Rabu, Mac 16, 2011

Nasib Wanita

Jam 3 petang tadi saya bersama beberapa rakan berborak berhubung penghargaan lelaki terhadap wanita.

"Perempuan kalau boleh, analoginya, biar macam rumah, tidak susut nilai. Jangan macam kereta, semakin lama dipakai, semakin murah harganya," usul rakan.

Menurut Alexa, blog ini majoriti dibaca pelawat wanita.

Saya percaya wanita lebih memahami isu penghargaan terhadap mereka. 

Zaman dahulu, kita biasa mendengar komen berikut dilontarkan ...

"Masa bercinta, jalan berpegangan tangan. Bila dah kawin,  suami berjalan di depan, isteri 2 batu di belakang"

Biarpun itu sekadar satu kenyataan ringkas, mudah difahami tetapi maksudnya cukup mendalam, jika diteliti Barangkali, semakin lama tempoh satu perhubungan itu, semakin menurun kadar penghargaan lelaki kepada pasangan mereka.

Bukan semua lelaki begitu, hanya sebilangan sahaja. 

"2 tahun bercinta, bila marah, lelaki bijak mengawal  emosi dan tindakan. Bila dah 6 tahun, bergaduh mula naik tangan. Kalau menjadi wanita, terasa tak diri mula kurang dihargai?"

Soalan itu tiba-tiba terpancul.

Kepada wanita, apa respon anda?

28 ulasan:

  1. bukan senang nak jadi perempuan ni. macam2 halangan. kadang kala lelaki boleh membuat sesuatu benda, tapi kalau perempuan buat benda yang sama terus lelaki pandang hina. ini hasil nukilan saya semalam. jika encik mazidul ada masa boleh la baca dan tingalkan komen encik dalam ruang komen saya. terima kasih.







    http://inilablogaku.blogspot.com/2011/03/lelaki-melayu.html

    BalasPadam
  2. yup!mkin lma makin rasa xdihargai dan x di pedulikan....

    BalasPadam
  3. baru seminit follow nak komen boleh kan en.maz???

    nak kata semua wanita mangsa pun xleh gak en.maz sebab wanita sekrang pun 2 kali 5 ja... dapat lelaki yang bagus tetapi nak jugak dimadukan lelaki tu..

    nah sekarang boleh dikatakan setiap hari paper metro paparkan kisah si suami tangkap isteri berkhalwat dengan kekasih lama...

    cmna nak crita kes penghargaan kalau masing2 x pernah nak ingat benda baik yang pasangan anda lakukan.. yang diungkit yang didendamkan tanpa henti adalah perkara yang xelok sja.. sikap pasangan yang buruk sja...

    yang baik2 xpenahnya diingati dan dihargai.. tu la yang naik tangan naik kaki naik tangga naik pokok..

    haish semua ada..

    sy x kawin lagi... hehe harap pendapat diterima berdasarkan pandangan sy terhadap kehidupan masyarakat sekarang...
    sekian...

    BalasPadam
  4. biasalah tu
    bila dah lama2,
    semua kebaikan keburukan terserlah
    bezanya cara kita tangani masalah tersebut.
    tulah, kadang2 lelaki susah nak menghargai org2 yang dah susah payah dgn dia bila jumpa org lain yg kononnya lagi baik.hu~

    BalasPadam
  5. hurmm..betul bukan semua lelaki begitu..x tahu nak bagi respons apa..sebab ayah dan emak dah 26 tahun berkahwin masih jalan berpimpin tgn dan kekal romantis..=) mungkin segala nya bermula dgn.pilihlah lelaki yang yg beriman..kerana org soleh itu untuk yang solehah..bila seglanya bermula kerana Allah..i`Allah selama-lamanya Allah memelihara kita

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum abg mazidul..

    saya bujang dan belum pernah merasai alam rumahtangga...saya just nak kongsikan apa yang telah terjadi kpd ibu saya...

    "sebelum kahwin dgn mak saya..ayah saya sanggup buang semua perangainya yang lama-lama..tapi..tak lama selepas kahwin....ayah saya dah mula naik tangan..bahkan kaki pun naik juga ke mak say sewaktu saya berumur 3 bulan dlm kandungan ibu....akhirnya setelah berbelas tahun ibu mohon dilepaskan...pun begitu kami semua tinggal dengan emak dan ayah tidak pernah ambil tahu tentang kami...tapi dia tetap ayah kami..."

    kepada lelaki...
    harapan saya...hargailah ibu anda...isteri anda....

    kepada lelaki....
    ibu anda adalah syurga anda..
    isteri anda tanggungjawab anda...
    kasihilah keduanya...

    wassalam

    BalasPadam
  7. rasa...rasa...
    cinta seharusnya mekar dan sentiasa disuburkan. tak kira usia. melihat pasangan "mat saleh" sehingga tua mereka masih berpegangan tangan..begitu kuat perasaan.

