Ahad, Jun 12, 2011

Objek Seperti Kepala

Jam 1.15 pagi tadi, saya menyertai kenalan meninjau kawasan perumahan di Petaling Jaya, Selangor.


Pemilik motosikal, pencari barangan kitar semula di rumah sampah, mendakwa sering bertembung kelibat wanita berbaju putih ketika bekerja pada waktu malam. 

"Ada masanya saya langsung tak boleh nak masuk ke dalam tempat sampah tu. Macam-macam bunyi saya dengar, tung tang! tung tang!," ujarnya.


"Mungkin, ada kucing menyelongkar sampah kut," soal saya. 

Dia tidak menjawab soalan saya lontarkan. 

Berhampiran rumah sampah saya rakamkan gambar ini.


Spontan, saya teringat kenyataan ustaz saya temui di Cheras, Kuala Lumpur.

"Jin jahat ni memang suka duduk di tempat kotor macam di tandas dan tempat sampah. Sebab itu, kalau boleh, pintu tandas di rumah kena tutup sebelum kita tidur malam. Kerap  saya mendapat aduan, penghuni rumah terlihat kelibat hitam melintas di dalam rumah dan masuk ke dalam tandas"

Saya kemudian meletakkan komputer riba dilengkapi kamera web di belakang rumah sampah terbabit dan membiarkan perkakasan terbabit hampir setengah jam di lokasi itu.


Malangnya tiada visual menarik dirakamkan manakala suhu di sekitar, normal. Namun gambar pertama saya abadikan sebaik tiba di lokasi, agak menarik. 


"Biarpun kawasan ini terang, ramai penduduk di sini pernah tengok ada orang berjalan membawa objek macam kepala orang dan kelibat manusia itu mundar-mandir di parkir kereta," katanya lagi. 

Saya amati secara teliti, di luar pagar kawasan perumahan terbabit, hutan belukar tebal, barangkali berusia ratusan tahun.


Tidak dapat saya sangkal, semasa berjalan menuju kawasan belakang satu lagi rumah sampah di kawasan sama, perasaan seram menghantui diri saya.


Terfikir, sedang kami cuba merakamkan gambar beberapa entiti didakwa sering muncul di kawasan itu, mungkin kami diperhatikan tanpa disedari.

8 ulasan:

  1. Eeei Seramnya..nasib baik pintu toilet kat rumah ni sentiasa tertutup...

    BalasPadam
  2. Er..bro kenapa pic tu kabur atau saja dikaburkan?

    BalasPadam
  3. urm..seram la pulak... :/

    http://www.my-shopping2u.com/

    tu bukan blog shopping ye :)

    BalasPadam
  4. pintu bilik air di rumah memang sentiasa di tutup, lagi satu elak masuk tandas masa azan terutama waktu maghrib

    BalasPadam
  5. baca entry ni aje dah seram...belum pegi kaw. tu lagi...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.