Jumaat, Jun 03, 2011

Lain Dicari Lain Terjumpa

"Memang banyak kali berlaku kemalangan maut di kawasan ini. Majoriti pemandu mabuk"


Itu antara kenyataan berulang kali saya dengar berhubung Lebuhraya Damansara-Puchong di Kelana Jaya, Selangor.

Berikut antara gambar mangsa terbabit dalam kemalangan ngeri, saya rakamkan pada 8 Mei 2008 di lokasi sama.


Saya dan pengkaji paranormal, Rahmat Mokhtar ke lokasi terbabit pada jam 2 pagi tadi. Tiada kejadian ganjil kami rakamkan.

Jam 2.20 pagi, Rahmat menerima maklumat kononnya pusat hiburan terkemukan di Kuala Lumpur runtuh, 15 pengunjung terkorban. Berita itu kemudiannya disahkan palsu.


Pelik, apakah tujuan mereka menyebarkan berita palsu?

"Eh! Dah lebih pukul 2 pagi, masih ramai orang?," soal Rahmat.

Sewaktu berdiri di pintu gerbang Taman Bandaran Kelana Jaya, kami terlihat kelibat manusia di bawah sinaran lampu malap.


Kami kemudian menaiki kereta bersama rakan, Mohd Fais Sabri, 28 tahun, bergerak ke bahagian belakang taman sama dan merakamkan kelibat lebih ramai lelaki. 

 
Beberapa pasangan berjantina sama dilihat mesra berjalan berpegangan tangan bak merpati dua sejoli. 


Untuk rekod, 3 gambar di atas dirakamkan pada jam 3.30 pagi. Majoriti lelaki mundar-mandir di kawasan itu berseluar pendek biarpun hawa pagi semakin dingin.

Hampir jam 3.58 pagi, kami terserempak 2 lelaki menjala ikan Talapia di tasik berhampiran.


"Dia orang memang ramai berkeliaran di sini sampai pagi, tambahan pula pada malam minggu. Saya tengok, kebanyakkan datang berkereta. Bila saya tanya dari mana, ada kata dari Kampung Baru, Kampung Pandan, maksudnya dia orang datang dari jauh," ujar penjala ikan.

"Dia orang tu siapa?," soal saya.

"Lelaki gay. Tadi dia orang nampak cahaya flash kamera awak, itu dia orang lari. Kalau tidak, biasanay penuh kawasan ni. Cuba tengok restoran di depan tu, dah tak ada orang berniaga, bungkus. Saya rasa restoran tu pun dah dijadikan pot gay, dia orang selamba keluar masuk. Kekadang ada juga pasangan keluar dari bawah rimbunan buluh, entah apa dibuat dek dia orang," sambungnya.

Tambahnya, mereka terdiri daripada gay bebangsa Melayu, India dan Cina.

"Paling ramai orang kitalah, Melayu," ujarnya.


Untuk rekod, sebelum ini sebilangan pasangan gay dilapor bertindak di luar batasan, sanggup mengadakan hubungan seks di luar tabi'i di dalam surau di kawasan sama.

Selama lebih 2 jam meninjau taman terbabit, banyak gambar saya rakamkan secara rawak. Berikut satu daripadanya.


Close up ...


Apakah dibuat dek mereka di  celah-celah pokok buluh pada jam hampir 4 pagi? Menempah bahana andai terkena miang buluh, gatal. 

Selain Taman Tasik Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, Taman Bandaran Kelana Jaya sekian lama diketahui sebagai lokasi gay melempiaskan nafsu. Kini keadaan masih sama. Hemat saya, suasana sunyi dan hanya diterangi lampu jalan bagaikan hidup segan mati tak mahu mendorong kegiatan itu berterusan tanpa banyak gangguan. 

19 ulasan:

  1. Aiyooo.. Melampau lah.. Lelaki ni tak kenal dah kot mana pompuan.. Adoi.. Susah la camni.. Saya cadangkan,, buat satu program khas kepada para gay ni.. Hahaha.. Nak tahu jugak camne boleh jadi gay.. Lepas tu,, bagi dorang kaunseling sikit.. Rasanya boleh je berubah.. Semua tu ujian.. Memanglah kita ni insan yang lemah tapi tak kan kita nak terus hanyut dengan godaan syaitan.. Susah nak cakaplah.. Kadang2 tu kecewa gak bila kenal seseorang lelaki tup tup kawan cakap dia ni gay.. Memula tengok pakaian memang ade sikit ciri ciri tu tapi try untuk ambik positif.. Tu kira nampak secara zahirnya,, yang pura pura tu lagi teruk.. Menipu pompuan padahal langsung takde feeling..


    Entry Terbaru 1 : Maharaja Lawak Jambu ; Kumpulan Lawak 'Internasionale'
    Entry Terbaru 2 : Filem Mael Lambung Bakal Box Office

    BalasPadam
  2. Mungkin miang ditubuh lebih perlu dikeluarkan dari mengambil kisah miang sang buluh! :(

    BalasPadam
  3. Bukan setakat miang buluh, silap2 boleh terluka dek ketajaman buluh.

    BalasPadam
  4. ooh area ni..dekat juga dgn Yamaha Music School tu..

    BalasPadam
  5. mungkin mereka dah dirasuk hantu.. hahahaha.. =)

    BalasPadam
  6. Jangan salahkan bencana yang datang kerana kita yang menempahnya...

    BalasPadam
  7. nak tengok juga muka diorang ni macamana?...tak tahu nak bezakan

    BalasPadam
  8. Adehh...makin maju dunia ni, makin mundur akal diorg nih...

    BalasPadam
  9. Perlakuan sebegini memberikan cabaran lebih getir kepada pihak berkuasa tempatan untuk melakukan pemantauan, tangkapan dsb...

    Bendung tangkap, hukum.

    Please jangan jemu..

    BalasPadam
  10. -mereka yg buat, tp bala nye kene pd semua...mcm kaum luth...

    BalasPadam
  11. skrg ni, berdua-duaan laki & pompuan malam2 di taman2 rekreasi bleh ditangkap..
    mungkin lama2 nnti, berdua-duaan laki & laki juga boleh ditangkap...
    tak mustahil akan berlaku nnti...

    BalasPadam
  12. astaghfirullah depa ni..da takde koje lain gamaknye ni..

    sometimes i wonder why do they use the word gay for homosexualism

    as we all know gay means very happy,joyful,lighthearted...

    are they really was that happy when they do such things...euuww gross

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.