    BalasPadam
  8. sy kurang bersetuju kalau nak kata bermula dengan lelaki yang beriman.. kalau dapat suami yang baik bagus beriman tetapi si isteri tu macam ya'fursalam pun xda maknanya...

    kan Allah dah janji lelaki yang baik adalh untuk perempuan yang baik.. jangan diimpikan saidina ali... sebagai perempuan... kalau xbenteng diri dengan ilmu agama... jgan dipersalahkan pihak lain.. sedangkan kita sendiri pun bermasalah..

    mak abah saya juga bahagia hingga ke hari ini.. kenapa??? kita nak rumah tangga yang bahagia kan? kita la yang corak perkahwinan tu.. sama2.. corak seprti yang septutnya diperuntukan oleh islam itu sendiri...

    BalasPadam
  9. Jangan....perempuan sekarang ni pun dua kali lima samsengnya...(bukan saya dan pembaca wanita blog En.Mazidul ni..he he..)

    Tapi secara kebetulan agaknya,perempuan memang sentiasa menjadi mangsa, tak kira atas apa alasan sekali pun. Sepatutnya kena tanya lelaki,"kenapa kebanyakan mereka begitu?"

    Alhamdulillah,dah hampir 19 tahun,belum pernah tangan suami naik, memukul...

    BalasPadam
  10. sayangi wanita, didik wanita;)

    apisv3.blogspot.com

    BalasPadam
  11. salam bro mazidul,
    wah topik yang sangat menarik.. sebenarnya saya sendiri pun ade terfikirkan isu yang sama dua tiga hari ni.. tak sangka pulak bro mazidul buat tampalan yang sama..

    secara asasnya, memang kadangkala kita terlepas pandang pada banyak perkara disekeliling kita.. dan kita selalu 'take for granted' apa yang ada.. terutamanya isteri..

    pada hemat saya, kita perlu selalu menilai setiap perkara disekeliling.. dan mula menunjukkan perhatian yang sewajarnya..

    tak salah rasanya utk lebihkan kemesraan antara suami isteri.. tak gitu ;)

    BalasPadam
  12. hehehe..

    ape2 pon kalo berkawan biaula ikhlas..

    terima seadanya dr mula hingga akhir..

    xsemua org perfect..

    baik laki mau pon pompuan..telah dicipta berpasangan..

    BalasPadam
  13. Salam, saya tak pasti tentang orang lain, tapi saya kenal dengan isteri saya masa kami ditingkatan 3, tu pun ditempat tuisyen, sejak tu "no looking back"...Alhamdulillah kami telah dapat menghadapi segalanya bersama. Kini dengan 3 orang puteri kami berasa lebih utuh dan saya rasa perkara paling penting untuk mengukuhkan hubungan ialah untuk "recharge" selalu. Kalau ada masa saya akan huraikan diblog saya mcm mana sesuatu hubungan boleh di "recharge"...insyaAllah.

    BalasPadam
  14. untung jadi Lelaki, bila wanita ngumpat membebel dan mengungkit jaga itu jaga ini...jaga anak..


    ..

    khasnya jika terkena lelaki pandai "BUAT" N Pulang"


    lelaki itu adalah saya..
    oleh itu banyakanlah wanita mengumpat kepada suami.

    BalasPadam
  15. masih ramai lelaki yang menghargai isteri/wanita cuma cara penyampaian yang berbeza. tak semestinya berjalan tanpa berpegangan tangan bermakna lelaki sudah mula menunjukkan ciri2 sengaja menjauhi isteri. Tengok keadaan, kalau bawak anak2 kecik sampai 2 3 orang semestinya keselamatan anak2 yang diutamakan. kalau asyik nak berpegang tangan & memeluk pinggang, nanti takut anak2 entah ke mana menghilang. cuba sesekali keluar berdua sahaja suami isteri, kompom berjalan dengan bergenggam tangan walaupun jemari dah mula tembam atau berkedut.

    BalasPadam
  16. biasalah tu .... dah lama kahwin ..manisnye dah tak de ...dulu masa bercinta semuanye manis manis ..... kalau makwe tersepak batu dimakinye batu tu ... cuba kalau lepas kawin ,maunye isteri dimarahinye balik ..

