Sila rujuk senarai di atas.
Senarai di atas dipaparkan di Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Empat belas nama terbabit memenangi tender nombor cantik JPJ dengan harga tercatat di hujung setiap nama.
Mereka semua warga asing.
Baca tampalan di sini.
Berikut antara kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan diemelkan kepada saya.
'Adalah dimaklumkan di bawah peraturan yang ditetapkan, bidaan nombor pendaftaran atau tempahan di kaunter adalah terbuka kepada semua individu atau syarikat termasuk juga bukan warganegara. Salah satu syarat yang ditetapkan ialah mengemukakan salinan identiti pengenalan diri sama ada kad pengenalan atau pasport bagi bukan warganegara'
Menurut sumber boleh dipercayai, Mom Sen, pemilik passport N0696292 adalah wanita warga Kemboja, bertugas sebagai pembantu rumah di Bandar Damai Perdana, Kuala Lumpur dan telah dihantar pulang ke negara asal pada 29 September 2011.
Untuk rekod, Mom Sen membida nombor 1888 denga harga RM3,410.
Manakala Dewi Endarwati, pemilik passport AM816975 pemenang tender nombor WVV 1771 dengan harga RM1,410 juga pembantu rumah di Cheras, Kuala Lumpur didapati telah meninggalkan negara ini pada bulan Ogos 2011.
Tiada sebarang maklumat menunjukkan permit kerjanya disambung. Apapun, kakitangan JPJ boleh membuat pemeriksaan dengan Jabatan Imigresen untuk mengetahui status sebenar mereka.
'Pertukaran nombor pendaftaran tidak dibenarkan selain kepada suami isteri, adik beradik, ibu bapa, adalah salah satu langkah atau preventif yang dilakukan oleh Jabatan. Dengan cara ini, dapat menghalang pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan menjual nombor pendaftaran. Walau bagaimanapun, sekiranya proses pendaftaran telah berlaku dan kemudiannya menjual kenderaan tersebut, pihak Jabatan tidak dapat membendungnya'
Klik di sini untuk membaca kenyataan lengkap dikeluarkan oleh JPJ.
Mom Sen dan Dewi Endarwati dipercayai tidak lagi tinggal di Malaysia, hairan, mengapa dua bekas pembantu rumah itu membida nombor terbabit dengan harga ribuan ringgit?
Masakan nombor plat kenderaan Malaysia, WVV 1888 dan WVV 1717 sah digunakan di Kemboja dan Indonesia.
Pelik, pelik dan pelik.
SMTI
BalasPadamKomen pengarah JPJ merupakan jawapan selamat.
Saya pasti dia pun tahu ada sindiket dalam pembelian nombor pendaftaran, tetapi oleh kerana pembelian tersebut adalah sah dari segi undang-undang, maka beliau tidak boleh membuat sebarang halangan. Jika perkara ini dihentikan, maka ini melibatkan kerugian kepada JPJ.
Hanya jika pembelian nombor ini melibatkan jenayah, saya pasti JPJ akan cuba mencari jalan penyelesaiannya.
Mungkin JPJ tidak meletakkan syarat apa status 'pembeli',sama ada betul-betul wujud atau hanya wujud pada dokumen sahaja. Sepatutnya, JPJ kena semak dulu status warga asing yang memohon bidaan,manalah tahu kot kot ada PATI yang ingin membida nombor cantik...Kena ada kerjasama antara agensi kerajaan, sekarangkan dah E-government patut lagi mudah...
BalasPadamSMTI - something fishy...got it?
BalasPadampendedahan yang menarik, mungkin sering dipandang remeh oleh rakyat macam saya, teruskan usaha bro, semoga Allah membantu en. Mazidul
BalasPadam