Isnin, November 22, 2010

Memang Kita Cerita Fasal PATI Tetapi Siapa Mengeluarkan LESEN Premis Untuk Beroperasi? MBPJ? (Kemas Kini 1+2+3)

Setakat ini saya percaya sebilangan bloggers membaca tampalan ini, sudah mengambil tindakan sewajarnya.

Berikut jawaban didakwa diterima Izzad Amran daripada MBPJ.

****

Tuan

Merujuk kepada perkara diatas

2. Dimaklumkan bahawa aduan mengenai PATI adalah di luar bidang kuasa

MBPJ.Aduan boleh terus disalurkan kepada Jabatan Imegresen.

Sekian,Terima kasih

PPT (ADUAN)

-----Forwarded by ADUAN/MBPJ on 11/22/2010 12:04PM -

***
Memang semua pekerja tidak mempunyai dokumen perjalanan sah sekaligus berstatus PATI. Menahan PATI di luar bidang kuasa MBPJ, Jabatan Imigeresen dan polis boleh mengambil tindakan.

Persoalannya, adakah MBPJ sebagai pihak berkuasa  tempatan mengeluarkan lesen membenarkan premis mecuci kenderaan terbabit beroperasi?


Andai kata MBPJ mengeluarkan lesen premis 'pacak dan basuh' itu, pelik.

JIka tidak, MBPJ berhak menyita semua peralatan digunakan sekaligus memberhentikan operasi premis mencuci kereta terbabit.

Kita tunggu apa lagi jawaban bakal diterima pengadu.

Kemas Kini 1

Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Fauzi Maarop menghubungi saya jam 2 petang tadi dan berkata penguatkuasa akan dihantar ke lokasi PETANG INI untuk menghantar notis arahan pemberhentian operasi.

Kemas Kini 2

Pengarah Perhubungan & Korporat MBPJ, Haniza Abd Hamid saya hubungi memaklumkan beliau masih bercuti bersalin. Tahniah kerana dikurniakan pasangan anak kembar perempuan. Sebelum ini, Haniza bertindak pantas menangani masalah dikemukakan wartawan.

Beliau sendiri mengambil inisiatif membalas pesanan ringaks, SMS mahu pun menghubungi terus wartawan membuat aduan.

Saya kemudian menghantar SMS kepada kakitangan beliau, tiada jawaban atau sebarang respon diterima.

Jam 3.45 petang tadi, saya menghubungi PR terbabit.

"Saya tengah berkursus, dah minta Fauzi (Pengarah Penguatkuasa MBPJ) menghubungi you," katanya.

Bagaimana mungkin saya tahu dia berkursus sedangkan SMS tidak dibalas? Telepathy? Sebagai PR, apa salahnya menghantar mesej menyatakan aduan diterima, maklumkan bahawa dia sedang berkursus dan nyatakan aduan terbabit telah dipanjangkan kepada pegawai penguatkuasa MBPJ?

Lagipun menghantar SMS bukan menggunakan mulut jika bimbang mengganggu perjalanan kursus.

Namun barangkali itu takrifan PR exercise bagi dirinya, simpati.

It is all about attitude.

Kemas Kini 3

Saya telah meminta penerbit 999, Shahun Hanif menghantar wartawan meninjau premis mencuci kenderaan haram di daerah Petaling Jaya. Saya yakin, bukan satu, bukan dua, tidak berbelas, lebih daripada itu.

Majoriti premis tanpa lesen terbabit beroperasi di celah bangunan kedai dan menggajikan pekerja asing, kebanyakkan mereka tidak memiliki permit.

Hemat saya, kejadian ini telah lama berlaku tetapi kelihatan amat sukar untuk dibanteras secara total.

Justeru, biar 999 mendedahkan kepincangan berlaku jika MBPJ tidak menyedari kegiatan haram selama ini berlaku di hadapan mata.

Gajah dan kuman, biar kami membezakannya.

10 ulasan:

  1. Apakah pihak MBPJ tidak memahami maksud aduan itu? :(

    BalasPadam
  2. Jawaban macam itu sama seperti melepaskan batuk di tangga. Sepatutnya agensi kerajaan perlu lebih pro aktif bukan mencari dalih. Dah terima aduan macam tu, berhubung laa dengan imegresen. Bukan suruh pengadu pie imegresen. Sebab tu ramai orang awam selalu kutuk kakitangan kerajaan, sebab kebanyakan yang duduk di kaunter atau kakitangan yang berhubung terus dengan masyarakat tidak pro aktif dan kerja sambil lewa.

