Ahad, Julai 18, 2010

Pengawal Keselamatan Haram Terperangkap

Petang semalam saya dan krew 999 ke kelab golf terkenal di Kuala Lumpur. Jam 7 malam, jurukamera merakamkan visual pengawal keselamatan Indonesia lengkap berseragam diberikan taklimat.

Lima belas minit kemudian wartawan 999 menggunakan cordless microfone mendekati seorang daripada mereka bertugas bersendirian. Saya mendengar perbualan mereka di dalam kereta menggunakan head phone di pasang pada kamera.

"Awak berasal dari mana?," tanya wartawan.

"Dari Pahang," jawabnya pantas.

"Saya orang Raub, Pahang. Awak di Pahang di mana?," soal wartawan sama.

"Pahanglah, Pahang, jauh," ujarnya sedikit gabrah.

Geram mendengar tipu helahnya, saya keluar dari kereta dan menghampiri pengawal terbabit.

"Kamu jangan tipu saya, saya tahu kamu dari Indonesia. Orang Indonesia tidak layak bekerja sebagai pengawal keselamatan. Mengikut peraturan Kementerian Dalam Negeri, hanya warganegara Malaysia dan bekas tentera Nepal sahaja boleh bekerja secara sah di sini," jelas saya.

"Tolong encik, saya cari makan," ujarnya sambil tangan menyembah.

Dia berusia 21 tahun, sebelum ini bekerja di kilang pengeluar sarung tangan. Berikutan gaji didakwa terlalu kecil, RM400 sebulan dia memohon jawatan pengawal keselamatan.

"Berapa ramai pengawal keselaman Indonesia bekerja di kelab ini?," soal saya.

"Untuk shift malam, empat belas orang encik. Tolong encik, pasport saya sudah mati, permit kerja pun tak ada," jawabnya ketakutan.

Maksudnya, dia berstatus pendatang tanpa izin, PATI. Lalu saya meminta dia memanggil ketuanya menggunakan walkie-talkie. Kurang lima minit, kami didatangi lelaki menaiki motosikal.

"Saya tahu kamu orang Indonesia dan kamu bekerja sebagai pengawal keselamtan haram. Kamu tak ada permit," saya melontarkan kenyataan.

Dia tergamam dan lebih terperanjat apabila jurukamera pada awalnya berada di dalam kereta melangkah keluar, berdiri di sebelah saya sambil merakamkan perbualan dan visual mereka.

"Encik tolong tutup kamera," pintanya.

"Kalau awak berani tutuplah," ujar saya.

Namun dia hanya diam membatu.

"Encik, saya memang tahu kami bersalah dari awal lagi. Tetapi kalau tak ada orang dalam, kami pun tak boleh bekerja di sini. Malam ini incharge saya orang Malaysia tak datang. Biar saya kongsikan satu rahsia, 90 peratus syarikat membekalkan pengawal keselamatan di Malaysia menggajikan pekerja Indonesia," dakwanya.

Setelah disoal siasat, dia mengaku memasuki Malaysia secara sah menggunakan permit kerja ladang 3 tahun lalu. Katanya dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di kelab golf itu sejak Februari 2010.

Bayangkan, bekas pekerja ladang, kini menjadi incharge pengawal keselamatan di kelab golf terkemuka dan barangkali dia dipanggil 'Tuan'.

"Majikan tahu kami tidak boleh bekerja sebagai pengawal keselamatan tetapi tetap mengambil kami," jelasnya.

Lebih mengejutkan, tambahnya, 22 pengawal keselamatan Indonesia bertugas di kelab itu. Dalam erti kata lain, kelab golf tersohor 'dikawal' sepenuhnya tenaga kerja haram sebelum ini tidak pernah dibongkar pihak media.

Saya yakin mereka berdua dan rakan sekerja lain tidak mampu tidur nyenyak malam tadi. Majikan mereka? Perkembangannya akan saya paparkan dalam 999 khamis, 22 Julai akan datang. Semua visual dan rakaman perbualan dicatatkan di sini akan dikongsikan secara live dalam episod sama.

13 ulasan:

  1. Itulah dia ... kalau tak ada 'orang dalam' takkan perkara sebegini berleluasa. :(

    BalasPadam
  2. jangan lepas ni pejabat kerajaan pun terpaksa amik warga asing dah ar...haru...

    BalasPadam
  3. Salam Bro,

    PATI kat sini gerenti melakukan jenayah. Rasuah & menceroboh juga adalah jenayah.

    Sekiranya yg dtg sini org baik2, x de maknanya diorg nak dtg sini - banyak tanah/kerja kat sana bleh diusahakan.

    Cuma penjenayah x respek/takut dengan undang2. Bila 1 lepas, makin ramai saudara mara/rakan2 jenayah diorg kat sini.

