Selasa, April 14, 2009

Bila Perempuan Berkecil Hati

Bukan semua perempuan pandai memasak. Sebilangan mereka pula langsung tidak berminat menyediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, khususnya perempuan bujang.

“Kedai mamak banyak, apa susah-susah masak?,” soal mereka angkuh.

Bagaimanapun, hairan, mereka sering memuji dan menyanjung masakan wanita generasi lebih tua apabila bersembang dengan teman lelaki.

“You tak cuba masakan mak I lagi. Masak apa pun semua sedap. Kira air tangan dia memang perfect. Jauh sangat berbanding dengan I ni, masak tak berapa nak menjadi,” ujar mereka.

Persoalannya, bagaimana ‘nak menjadi’ jika jarang ke dapur?

Bagaimanapun, hemat saya, majoriti wanita berkahwin sedaya upaya cuba memahirkan diri memasak. Mereka masak untuk anak-anak, suami dan saudara mara datang berkunjung ke rumah. Malangnya akibat sebilangan isteri jarang ke dapur, bukan semua masakan mereka sedap, biarpun ‘sedap’ itu agak subjektif.

Justeru, segelintir suami cuma menjamah sedikit lauk-pauk dimasak, isteri berkecil hati.

“Kita ni penat, balik kerja, masak untuk awak tapi makan sejemput,” keluh isteri.

“Saya nak makan banyak macam mana? Awak masak tak sedap!”

Jika kenyataan berterus-terang itu diungkap suami, tersilap langkah, pinggan, piring dan cawan melayang di udara. Justeru, jarang suami berkata begitu, majoriti masih beradab.

Soalan saya, bagaimana cara menegur isteri jika majoriti hidangan disediakan tidak sedap pada masa sama menjaga hati mereka?

33 ulasan:

  1. memang kalau nk ikut pompuan skang memang tak suka masak + tak tau masak. Masa dok bujang makan luar..bila brcouple makan luar lagi..tup2 kahwin kena masak.Bayangkan dr umur 17 tahun sampai 20 lebih makan luar..mcm mana nak masak sendiri..sedap?? fikir sendiri la.Kena yg keje plak..balik jln sesak,smpai rumah kejar2 nk masak..tapi boleh asah bakat time sabtu ahad..kita org lelaki kena beri galakkan.."Sayang masak dah ok cuma kena tambah garam sikit lain kali"..."Sup ni dah jadi cuma lepas nie kena masak lama sikit jer"...Jgn sumpah seranah dia..jawabnya last la dia nk blajar masak..

    BalasPadam
  2. Bro Maz

    "Soalan saya, bagaimana cara menegur isteri jika majoriti hidangan disediakan tidak sedap pada masa sama menjaga hati mereka?"

    Saya selalu kata macam ni
    "still got room for improvement, nice, tasty and delicious...but you still can beat your mother's cooking someday..."

    Yang penting, makan dengan kyusuk dan makan sampai habis.

    he he he he he

    Itu dulu...

    Sekarang kalau makan kat kedai macam tak selera, lagi lagi kalau berjauhan dengan isteri...
    Jadi malas nak makan.

    BalasPadam
  3. Hehe isu biasa yg dibincangkan bg pasangan sekarang,x mcm dulu-dulu.Tp walaubagaimanapun,masakan mak saya memang sedap x dinafikan hehe,Bersyukur dapat mak begini.Nak ckp pasal bini,sorry blm kahwin lagi hehe

    BalasPadam
  4. hehehehe...

    memang subjektif... aku setuju sangat..

    Disebabkan itulah, kaum lelaki atau kaum suami perlu mempelajari seni masakan. Sekurang-kurangnya dengan kemahiran memasak, biarpun satu atau dua lauk, dapat memberitahu si isteri bahawa mutu masakannya perlu diperbaiki.

    Aku pernah berhadapan dengan keadaan ini. Orang Melaka, mana tahu masak kari utara dan masak lemak cili api. Yang depa tahu, masak asam pedas dan asam tumis, sedangkan aku pula, kedua-dua masakan tersebut sangat aku TIDAK SUKA.

