Khamis, Jun 16, 2011

Tidur Di Sebelah Kubur

Gerhana penuh bulan berlaku jam 1.25 pagi tadi. Waktu puncaknya pada 4,12 pagi dan berakhir pada 6.59 pagi. Jangkaan itu disiarkan media tempatan. Saya yakin ramai mengetahui fakta kejadian berlaku 2 kali (bagi tahun 2011) dalam tempoh 11 tahun itu.

Di kalangan masyarakat Melayu, gerhana penuh bulan juga dikenali sebagai 'bulan mengambang'. Phasa acap kali digunakan dalam penceritaan kisah seram.

Jam 2.11 pagi tadi ketika bulan kelihatan berubah bentuk dan warna, saya, Rahmat Mokhtar, Razali Harun dan Ahmad Adam Aliff tiba di lokasi di bawah terletak tidak jauh dari Hospital Sungai Buloh, Selangor.


Kawasan di kiri dan kanan jalan, gelap diliputi hutan. 


"Abang boleh start recording video sebaik kita melangkah masuk ke kawasan ini. Dulu masa dengan Seekers, saya kena kejar dek pontianak dari sini. Masa itu memang saya cabut lari," dakwa Rahmat.

Kurang seminit kami menyusuri jalan tanah liat itu, saya rakamkan gambar pertama. Tidak berhasrat untuk berdiri lama di sekitar, kami kemudian meneruskan perjalanan merentasi jalan dilitupi batu kerikil.


 Sebaik melangkah menghampiri pokok kayu Ara rendang di bawah, Rahmat bersuara. 


"Ha! Kita dah sampai. Dulu masa saya datang sini memang ada satu kubur Melayu tetapi sekarang dah tak nampak. Di sinilah mangsa kejadian 13 Mei 1969 disemadikan. Cuba tengok tarikh di batu ni, 14 Mei 1969," kata Rahmat.


Memerhatikan kawasan sekitar, peluh pada awalnya memercik membasahi badan kerana berjalan kaki di awal pagi mendinginkan tubuh. Bulan di langit kelihatan semakin cerah sekaligus menerangi kawasan ditinjau. 



3 rakan terbabit kelihatan tenang berjalan menghampiri puluhan kubur dan batu nesan dengan catatan bertulisan Cina. Dua daripada batu nesan didapati berwarna merah. Tidak diketahui mengapa berbeza warna berbanding batu nesan lain.


Kurang 10 minit berada di lokasi, anjing mula menyalak sahut-menyahut tanpa henti, barangkali haiwan terbabit menghidu kehadiran kami, tetamu tidak diundang. Salakan panjang anjing menjadikan suasana di sekeliling tiba-tiba menjadi riuh-rendah.

"Anjing menyalak sebab nampak kita ke atau ternampak benda lain?," soal Adam berbisik.

Soalan menarik jika jawabannya mampu dihuraikan. Malangnya, di bawah sinar samar gerhana bulan, kami hanya sekadar berdiri sambil memerhati liar kawasan sekitar dengan penuh debaran.

"Elok-elok, bukan apa, takut kalau ada binatang berbisa. Maklumlah, lalang dah naik tinggi di kawasan kubur ni," ujar saya kepada semua.


Saya dapati lokasi majoriti kubur berselerak di kelilingi lalang tumbuh liar, tidak tersusun seperti kebanyakkan tanah perkuburan lain.  Mungkin ada sebabnya sewaktu semua jasad disemadikan 42 tahun lalu selepas tercetusnya tragedi berdarah terburuk di negara kita.

"Ada orang tengah memerhatikan kita," bisik Razali.

Secara tiba-tiba hati berdebar, degupan jantung menjadi semakin kencang. Bimbang jika penjenayah menjadikan lokasi sama tempat pertemuan.

"Oh! Itu mesti orang Indonesia, pekerja tapak semaian dekat sana," celah Rahmat.

Pantas kami berempat melangkah ke kawasan dimaksudkan dan bertemu sekumpulan warga Indonesia masih belum dibuai mimpi. Mereka juga mungkin khuatir dengan kehadiran kami.