    BalasPadam
  17. sebenarnya benda ini sudah jadi 'realiti kehidupan'...sejak zaman dulu sampai skrg dibincangkan.
    saya senang saje...jangan terlalu memikirkan soal sblm nikah n slps nikah.
    setiap kehidupan ada tiga.
    pertama, baik.
    kedua, tengah2 antara baik dan tak baik.
    ketiga, tak baik.

    takkan boleh lari, so jangan terlalu fikirkan.
    salam manis, anntaj.

    BalasPadam
  18. soalan ni kene tanya pada lelaki jugak...
    pepepom, kedua-dua pihak kene mainkan peranan...

    BalasPadam
  19. Perempuan ingin dihargai, ingin di beri perhatian...

    Sekali hati telah dimiliki, jiwanye diserahkan..

    Wanita umpama coklay M&M keras diluar cair di dalam...

    BalasPadam
  20. wanita punya banyak kelebihan. kadang2 wanita leh wat ape yg lelaki xsanggup wat...sangggup ke lelaki balik keje terus msuk dapur tuk masak?sanggup ke lelaki bangun seawal kul 5 pagi tuk basuh pakaian, wat sarapan dan siapkan anak2 tuk kesekolah? sanggup ke lelaki bangun malam tuk wat kan susu si kecil? bg wanita tu semua blh dilakukan tanpa byk soal...betapa kuatnye fizikal & mental seorang yg bernama wanita...

    BalasPadam
  21. Bila dah lama kawin mmg gitulah resamnya, tak bermakna tak sayang kan. Cuma pendekatan dan cara mgkin berbeza dari zaman bercinta2 tu...as for me, masih bole terima hakikat ni. Cuma kalau dah naek tangan tu bab tu mmg tak bole terima langsung. Kok ye tak suka tak bermakna bole sewenang2 dera, pukul or belasah samada disegi mental maupun fizikal. Kalau dah tak suka buat dgn cara terbaik dan gentleman...

    BalasPadam
  22. Kak Intan bulan Mei nanti genap 36 tahun anniversary, tapi syukur alhamdulillah...kami tetap bahagia!

    BalasPadam
  23. En. Mazidul...tepuk dada tanya selera. Sebab itu saya selalu guna quote ini :-

    'Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat' 'Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan' 'Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu' 'Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji' 'Berbicara tidak memfitnah, menyanggah tidak menyumpah'

    BalasPadam
  24. Kedua2 pasangan perlu memainkan peranan masing2, saling melengkapi gitu. Masa marah memang ingat yg buruk2 ajer, tu ternaik tangan agaknya. Bukan mudah untuk tetap sabar dan bertahan dalam alam rumahtangga, pasti ada pasang surut.

    Selalu lah ingat kebaikan pasangan, kita bukannya perfect pun. Semoga Allah memberikan hidayah buat kita semua...

    BalasPadam
  25. sebenarnya perempuan dan lelaki dua spesis yang berbeza. berbeza tapi saling melengkapi dengan syarat sanggup belajar antara satu sama lain lah.

    (cakap berdasarkan pengalaman org lain....hihi)

    BalasPadam
  26. salam
    dalam dunia yang hanya ada dua jantina ni..lelaki dan perempuan..tak lari nak salahkan lelaki dan perempuan..apa yang penting..terimalah seadanya pasangan anda...memang kita manusia ni tak sempurna, tapi tak salah kita berusaha nak jadi sempurna..

    BalasPadam
  27. "Masa bercinta, jalan berpegangan tangan. Bila dah kawin, suami berjalan di depan, isteri 2 batu di belakang"

    Terkadang terbalik Bro Maz, kita dah tua jalan pun tak selaju dulu; badan dah berat, boroi... semput lagi, isteri masih anggun suami macam kita ini tak sepadan buat mereka; tinggallah kau kat belakang; isteri & anak nah! sering tinggalkan ayahnya dalam apa jua keadaan. Bila kita persoalkan isteri sekarang ada saja jawapannya.

    Pasangan yang setia, ikhlas, penyayang tetap akan tambah intim biar pun selama mana bersama.

    Ramai rakan saya tak boleh berjauh dengan isteri tak jumpa sehari gelisah benar di hati.

    BalasPadam
  28. banyak ilmu rumahtangga yang tidak dikuasai wanita hari ini lebih-lebih lagi kerana sibuk berkerjaya. Ingat wang banyak pun bukan penentu kebahgiaan rumahtangga.

    dan bukan lelaki saja yang mudah naik tangan kini wanita pun apa kurangnya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.