    Apa yang aku buat ialah, aku selalu masak sendiri. Dan aku jarang menjamah kari atau masak lemak cili api yang disediakannya sebab tak kena dengan tekak aku. Bila dah berbulan-bulan aku yang masak masakan yang sama, atau bila balik kampung, aku yang turun ke dapur mak bapanya, maka timbullah kemahuannya untuk belajar masak apa yang sedap di tekak aku.

    La ni, selepas 18 tahun berkahwin, kedua-dua mak aku puji masakannya. Dan aku sebagai suami, legalah sebab aku tak payah turun ke dapur lagi... heheheheh...

    Tapi apa-apa pun, aku rasa, cara yang paling sesuai ialah suami perlu ambil tahu apa yang dimasak dan apa masakannya. Suami perlu tahu apa rencah yang perlu ada dalam masakan berkenaan.

    La ni tak susah, hang bukak internet dan cari saja menu.... tapi banyak juga kes, yang si laki hanya tahu masak air pakai cerek elektrik dan goreng telur, tapi dia punya komen mengalahkan Chef Selebriti.

    Untuk laki sebegitu, wajar jer, si isteri masak segala yang tak sedap untuk dia sebab si suami sendiri tak mahu tahu yang mana satu periuk, yang mana satu belanga, dan yang mana satu kuali.

    BalasPadam
  5. wah3x..kalau boleh kata..:-)
    memang la ada betul nya. Tp bro mazidul, why not kaum lelaki ni daripada complaint je masakan wife tu cuba pulak bagi idea kat wife apa menu favourite dia, apa rempah ratus yang nak ditambah @ dikurangkan, cara masak mcm mana yg lebih sedap.. Bukan ke lebih sopan camtu. Lebih baik mencadang dari menegur..dgn syarat si suami ni pun kena la tau selok belok masakan tu:-) jgn pandai ckp je..

    BalasPadam
  6. Apasal akhirnya kena kepada lelaki juga ya? Hairan.

    Orang dulu2 percaya, tempat isteri di dapur, tak begitu ke?

    BalasPadam
  7. Ok, tempat isteri di dapur tu hanya pendapat 20 tahun yang lepas yang mana suami pergi ke bendang, kebun @ menoreh getah si isteri menyediakan makanan di dapur.. dan maybe tipikal malay man sekarang masih ada ynag berfikiran macam tu lagi....
    ..
    Tetapi sekarang bukan sahaja suami bekerja, isteri pun sama keluar bekerja dan balik bekejar2 balik rumah masak untuk keluarga...

    Bagi yang suri rumah pun diorang mesti bosan hari2 dok pikir nak masak apa.. sebab tulah suami kena bagi dorongan ...

    Apa yang saya cerita tu senario dikalangan kaum Melayu.. tetapi berlainan sangat dengan chinese.. hari2 diorang makan kat luar even dan bekerluaga.. sebab balik pun dah malam tak da masa nak masak dan letih.. hari sabtu ahad pun hanya msak bila baru2 lepas kahwin ... lepas tu ta da...

    So kesimpulannya.. malay woman still rajin ke dapaur...

    BalasPadam
  8. Memang keadaan telah berubah sekarang. Isteri dulu2 tumpukan sepenuh masa di rumah. Kalau kita lihat mak2 kita dulu, hari2 mereka fikirkan nak masak apa hari ini. Memasak merupakan tugasan penting di dalam rumahtangga. Sebab itulah nenek2 kita mengajar anak2 perempuan mereka memasak semenjak dari kecil lagi.

    Keadaan sekarang telah berubah. Memasak bukan lagi perkara yang diutamakan untuk anak2 perempuan. Pelajaran dan kerjaya lebih penting. Ada anak2 gadis sekarang yang tidak pernah ke dapur untuk memasak. Apa yang jadi selepas bermah tangga. Tak tahu memasak, tapi oleh kerana tugas memasak ini tanggungjawab isteri terpaksalah memasak walaupun rasa entah apa2.