"Masih selalu lagi nampak hantu di sini pak?," soal Rahmat.

"Sudah jarang. Sebelum ini ada teman nampak perempuan terbang-terbang, mengilai-ngilai ngitu, kemudian sekelip mata dia hilang. Lelaki juga ada, kelihatan berjalan kemudian juga hilang," ujar Masron.


Masron Jiman, 46 tahun, pekerja tapak semaian berasal dari Jawa Barat, Indonesia, mendakwa berhijrah ke negara ini sejak tahun awal tahun 1996.

"Berhampiran rumah itu juga ada kubur," celahnya.

 
"Lagi selamba dia orang ni," kata Rahmat.

Saya anggarkan bilik tidur pekerja terletak kurang 2 meter dari lokasi kubur ditunjukkan kepada kami. Keberanian mereka saya akui.

Memanglah selamba, mungkin mereka juga selamba tidak memiliki dokumen perjalanan sah, bisik hati saya. Melihat keadaan rumah daif tanpa bekalan elektrik dan air bersebelahan kubur, spontan saya terfikir, sanggupkah pihak berkuasa melakukan operasi di kawasan sama untuk memeriksa status dokumen mereka? Itupun jika ada.

Barangkali tidak.


Gambar fire orb di atas saya rakamkan di kawasan berhampiran penempatan itu. 

Merenung pohon di bawah berulang kali mengakibatkan bulu roma saya berdiri. Namun perasaan itu tidak saya kongsikan bersama rakan lain.


Jam 2.40 pagi, anjing terus menyalak sambung-menyambung, bunyi kedengaran sayu. Hampir jam 3 pagi, kami beredar dari kawasan terbabit menuju ke arah lokasi 2 kenderaan diparkir. 

Sewaktu sekali lagi melalui jalan sama, tiba-tiba saya teringat kenyataan Masron ...

"Perempuan terbang berpakaian putih dan berambut panjang itu kekadang masih muncul  lagi di jalan arah keluar, di corner"


Setengah jam kemudian, bulan lenyap dari pandangan. Kelihatan, hanya ribuan orbs di ruang udara.

18 ulasan:

  1. errr... kalau saya mau dah pengsan kat situ.. huhu

    BalasPadam
  2. agak2 malam2 terpeluk batu nisan pun tak sedar agaknya~


    SMTI!

    BalasPadam
  3. Seram baca..persoalan yang masih belum terjawab..

    Lepak sambil bersantai di NazZue.com
    Entri terkini: Tukar Kata Laluan Blogspot Telah Diserang

    BalasPadam
  4. erkk..takutnya..
    tapi, betul gak seperti kata en. mazidul..even tempat tu menakutkan, tapi, itulah tempat paling selamat buat mereka kerana kebarangkalian penguatkuasa nak pergi serbu kawasan ni, amat tipis..hehehehe

    Yok..singgah sini..
    LINK DOWNLOAD DI BLOCK?

    BalasPadam
  5. Misi kali ini ada hasilnya kan bro Mazidul & Rahmat. Saya belum ada pengalaman meronda di kawasan perkuburan. tak tahu laa jika benar-benar dpt sertai misi sebegini pada masa akan datang. Maunya pegang Rahmat tak lepas tangan. Pengalaman yang belum ku tempohi. Tahniah bro Mazidul, Rahmat dan Adam dengan misi Paranormal membawa info terkini.

    BalasPadam
  6. Bro Mazidul..skdar di blog ke?ni masuk 360 tak?

    BalasPadam
  7. gile berani diorang...kalau teman idok le...haha

    BalasPadam
  8. Alamak,dah dekat rumah saya ni.Seram sejuk pun ada ni.

    BalasPadam
  9. SMTI....memang best menduga keberanian diri sendiri ni....hehehe

    BalasPadam
  10. berani sungguh..tapi nak buat mcana,di msia mmg lubuk emas buat mereka..mendengar cerita maid saya(dari kepulauan flores) naik kapal seminggu utk sampai ke malasia..mmg sgt menginsafkan..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.