Seperti saya janjikan, berikut tampalan rentetan berhubung tinjauan kedua ke kawasan perumahan kami lakukan pagi Isnin lalu, rujuk tampalan, 'Main' dengan hantu.
Sewaktu tiba di lokasi, kawasan perumahan semi-D, Damba datang menghampiri kami.
"Saya takut, itu malam, bila semua orang balik, saya rumah naik, itu pintu kena tendang, saya lari," ujarnya.
Untuk rekod, sebelum ini, pengawal keselamatan bujang, berasal dari Nepal, 33 tahun, mendabik dada mengatakan dia tidak takutkan hantu.
"Pagi lepas group abang balik, muka Damba pucat lesi dan dia bagi tahu kita orang, dia tak nak menjaga banglo tu lagi, minta dipindahkan ke kawasan ini," kata rakan setugasnya.
Tinjauan awal pagi tadi dilakukan bersama 6 rakan. Saya meletakkan kamera Canon G12 di bucu bilik di tingkat satu rumah terbabit. Manakala Ahmad Adam Aliff meletakkan 3 batang lilin menyala di atas lantai untuk mengesan sebarang pergerakan di ruang udara. Dijangkakan, jika wujud entiti bergerak di ruang berhampiran, lilin berkebarangkalian akan padam. Alat pengesan pergerakan, motion sensor pula diletakkan kira-kira 3 meter dari lokasi sukarelawan berusia 24 tahun, VJ, duduk bersila.
Berikut gambar VJ, berbaju merah, saya rakamkan, sebelum dia ditinggalkan berseorangan pada jam 2.40 pagi.
Saya kagum melihat semangat dan ketenangan jiwa wartawan akhbar tempatan itu. Dia mampu tersenyum biarpun baru pertama kali menyertai tinjauan kes paranormal.
"Anything just hantar BBM atau jerit kuat kuat, kita orang akan naik secepat mungkin," kata Adam kepada VJ.
Tiada siapa dapat menduga kejadian bakal berlaku kepada VJ.
Ketika persiapan terakhir dilakukan, saya sempat merakamkan suasana kawasan belakang rumah sama. Gelap dan menyeramkan dengan cahaya orbs menerangi sebahagian kegelapan malam.

Sebelum 'projek' itu dilaksanakan, semua rakan sempat bergurau, mengusik saya.
"Bang, rakamlah gambar kita orang, konon kononnya tengah kena tangkap"
Kekadang, rakan tanpa perasaan gentar menerjah alam paranormal memang berperangai pelik. Saya sebagai perakam visual, dengan hati terbuka menunaikan permintaan mereka berusia jauh lebih muda berbanding usia saya.
Sedang VJ ditinggalkan di dalam rumah bertemankan lilin dan kamera, rakan lain mengambil kesempatan berehat, memantau keadaan VJ melalui BBM Blackberry sambil menghilangkan kehausan akibat berada di kawasan 'panas' sejak jam 1.30 pagi.
Duduk berlunjur kaki, Sharul Asraf Sallehuddin, 27 tahun, bekas ahli kumpulan Seekers,
Sebaik kami turun dari rumah terbabit, motion sensor mula berbunyi tanpa henti, lebih 20 kali.
Teng! Teng! Teng! Teng! Teng! Teng!
Adam memegang erat telefon Blackberry sebagai langkah berjaga-jaga jika VJ memerlukan kehadiran kami.
"Dia hantar mesej, katanya terdengar bunyi objek bergerak di tingkat atas dan di kawasan abang Mazidul letakkan kamera," jelas Adam kepada kami.
Saya kemudian terfikir, mungkinkah motion sensor diaktifkan berikutan pergerakan api lilin diletakkan berhampiran VJ?
"Rahmat, cuba naik dan alihkan motion sensor ke tempat lain, di belakang kamera," pinta saya.
Barangkali berfikiran sama, Rahmat bergegas menuju ke bilik dan meletakkan alat terbabit di lokasi kedua, dianggarkan kira-kira 5 meter dari VJ dan lilin. Sebaik Rahmat kembali bersama kami, menghairankan, motion sensor masih berbunyi beberapa kali. Maksudnya, berlaku pergerakan di dalam ruang bilik terbabit, bukan diakibatkan pergerakan VJ mahupun api lilin menjadi penemannya. .
Hampir 34 minit bersendirian, kami kemudian naik semula ke rumah bertemu VJ sekaligus mengambil kembali kamera, lilin masih menyala dan peralatan lain.