    Memang kecil hati isteri bila ditegur masakannya tak sedap walaupun ia tahu hakikatnya benar. Perasaannya sebenarnya lebih kepasa usahanya yang tidak dihargai suami. Suami janganlah kondem isteri terang-terangan, sebaliknya pujilah masakan sama yang emaknya masak yang sedap sedikit dari masakannya.

    What say you?

    BalasPadam
  9. "Soalan saya, bagaimana cara menegur isteri jika majoriti hidangan disediakan tidak sedap pada masa sama menjaga hati mereka?"


    jadilah seperti suami saya:

    "tak sedap.. ada yang tak kena denagn masakan awak...ada yang kurang..."

    kutuk terus terang... kadang menangis... tapi nak buat macam mana.... dha memang sya tak pandia masak... halba pun saya tak kenal...

    nasib baik suami pasang streamyx kat rumah...

    leh surfing resepi dan tau bahan bahan masakan dan rempah ratus yang saya tak kenal...

    kalau tak sedap or ada rasa yang kurang... menjadi kebiasaan suami saya akan tegur...

    dah lali...

    tapi kalau sedap... urm.. bertambah dia makan!!!

    macam hari ini... saya buat kan kek coklat kukus... konon nak bagi kengkawan dia rasa kat pejabat...

    sekali saya pandai pandai ubah resepi... tak jadi... tapi memandang kan rasa kek itu sedap... suami tak kutuk hasil yang terbongeh... dia cari part yang gebu... n sedap kata nya...

    bab nak jaga hati:
    pada saya... erm... suami saya ni jenis cakap lepas... so lali dah... kalau sedap dia kata sedap... kalau tak sedap: dia akan kutuk saya

    begini ayatnya

    "apa lah sayang ni... nama je budak makanan dari UPM... takkan tu pun tak tau..."

    tu sebab saya keluarkan entry pasal

    culinary art vs FSA di sini
    http://lllxillixaxillixalll.blogspot.com/2009/04/food-service-admin-vs-culinary-art.html

    bila baca balik entry abg mazidul ni... buat saya gelak pulak:

    tempat isteri di dapur...

    ini sahaja dari pengalaman saya yang baru usia 4 tahun berumahtangga

    BalasPadam
  10. Fieda, tanya anak dara sekarang umur bawah 21 tahun, rasanya tak ramai boleh memasak, bukan pandai memasak.

    Atau awak kurang bersetuju? Pandangan lelaki macam mana?

    BalasPadam
  11. asalamualaikum en. mazidul...

    sebelum menjawab persoalan en mazidul,saya nak bagi pendapat sedikit pasal isu ni.

    pada sayalah,ramai jer perempuan (anak dara;hehe) yang pandai memasak.Cuma kelihatannya seperti sedikit mungkin kerana kita sendiri kurang mengenali jenis-jenis perempuan yang reti memasak.

    ha,perempuan ni sebenarnya boleh di'baca' samada pandai memasak atau tidak berdasarkan cara dia bekerja atau belajar dan juga cara hidup dia tau.Tapi panjang ler nak ceritakan.hal itu kita tolak tepi.

    cuma,saya nak tekankan bahawa ramai sangat2 yang reti memasak ni.cuma mungkin kaum adam je tak perasan.Huhu.Ni bukan semangat assabiyah k tapi memang fact.

    menjawab persoalan en mazidul pulak,rasanya susah sikitlah nak tegur isteri yang tak pandai memasak sebab bagi kebanyakan perempuan,memasak itu adalah simbol sejatinya wanita itu(haha!).

    tapi mestilah ada caranya untuk menegur kan..

    erm..rasanya,lebih senang nak menegur kalau suaminya suka memasak bersama isteri.ketika itu si suami boleh beritahu nak garam banyak mana bla bla tanpa menampakkan yang si isteri tak pandai memasak.Ini kalau sebulan sekali nak jenguk isteri memasak dan hanya tahu makan saja,rasanya sedihlah kot isteri tu kalau suami tegur direct yang si isteri tak reti masak.

