Jumaat, Oktober 14, 2011

DIA MEREPEK (UPDATED)

Wanita berusia 40 tahun, ibu kepada 5 anak mendakwa sering diserang sakit kepala.

Dia kemudian mendapatkan rawatan dari perawat Kasturi Syifa', ustaz Aznil Zulkifli dan Musleh Muhammad Ali di gerai 3165, aras 3, Dewan Tun Razak, PWTC, Kuala Lumpur.


Sewaktu ayat Ruqyah dibacakan, saya perhatikan tangan wanita terbabit kuat memegang hujung kerusi.


"Dia mula bercakap merepek-repek, sampai saya pun tidak faham," ujar Razali.

Kru 666 sempat merakamkan suhu di sekitar tubuh pesakit.

"Suhu paling rendah 72°F dan paling tinggi 87°F berubah secara rawak," tambah Razali.

Adam juga berada di lokasi dan merakamkan suhu menggunakan infrared thermometer.


Purata suhu asas di kawasan sekitar lokasi kami berdiri, 78°F. 

Pada hari pertama Halfest, saya, Razali, Ishak, Boy dan Adam berada di gerai. Hari ini, kru lain, VJ dan Asyraf turut datang membantu melayan pengunjung.



Jam 4.19 petang, ustaz Mohamad Hafiz Ahmad tiba di gerai dengan senyuman.



Pengunjung dari Johor di atas mengambil peluang membeli baju Penyingkap Fakta, terima kasih kami ucapkan.


Saya merakamkan gambar Boy dan Asyraf sibuk melayan pengunjung bertanyakan soalan berhubung produk Kasturi Syifa'.


Tiba-tiba ...

"Bro! Tengok perempuan tengah dirawat itu ...," Razali bersuara.

Bersambung di TEDUNG SEDANG TIDUR.

5 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.