Sabtu, Oktober 01, 2011

'Monyet' Muncul Di Uu Bendul? Tampalan I Ulu Bendul Dan Bukit Putus

Jam 9.30 pagi semua kru 666 dan Penyingkap Fakta, Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi dan Ishak Omar berkumpul di Restoran Bestari Maju, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


"Ambil lagi Atoi," ujar Zaki.


Fakta tidak dapat dinafikan. Atoi kelihatan begitu berselera menjamah 3 bungkus nasi lemak 'comel' dan kemudian ditambah sebungkus lagi.

Yup! Dia lapar dan kami fahami, selera orang muda berbeza.


"Ustaz Musleh hendak ikut, dia hantar anak ke Sungai Buloh. Ustaz Aznil dan Hafiz kena tunggu dia dan dia orang lambat sikit," celah kru 666, Razali.


Kesemua mereka, perawat Kasturi Syifa dan sepatutnya bergerak bersama kami ke Ulu Bendul dari Kota Damansara.

Tepat jam 10.45 pagi semalam, semua kru 666 dan Penyingkap Fakta bergerak ke kenderaan dan bersedia untuk ke lokasi sasaran.


Perhatikan gambar Atoi di atas. Perut kenyang, pastinya langkah bertenaga dan semangat membara untuk melaksanakan misi dirancang.

Saya menaiki kenderaan dipandu oleh Ishak.


"Ini CD untuk Atoi!," ujar Razali.


... Jam 10.03 malam di Ulu Bendul, imej berikut dirakamkan oleh Iman Masjid Sungai Besi, juga perawat Kasturi Syifa', Ustaz Zaharuddin Zainal.


Itu bukan ikon Digi dan cuma sebahagian daripada gambar direkod mengunakan kamera Nikon D90. Imej penuh akan disiarkan di blog ini sebaik kami selesai melakukan tinjauan di Bukit Putus sebentar lagi.

Jam 12 malam ...

10 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.