    suami kenalah tolong isteri memenuhi selera makan suami dengan cara membantu isteri di dapur,bukan sekadar merungut dalam hati je kan.lagipun,boleh menambahkan kemesraan suami isteri.

    lagi satu,kalau tak silap saya ada hadith mengenai sikap Nabi sallallahu 'alayhi wasallam terhadap makanan.Dikatakan bahawa Nabi tak pernah memuji atau mengutuk makanan yang dihidangkan kepada baginda.Wallahu 'alam.Saya tak pasti shahih ke tidak.maka sangatlah perlu untuk kita bertanya pada yang lebih alim k.

    Huhu.apa2 pun ini hanyalah pandangan ringkas daripada saya berdasarkan pengalaman diri saya dan pengamatan saya terhadap kedua ibu bapa saya.mana yang baik,ambillah manfaat.

    wassalam.

    BalasPadam
  12. bagi saya, saya akan ckp terus terang je. kalau sedap, ckp sedap, kalau tak sedap, ckp tak sedap. tapi nasi, lauk dlm pinggan kena abis juga lah

    BalasPadam
  13. en mazidul..

    combi dulu pun tak pandai masak..

    kenangan terindah apabila 1st time sambut raya kat sabah tahun pertama kawin.combi & huby sama2 masak rendang & ketupat nasi.

    tau ape jadi..??

    rendang kami mengambil masa 5 jam utk kering sbb santan penuh smpi melimpah..ketupat pulak keras smpi bole baling anjing..lawak giler :p

    selepas dah penat masak tp result dia hampeh kami sama2 menangis dimlm raya..muahaha :D

    nangis kerana tak balik raya & nangis sbb penat buat ketupat tak jadi..heheh

    apapun combi rasa tegur laa isteri dgn berhemah & kasih syg begitu juga isteri.

    suami yg gentleman membuat isteri merasa tak smpi hati utk melukakan.percaya lah!

    ................................

    anak dara skrg takmoh masuk dapur sbb takut kuku rosak & jari2 jadi kembang kena air..betul! :p

    ada gak combi dgr cerita suami mmg tak kasi isteri masak sbb takut tgn jadi kasar..ini pun betul.

    apa pendapat en mazidul..??

    BalasPadam
  14. .:::.
    "bagaimana cara menegur isteri jika majoriti hidangan disediakan tidak sedap pada masa sama menjaga hati mereka?"
    =>> lelaki kan ada 9 akal, so guna lah pandai2

    .:::.
    Mazidul Akmal Sidik berkata...
    Fieda, tanya anak dara sekarang umur bawah 21 tahun, rasanya tak ramai boleh memasak, bukan pandai memasak.
    =>> tanya anak teruna sekarang umur 17-21tahun, rasa nya ramai yg tak bekerja.

    .:::.
    soalan tu bukan saja2 ditanya. kalau kita cari 'punca persoalan nya' sure boleh dpt jwpan yg logik.
    .:::.
    Kalau lelaki ((dari awal usia))kerja dan buleh TANGGUNG anak isteri, iyerlah mcm zaman mak ayah kiter tuh.... sure isteri ada masa nak blajar masak dan sajikan makanan yg sedap2 buat si suami yg penat mencari rezeki. Dan kalao si suami nak marah, mmg patut pun..((utk fulltime hsewife, ok!)).
    Then x timbul lah isu:
    "Kita ni penat, balik kerja, masak untuk awak tapi makan sejemput,” keluh isteri.
    “Saya nak makan banyak macam mana? Awak masak tak sedap!”
    .:::.
    walau apa pun, GC tabik hormat pada suami yang prihatin dan sentiasa berusaha utk menjaga hati isteri.
    .:::.saja nak kongsi.:::.
    Kawin tu :-

    (1) WAJIB
    Bagi orang yang kuat nafsu dan tidak mampu mengawal diri daripada terjebak ke lembah maksiat sedangkan ia mampu

    (2) SUNAT
    Bagi mereka yang mampu zahir dan batin dan mempunyai keinginan untuk berkahwin bagi menambahkan takwa dan menjauhi zina

    (3) MAKRUH
    a. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
    b. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin serta dapat mengawal nafsunya

    (4) HARAM
    a. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mahupun dirinya sendiri
    b. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin
    c. Mempunyai niat yang tidak baik terhadap bakal isteri
    .:::. sekadar pandangan.:::.

