
    sy dan keluarga sgt2 memerlukan khidmat amah ni..sbb kami bekerja suami isteri,sgt susah nak cari pengasuh anak2 d rumah..ada amah yg ok..ada yg burukperangai..takboleh la label semuanya sama..
    apa2 pun..kita kena give and take..
    diorg keja dgn kita,jaga anak kita,jaga rumah kita..
    so kita kenalah give back to them..layan mereka sbg mana yg sepatutnya..tak lebih2..dan tak kurang..maksudnya,kerja kena berpatutan waktu,rehat kena cukup, makan kena bagi..so harap2 amah ni balas yg sebaiknya la..
    so far maid kami mmg ok je keja d rumah..

    BalasPadam
  16. gambar ke 6 tu macam pelik je...walaupun ada kalimah Allah tapi susunannya seperti pelik..boleh ke kalimah2 suci ditulis sebegitu dalam bentuk segitiga?

    BalasPadam
  17. saya pun bercadang nak ambil pembantu rumah...kawan ada cadangkan jangan ambil warga indonesia tapi ambil warga cambodia... selain tu nanti ingat nak kene kukuhkan solat 5 waktu kat umah supaya dijauhkan benda2 mcm ni terjadi..

    sebagai kaum isteri, paling takut ialah jika amah menundukkan suami...

    BalasPadam
  18. kawan saya juga ada amah dari lombok. Suami isteri tak boleh tidur bersama panas... sampai satu tahap kawan saya dpt tahu suami sukakan amah. Bila berjmpa ustaz.. terdapat byak tanda X menggunakan selotape putih di beberapa tempat.. termasuk di bawah katil, meja pejabat tempat kawan sy selalu guna dan macam2 lagi. Susah juga nak pulihkan suaminya

    BalasPadam
  19. TOLONG!AYAH SAYA BERKAHWIN DGN ORG INDONESIA.SAYA RASA AYAH SAYA DAH TERKENA SIHIR PENUNDUK.DH BNYK DUIT AYAH SY HABIS BG KAT POMPUAN TU.SKRG AYAH SY ASYIK BERHUTANG JE.BILA TAK DAPAT DIA MENGAMUK.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.