    Mcm dicadangkan sebelum nie, pihak berkuasa sepatutnya ambik tindakan kat warga asing (check diorg) secepat mungkin. Asal nampak je sepah2 tengah jln, terus check! n ambil tindakan.

    Mmg x de majikan yg mahu pekerja diorg keluar sesuka hati (bawa masuk utk keje - bukan jenjalan)

    Kat mana ramai? Boleh buka suratkhabar bahagian aduan sms - hari2 ada report/tips.

    Masalah 1: PATI
    Masalah 2: Pemalsuan dokumen
    Masalah 3: Rasuah
    Masalah 4: Curi electric/air
    Masalah 5: Curi subsidi
    Masalah 6: Sampah
    Masalah 7: Gangguan kpd community setempat.
    Masalah 8: Bawa/bantu masuk sedara-mara/kengkawan (yg mungkin penjenayah tegar)
    Masalah 9: Leads to jenayah2 berat yg lain..

    ..dan seterusnya.

    Sekian.

    BalasPadam
  4. Kelab Golf yang ada replika..bola golf di pintu masuk akan diserbu malam nanti heee..

    murah sangat Rm400.

    ....saman dan denda boleh dibayar..

    gantung lesen pemiliknya boleh tak..

    ..pepagi buta, (minggu) kelihatan tersadai warga emas..

    BalasPadam
  5. pendatang jadi pengawal keselamatan?? boleh janji selamat ke???

    BalasPadam
  6. nice n3 bro
    bukan tu saja bro pati ni dah dapat kawasan pun.. pekan kelang dekat mydin ..lorong2 perhentian bas diorang berniaga makan ,kedai buah, baju,teruk betuk nak kekelang pun takut

    seksyen 28 dan 25 banyak kedai herba dan kedai mengautkan tenaga batin pun dia orang punya

    Putra Height, dah jadi vetnam dan indon punya
    takkan pihak berwajib tak nampak...?

    BalasPadam
  7. Masalahnya, orang kita bukannya nak kerja jaga. Kalau ada pun yang dah tua-tua, usia emas. Jadi, nak salahkan tauke tu sepenuhnya, tak boleh jugak.

    BalasPadam
  8. dengar haritu PATI mungkin akan di'halal'kan kerana permintaan di sektor pekerjaan yang tinggi. Kerana kepentingan sesetengah pihak yang mementingkan keuntungan, MALAYSIA mungkin jadi tanah bebas atau di'jual'.....

    BalasPadam
  9. Lepas baca post ni sy terus interview sorang2 pengawal keselamatan. Alhamdulillah... semuanya org Malaysia betul. Yg asal kelantan leh kecek kelate, yg asal perak leh cakap loghat perak... heheheheh

    BalasPadam
  10. Hairan ya... itupun krajaan boleh bilang sama rakyatnya, "Kita terpaksa import lebih ramai tenaga kerja..."

    Aduhai pak Menteri pun kena 'suap' kah?!

    BalasPadam
  11. Orang Raub...Hahahaha
    Mungkin dia pernah jadi kuli taukeh cina di Sungai Ruan atau Sungai Klau,Raub.
    Mengusahakan tanah haram di puncak bukit/gunung untuk ditanam pokok koko/durian/kelapa sawit.

    BalasPadam
  12. kalau ada pengawal dirisau bukan warganegara, kan lebih baik kalau semua rakyat malaysia baik-baik maka tak perlu pengawal keselamatan setakad nak jaga perumahan... sebab bukan bertanggungjawab pun kalau kita kecurian atau vandalism berlaku.. semua rakyat malaysia janjilah jgn jahat, tidak mencuri, tidak khianat, cemburu dgn kelebihan harta sesama rakyat... beres tak perlu ada pengawal...

    bagaimanapun saya nak semua rakyat malaysia renungkan apa sudahnya kebergantungan kpd tenaga asing.. para majikan semua dan kerajaan harap pastikan upah semua pekerjaan wajar seimbang dgn situasi kos kehidupan masakini.. kata kerajaan nak jadikan rakyat malaysia berpendapatan tinggi.. bagilah pengawal bergaji RM 2000 tentu ramai nak kerja dan pastikan pulak yg dah dpt kerja tu benar-benar akur dgn disiplin kerja.. payahlah kalau berperangai tak seimbang.. salahkan diri sendiri..

    BalasPadam
  13. semalam pekerja indon majikan abg saya lari.dan jadi tugas dia pula nak cari...msuk guna permit org gaji..lari tah jadi apa pula.mereka saje masuk pakai permit pastu lari sb kat malaysia dah lari senang2 je cr kerja lain..permit,pasport dah mati majikan di malaysia tak peduli asal boleh bagi gaji kecil.kat sini kalau datang penguatkuasa,pekerja indon ni di sembunyikan atau pura2 jadi pelanggan.kat sini ramai indon yg kahwin org malaysia dah tamat tempoh permit tp mereka masih boleh hidup senang lenang sb takde org nak tangkap.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.