    BalasPadam
  15. slam bro..
    senang ja...
    makan sesama..
    xkan wife xtau kalau dia masak sedap or x..
    kalao xsedap, mesti dia pun xlalu nak makan..
    makan sesama, mengeratkan lagi kasih sayang keluarga...
    heheheh...

    BalasPadam
  16. Sekarang senario pandai memasak bukan menjadi syarat sebelum kahwin kalo nak bandingkan zaman dulu2.. sbb ibu2 akan pastikan anak2 sudah pandai memasak sejak usia remaja lagi..

    Sekarang senario sangat2 berlainan.. Sekarang dah ada maid.. pendedahan tentang ke dapur pun mungkin selepas kahwin.. bayangkan la kalo orang yang tak pernah ke dapur tiba2 kena masak tak ke haru namanya...

    Apa pun didikan asas dari rumah yang penting.. alhamdulillah walaupun saya bukan tukang masak yang hebat tapi mak kami sangat menekankan soal2 masak2 nie...

    Dan hasilnya adik beradik saya (sume perempuan) dan bekerjaya tapi kami masih tidak lupa ke dapur...

    Even bapa saya pun seoarng tukang masak yang hebat bagi saya selepas mak saya.. MAsa mak saya kerja shift dulu, bapa saya yang masakkan untuk kami adik beradik waktu kami masih kecil...

    Tapi tak tahu lah orang lelaki sekarang tahu masak ke tidak.. apa komen en mazidul???

    BalasPadam
  17. setuju dgn raudhah.. :)

    huby ckp tak baik selalu merungut makanan tak sedap sbb itu rezeki kita.

    cara huby tegur bila combi masak tak sedap begini.." kari mama hari ni sedap dari minggu lepas sbb hari ni terasa asam & garam " kuang 10x :p

    tapi minggu lepas dia mkn banyak gak lapar lah tu.kesian..kuikuikui :D

    BalasPadam
  18. enche mazidul..bukan nak nak kenakan lelaki balik..

    org kata jgn kutuk, tapi komen. nak komen kene ade ilmu. kalau sendiri pun tak pandai, mcm mn nak komen.

    kalau duduk bujang saya memang MALAS nak masak. tapi kalau balik rumah mak sayalah yg turun ke dapur.
    SEBABNYA...nak msk utk seorg mkn memang takde mood. Tapi kalau balik kg masak tgk adik2 mkn selero jer barulah syok.
    malah bakal mak mertua saya yg sekarang nie pun selalu ajak sy mkn kt rumah die. ALASANNYA.."ko tu duk sorg masak buat penat jer, makan sini jerla.."...

    sudahnya kalau dah segan nak mkn selalu kt umah die, mkn kat kedai mamak jerla..hahahahaha

    masa mula2 bercinta dulu selalu saya masak dan tapau makan kat luar sama2 dgn tunang saya.
    so bila die makan die akan komen...
    tapi komen die tak sakitkan hati..
    CONTOHNYA : "sdap syg msk, kalau mama kan, mama masukkan kentang. pastu cili tu guna cilimerah, tumis dulu..."

    so, dah bagi resipi siap cara2 lagi, kita buat jerla..
    itu la gunanya lelaki tahu mcm mn nak masak...

    dan lagi satu enche mazidul..
    skang lelaki tak bleh nak lepas tgn kt pompuan jer...
    sekarang semua buat sama2..
    sebab sama2 kerja.
    jadi silalah ke dapur..tolong potong2...tolong kemas umah..
    kalau anda lapar, wife anda pun lapar. kalau anda penat, wife anda pun penat.
    JADI, JGN DA BESAR2 PUN MENYUSAHKAN HIDUP ORANG....

