Ahad, Oktober 02, 2011

Mengawan (Tampalan II Tinjauan Ke Ulu Bendul Dan Bukit Putus) UPDATED Disambung

Baca Tampalan I di sini.

Hampir jam 12.30 tengah hari, kru 666 dan Penyingkap Fakta menaiki 4 kenderaan tiba di jalan berbengkang-bengkok Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


"Bang! Tengok plat nombor lori di hadapan, 6667 tetapi budak kecil bawa, mungkin anak driver," ujar Azree melalui walkie-talkie.


Barangkali sejak lebuh raya baru dibina, jalan sunyi Bukit Putus digunakan untuk melatih pemandu baru. 

Empat kenderaan kami naiki kemudian memotong lori dipandu perlahan itu.

Bayangkan risiko membenarkan remaja dianggarkan berusia belasan tahun mengendalikan lori di jalan bak ular dipalu.


"Kita stop dekat sebelah kiri jalan di hadapan. Saya ada cerita untuk dikongsi bersama semua," ujar saya.


Kami kemudian merakamkan gambar di kawasan sekitar.

"Bang! Tengok lori tadi berhenti. Dia mesti nampak kita pakai walkie-talkie dan cuak hendak lalu, lepas itu siap tukar driver," kata Alfee.


Teknik memberhentikan kenderaan berat di sebelah jalan, teknik lazim digunakan sebilangan pemandu lori membawa muatan berlebihan untuk mengelak daripada disaman oleh penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan.

Dalam kes ini, pemandu lori itu mengundang bahaya sebaik sahaja membenarkan remaja tanpa lesen memandu kenderaan terbabit sekaligus mampu membahayakan nyawa kami dan pengguna jalanraya lain.

Aksi pemandu cilik itu disaksikan oleh semua kru 666 dan Penyingkap Fakta.

"Mesti kelam-kabut dia menukar pemandu balik sebaik ternampak abang berhenti di sini," ujar Zaki sambil menggayakan pergerakan aksi pertukaran pemandu.


Saya kemudian berkongsi dakwaan responden pernah saya temubual sebelum ini berhubung lokasi berhampiran.


"Tengok tebing diperkukuhkan dengan simen di sebelah kanan itu. Menrut maklumat disampaikan kepada saya, dahulu apabila orang kampung ingin mengadakan kenduri kendara, dia orang akan pergi ke kawasan itu untuk meminjam pinggan-mangkuk dari orang bunian. Syaratnya, kalau pecah sekalipun, serpihan barangan dipinjam harus dikembalikan semula ke lokasi sama. Samada kisah itu benar atau tidak, tiada siapa mampu membuktikannya"

Tepat jam 12.50 tengah hari kami meneruskan perjalanan menuju ke Ulu Bendul.


Kurang 10 minit memandu, semua kru tiba di Hutan Lipur Ulu Bendul.


"Kita beli nasi ayam dan air sirap, standard untuk semua. Lapan kru 666, 2 kru Penyingkap Fakta, Ustaz Aznil, Ustaz Hafiz dan kawan-kawan dia orang. Kita beli 14 bungkus, cukup rasanya," kata Razali.

Sedang makanan dan minuman dipesan disediakan oleh pengusaha gerai berhampiran tiba-tiba ...

"Aduh! Kamera video jatuh pula," ujar Boy sambil membelek alat elektronik itu.


Mujur kamera video masih boleh digunakan.

"Banyak sungguh cabaran untuk sampai ke Ulu Bendul ini. Last minute, Adam dan Farid tidak dapat bersama kita kerana urusan keluarga, Ashraff pula memang telah menjadualkan perasmian begkel kereta dia hari ini dan seorang kru Penyingkap Fakta tidak dapat menghadirkan diri kerana anaknya diberitakan demam panas. One more thing, tadi Boy terlanggar ular di jalan Bukit Putus sampai mati," celah saya.

"Perawat Kasturi Syifa', Ustaz Zaharuddin pula air con belt kereta dia terputus dalam perjalanan ke sini," tambah Razali.

Saya kemudian merakamkan gelagat dua kru 666, Atoi dan Alfee.


"Abang nampak gambar apa dia orang rakam?," soal Zaki.

Saya terdiam.

"Gambar serangga sedang mengawan," jelasnya.

"Hahahahahaha! Pelik sungguh orang tengah bercinta ini," celah saya.

Semua kru berada di sekeliling turut tertawa. Pelbagai fakta cuba mereka singkap rupanya. Kira-kira jam 1 tengah hari, makanan dipesan siap lalu pantas kami bergerak ke lokasi perkemahan.


Kira-kira jam 1.30 tengah hari, kumpulan perawat Kasturi Syifa' tiba di lokasi sama dan disambut kru 666.


 Mereka semua dibawa ke lokasi berhampiran. 


Baca kisah terperinci lokasi terbabit di sini.

Sambungannya di sini.

10 ulasan:

  1. saya tak boleh nak baca kisah 3 beradik tu... terlalu sedih nak baca.. teringat anak2 kecil saya.... al-fatihah..

    semoga team PENGYINGKAP FAKTA terus maju kehadapan untuk merungkai kisah2 misteri dan aneh ini benar atau tidak.

    BalasPadam
  2. Kalau abg mazidul peraasn kat situ ada satu batu bentuk penyu, besar, kawan kami pernah kene histeria di situ berhari2, waktu perkhemahan poli pd, seram, makhluk tu siap memperkenalkan diri, katanya dibunuh bf.... ada macam2 lagi lah, boleh tgk di youtube, makhluk tu ada menjelma di sebelah pokok.... kalau nak tahu lebih lanjut saya boleh ceritakan pasal saya ada ditempat kejadian.....

    BalasPadam
  3. SMTI-

    kisah bunian pinjamkan pinggan mangkuk tu mmg wujud..ni diceritakan sendiri oleh bapa saudara sy, yg skrg berusia 70-an. katanya dulu x susah kalau nk buat kenduri kendara, sebab pinggan boleh dipinjam dr 'mereka', tp sejak peminjam yg last tu x pulangkan pinggan mangkuk 'diorang', pinggan yg pecah pulak x diganti, sejak tu xde sesiapa dpt pinjam lg dah brg2 tu...

    hmmm utk kita skrg ni, mungkin kedengaran x logik. tp mmg dulu manusia & alam sana berkawan, tp ape2 pon diorang tu pun makhluk Allah jugak...

    Al-fatihah utk 3 beradik....

    BalasPadam
  4. emm.sy nak mntak krew 666 pergi pulak buat kat bukit tunku sebab sy dengan mmbe2 sy pernah kena kacau dan pernah sesat kat kawasan tu , mujurlah ada pakguard yang datang tolong dan dia ckp kawasan tu mmg selalu org sesat :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.