"Saya memang tak bergerak langsung," katanya dengan wajah tenang.
Rahmat kemudian berlari pantas ke tingkat atas.
"Masa kita datang tadi, pintu tertutup, sekarang terbuka," ujarnya.
Terasa bulu roma meremang secara tiba-tiba. Ketika itu, saya berharap apa dilihat Rahmat tidak benar.
"Aha, tadi aku tengok pun sama, pintu atas memang tertutup," celah Adam.
Pantas kami beredar. Sebaik tiba di halaman rumah, kami bersetuju menjalankan ujikaji ringkas bertujuan menunjukkan kepada semua, jarak sebenar motion sensor mampu diaktifkan.
"Ok, this is your distance masa duduk di bilik tadi, lebih kurang, kan?," tanya Adam untuk kepastian.
"Yes, you are right, I remember, that is the estimated distance," balas VJ spontan.
Berulangkali Adam dan Rahmat melangkah di ruang berhampiran VJ, motion sensor langsung tidak berbunyi. Saya juga turut mencuba, hasilnya sama.
Terbukti kepada semua, motion sensor terbabit hanya mampu diaktifkan apabila berlaku pergerakan di ruang hadapan, kira-kira 1 meter dari kedudukannya, bukan 5 meter.
"Confirmed, alat ini bukan berbunyi because of those candles or me," jelas VJ yakin.
Rakaman video saya tonton sebelum pulang ke rumah pada jam hampir 4 pagi tadi menunjukkan kelibat pergerakan orbs di dalam bilik VJ duduk sebelum itu.
Untuk rekod, orbs berbeza berbanding habuk atau butiran air kerana mempunyai nukleas di bahagian tengah entiti itu. Sila google untuk memperoleh butiran lebih terperinci.
Saya percaya, hingga ke saat ini, VJ pastinya dihantui persoalan sama bermain di minda saya ...
Apakah jenis entiti mengaktifkan motion sensor itu?

akhirnya...... :)
BalasPadamsmti
BalasPadamtakut tapi nak baca...
BalasPadamwaa best best ! SMTI bro mazidul !
BalasPadamharap satu hari abg boleh dapat lah gambar sebenar bg semua pembaca tgk. xsabar ni, walau takut..
BalasPadamIngatkan VJ mencicit lari, rupanya tenang aje...
BalasPadamSmti
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSMTI
Opssssss! saya sedang baca tampalan ini ketika tengah malam? Ohhhhh!
lain kali nak ikut Bro Mazidul boleh?
BalasPadamAssalamualaikum bang.mmg minat tgk entry pasal paranormal ni.hope abg mazidul bole share some vdeo ditempat kejadian..sbb enrty sbelum di kalau x silap abg ada sediakan vdeo pasal sensor tu berbunyi tu kan..yeah all the best bang.Respect! :-)
BalasPadamSMTI :)
BalasPadamSMTI
BalasPadamakhirnya .... saya pun tak berani kalau diberi peluang...
BalasPadamkerana membaca tampalan ini sebelum tido, malam tadi saya termimpikan en. mazidul..wakakaka.. misteri nusantara sungguh..
BalasPadamsmti..adesss....seriau la plak...gulps!! tapi seronok baca..tahniah..:)
BalasPadambanyak hantu atau hantu tu memang aktif berkeliaran di situ? berani betul VJ!
BalasPadamsmti.. berani sungguh vj tu.
BalasPadamSdr. Mazidul,
BalasPadamSMTI.
Bagaimana nak merakam orbs daripada digital camera? Perlu ada peralatan khusus ke?
azizia.
Sdr. Mazidul,
BalasPadamMungkin saudara berminat untuk membuat tinjauan berikutnya di sini di Sek.2 Shah Alam. Selangor.
http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-shit-cerita-rumah-sewa-berhantu.html
sekian
Smti
BalasPadamvj tu sgt2 berani ok...kalau aku mau cabut dah...
BalasPadamSMTI.
BalasPadamDambaan pilu untuk Damba. Teringin untuk join tapi tak cukup berani untuk ikut :P
SMTI...Best!!!!....Tunggu lagi cerita...
BalasPadamVj memang berani..
BalasPadamcaya la VJ... berani betul...
BalasPadamsungguh dia tak tidur ye masa tu... ;p
jgn marah - gurau...
hurmm....
BalasPadam