    (tak smpi hati buat kat mak sendiri mcm tu kan?wife pun sama jer la)

    BalasPadam
  19. dlu lain skrang lain.....dlu wanita x pandai msk org tua2 anggap mcm2,lgpun dlu wanita x ramai yg bekerja, banyak masa nak blajar masak...skrang wanita da ramai yg bekerjaya...x de masa sgt nak masak2 ni....balik keje jer letih....

    bagi saya, kl nak tegur tu biar la ada unsur2 belawak skit, t kcik hati isteri tu....huhu

    tapi bagi saya, bak masak2 ni pempuan kalah ngan org laki....laki lagi best masak....apa pendapat abg mazidul???

    BalasPadam
  20. iN pandai masak yer sebab mama iN ada ajar saya sebelum masuk asrama selama 7thn bermula form 1, dulu2 ar..

    apa yg penting xkire le dak lelaki atau perempuan..

    pandai masak tu satu bonus..

    tapi dlm perhubunngan suami isteri..

    mahu tak mahu, isteri kena le pandai memasak..

    org kata buat penambat hati dan eratkan kasih syg..

    tpi buat para suami..

    bayangkan le isteri anda satu hari sudah le penat di tmpt kerja ( kalau bekerja ) dan sibuk uruskan anak2 ( jika surirumah sepenuh masa kan.. ) jadi jika apa yg dihidangkan mungkin xler seberapa bagus atau sedapkan..

    jgn le byk2 komplen2..

    jgn le byk2 nk kondem..

    apa kata ringan2kan tulang..

    bantu isteri di dapur..

    tolong apa yg patut..

    lagi besar pahalanya kan?

    betul tak bro?

    BalasPadam
  21. Salam semua,
    jangan salahkan pasangan..salahkan diri sendiri...anda yang buat pilihan.

    tak pandai buat sambal belacan sampai nak membunuh...

    kepada kaum wanita ikut sajalah tradisi kita sbg orang timur ..
    kepada kaum lelaki banyak2kan bersabar..takkanlah sebiji pinggan pun tak boleh cuci.

    I'm sorry..

    BalasPadam
  22. agak agak la lu berani tak cover cerita 360 pasal polis brutality,x yah sebut yang lame2 la...pasal 2 je s.kugan dengan adi awang yang koma tu...lu kan kacip same polis...try la...

    BalasPadam
  23. lu apahal apek ...bacalah tajuk cerita ni

    kalau lu pegi interbiu sudah pasti lu gagal..

    BalasPadam
  24. Apek, menulis biar guna otak, bukan guna kepala lutut :) Simpati saya terhadap orang macam awak, whoever you are.

    BalasPadam
  25. Jangan salahkan Apek tu, Mazidul. :)...Bukan semua berperangai begitu (tiru cakap hang kat siaran ulangan 360 la nih)... cuma SEBILANGAN BESAR (ganti perkataan SEBILANGAN SAHAJA) saja yang berperangai begitu...

    Emosi mengatasi kewarasan, begitulah jadinya. Sesuatu perkara dipandang dari sudut yang hanya menarik minat, begitu juga jadinya. Kurang akal untuk berfikir dan membuat rumusan, begitu juga jadinya.

    Maaf cakaplah... amat menyedihkan melihat sebilangan (SEBAHAGIAN BESAR sebenarnya) daripada masyarakat muda kita yang cukup beremosi tetapi cukup tidak berakal apabila memperkatakan tentang sesuatu. Untunglah pihak yang berjaya mengambil kesempatan atas kelemahan ini.

    Sepatutnya, biarpun tidak pandai, sekurang-kurangnya cubalah gerakkan otak untuk sedikit pandai kalau tidak pun sangat pandai...

    Caranya, BANYAKKAN MEMBACA...