    BalasPadam
  3. itulah mereka...sudah menunding jari & menolak sesuatu isu pada pihak berwajib yang lain...
    lagi satu, daif sgt kah tahap pemahaman bahasa melayu kamu sehingga tidak faham isi kandungan aduan yg disalurkan?

    BalasPadam
  4. pertama: terima aduan tu
    kedua: semak aduan tu
    ketiga: kalau melibatkan dgn jabatan/agensi lain, kenalah berhubung dan bekerjasama
    keempat: bersama2 membanteras mereka

    andai maklumat/aduan yang diterima dan disemak dikaji diambil tindakan, rasanya tiada istilah PATI.

    Kerajaan kena ambil langkah lebih tegas, diulang LEBIH TEGAS, kalau tak... dorang dengan sewenang-wenangnya akan memijak dan seterusnya tak takut dengan undang-undang negara kita. Apakah pihak berkenaan pejam mata tanpa usaha duduk saja?

    BalasPadam
  5. Salam TM....

    BEGITU LER...
    DAH JEMU DAH JELAK....
    DENGAN JAWAPAN-JAWAPAN POWER MEREKA...

    KALAU MALAYSIA BETUL2 BOLEH,
    BOLEHKAH IKUT KETEGASAN NEGARA JIRAN DI SEBERANG TEMBAK JOHOR SANA KENDALIKAN MASALAH YANG SAMA..TIADA PATI DAN SEGALA SAMPAH BERMAHARAJA LELA, KEMUDIAN PERBESARKAN PERIBUMI MEMILIH KERJA....BOLEHKAH?

    LETIH LAH...
    NAK NYANYI LAGU BANGAU OH BANGAU DULUUUU....

    BalasPadam
  6. mmg la...ramai org luar bukak kedai...terutama kt puncak alam...kebanyakkan kedai runcit mmg dari2 puak2 aceh...kalau melayu bukak kedai tak laku mana pun...cuma en mazidul ronda-ronda kt area puncak alam...kedai runcit sini semua pemilik dan pekerjanya org aceh...

    BalasPadam
  7. Malangnya kita rakyat Malaysia, ada yang duduk dibawah jambatan, sednagkan warga asing begitu berani masuk cara haram hidup dengan selesa tanpa takut-takut cari rezeki secara curi-curi - kaut hasil didapati dari negara kita (macam melombong emas) untuk dibawa balik kenegara asal mereka - tanggung keluarga dan buat rumah yang cantik2 disana. Lama2 negara mereka akan jadi makin makmur daripada kemiskinan. Rakyat negara kita masih statik pencapaian ekonominya dari tahun ke tahun - tanpa perubahan yg ketara.
    Sampai bila keadaan ini berterusan? Kadar indeks jenayah dinegara kita semakin menaik - kebanyakan dilakukan oleh warga asing ini. Itu belum lagi perbuatan maksiat dan mengganggu gadis2 tempatan oleh mereka....Semakin rimas dan semak sekali pemikiran kita sejak akhir2 ini tetapi siapa yang ambil peduli?

    BalasPadam
  8. orang malaysia kalu nak berniaga pakat pening kepala dulu baru boleh mula berniaga, nak mohon lesen, nak minta pengesahan, nak kena photostate, isi borang sokongan, tunggu lulus dll.
    warga asing nak berniaga.... pasang paip getah, letak baldi masuk sabun... pasang baner... mau cuci kereta ka incik... senang hati jer...

    BalasPadam
  9. Bila kedai dah kena roboh PATI akan cari kerja lain...Kedai itu yang salah, PATI tak salah MBPJ tak salah...yang salah ialah bila ada org yang berani membakar kedai...


    antara alasan lain,
    surat tak bergerak..

    --pegawai naik haji,
    ..cuti..
    baru kena tukar..

    BalasPadam
  10. Saya rasa kebanyakkan tukang cuci kereta tuh memang orang india yang betul-betul datang dari india sbb, Bahasa Melayu yang mudah pun diorang susah nak faham. Malaysia kan lubuk emas orang luar.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.