    BalasPadam
  26. Mengenai apek,
    honest,humble,suke menolong orang susah,tidak pernah lewat dalam berjanji dan berurusan dengan ape saje. tidak bermulut jahat jauh sekali bermulut manis,berdedikasi,memiliki kamera D60 tapi tidak gemar membawa berjalan sambil gantung di leher..memang berbakat tinggi dalam bidang fotografi..lebih mengemari gibson dari yang lain..tidak sesekali memakai seluar skinny dan rela di panggil outdated dari mengenakan seluar skinny berwarne biru,merah dan lebih gemar menganut punk rock sebagai pedoman hidup dan lebih mengemari makanan tidak pedas serta gemar menjalani kegiatan sosial dimuka bumi..rockin..

    I'm sorry

    BalasPadam
  27. salam..
    kita boleh menggunakan cara rasulullah dgn tidak mengomen..buah limau masam yg diberikan oleh seorg wanita..baginda memakannya smpi habis..tidak diberikan satu pun kpd sahabatnya..cm klu nak komen jg..komen berhikmah..sedapnya ayang msk hr ni..tp alangkah baiknya klu ditambah sedikit..gula..mesti lg sedap..

    kta sbg org pompuan kn beringat air tangan isteri pengikat kasih suami dan anak2..sapa lg nak dijaga perutnya klu bukan si suami..nnt klu dah terpikat ngan mak cik kedai..ke..anak mak cik kedai ker..tak ke terkezut kita ni..!!

    dan sbg suami tolong menolong dlm urusan rumah tangga apa la salahnya..klu xsempat masak bersama..walaupun msk telor goreng ianya akan dihargai oleh pr isteri..krn rmi isteri kita yg bkerja..nmn jgn tiap2 masa telur grg...naik borg juga

    BalasPadam
  28. Bagak dan Anon, bukan nak marah pun dengan Apek tu ..

    Cuma dalam memberikan deskripsi diri di blognya, dia terlupa mencatatkan 'beradab bila melontarkan komen dalam blog orang lain, matang dalam berfikir, gemar membaca bahan ilmiah'. Kan?

    Kejap lagi saya nak keluar ke Giant, beli towel, kirim kepada dia, buat lap hingus!

    BalasPadam
  29. Bro Maz

    "Kejap lagi saya nak keluar ke Giant, beli towel, kirim kepada dia, buat lap hingus!"

    Wah kah kah kah kah kah kah kah

    Kirim jangan tak kirim bro.

    Dia ingat dia bagus sangat la tu...

    ( Puk... kena lepuk dengan Bro Mazidul...'yang ko sibuk ni apahal Lid???, nah ambik tuala good morning ni, lap hidung awak tu...
    aku ambik towel tu dan terus... lari dari tempat kejadian...huwaaaaaa..)

    BalasPadam
  30. jesus christ..oh ok from my point of view all of u guys didn't concern about human right in malaysia...mazidul sory to say i'm not interested with your entri and topic there,i'm just asking u..that all...-human action front-

    BalasPadam
  31. Apek, I am not interested to read your comments anyway, so make this as the last one, ever.

    Go somewhere elese bro!

    BalasPadam
  32. Ampun tuanku

    WOI APEK TERROR (kononnnnnn....)

    BLAH LA LU....

    SCROUPLUS PATHETIC ANOYING TALKING DONKEY!!!!
    LOOPING GALLOT HIDING LIMPING GALLOT!!!!!!

    Don't you ever come to this place again okay...

    get out and go to Hell with your Oren Just Modenas Kris....

    Thank you

    Ampun Tuanku

    BalasPadam
  33. dalam tradisi dan identiti melayu, kita selalu fokus pada isteri yang sepatutnya pandai memasak.

    tapi kita lupa yang sebagai suami, kita pun ada juga perkara yang kita "sepatutnya" tahu.

    Kalaulah suami boleh menyalahkan isteri kerana tak pandai@ tahu memasak dan marah kalau mereka menyalahkan suami semula, isteri juga boleh menyalahkan suami yang tak mahu jadi imam solat berjemaah di rumah, apatah lagi di rumah mentua, dan marah kalau mereka menyalahkan isteri semula.

    Jangan harapkan perfection sangat dari isteri klu kita pun tak berapa nak betul.

    just my 2 cents. :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.