Lazimnya dalam tempoh 24 jam, puluhan individu menawarkan diri untuk menjalin persahabatan namun salam perkenalan sebilangan mereka kelihatan amat meragukan.
Kita hanya perlu menekan 'confirm' atau jika tidak perkenan dengan friend request terbabit, tekan sahaja 'not now'.
Namun sebelum membuat keputusan samada menerima atau tidak pelawaan persahabatan itu, kita terpaksa membuat keputusan. Tanpa mampu mengakses butiran diri mereka, secara automatik kita akan meneliti gambar profil dipaparkan.
Untuk rekod, sebelum ini saya berulangkali menerima kawan biarpun ikon dipilih tidak menggambarkan diri identiti sebenar.
Berikut antara contoh gambar profil untuk mencerminkan diri mereka pada pandangan kita.
Hakikatnya, saya kini bak berkawan dengan entiti paranormal di Facebook.
Apapun, kekadang diri berasa cukup bangga kerana berpeluang berinteraksi bersama pelakon tersohor tempatan dan antarabangsa.
Cuma terfikir, adakah bakat pemilik akaun Facebook cuba berkawan itu, sehebat bakat dimiliki pelakon di atas?
Wow!
Pada masa sama, kita akan berasa agak keberatan jika berkawan dengan mereka menggambarkan diri sebagai ...
apatah lagi ini ...
... atau ini
Secara peribadi, saya tidak begitu gemar dengan labah labah, bimbang kerana gigitan serangga itu lazimnya berbisa.
Kalau labah-labah seperti di atas tiba-tiba merayap di tubuh, pasti serangga itu lenyek di bawah tapak kasut.
... saya juga tidak berhasrat untuk terus menjalinkan persahabatan dengan mereka menggambarkan diri sebagai ...
Biarpun proses merakamkan gambar semakin mudah, masih ramai menggunakan gambar profil berikut, lambang betapa tidak berinisiatifnya sebilangan mereka untuk berkawan.
Lebih pelik lagi, ada individu bernama kawan menggunakan ...
Siapa boleh pinjamkan dia kamera? Tolong ...
Hemat saya mudah.
Jika ingin berkawan biar telus. Sahabat saya, bekas perantara program bual bicara, Malaysia Hari Ini di TV3, Omar Abdullah memberikan gambaran jelas untuk menggamit perkenalan antara kita sesama manusia.
Ikon kacak berbaju Melayu dilengkapi songkok dan dihiasi dengan kuntuman senyuman manis. Beliau insan terkenal sebagai pelakon drama dan theater juga pengarah filem dan pernah menjadi penyampai radio.
Gambar profil beliau pastinya menggamit ramai untuk berkawan.
Sejak sehari dua ini, perkataan 'unfriend' kelihatan semakin bersinar sinar, menggamit jari jemari memegang erat tetikus untuk menekan.
Mengapa?
Tiada gunanya berkawan dengan individu kelihatan tidak memiliki sekelumit ketelusan di hati mereka. Janggal menggunakan 'Face'book tanpa muka.
Klik di sini untuk ke Facebook saya dan sila like di sini untuk mengetahui perkembangan kru 666.
Klik di sini untuk ke Facebook saya dan sila like di sini untuk mengetahui perkembangan kru 666.
saya harap encik mazidul masih sudi berkawan dengan saya biarpun gambar saya telah dimontajkan oleh adobe photoshop.
BalasPadamAda yang tak gemar gunakan gambar sendiri di facebook dan ada juga yang lebih gemar tidak di ketahui wajah sebenar oleh rakan maya kottt ^^"
BalasPadamsy pon, xde gmbr muka... lbih kepada gambar logo bisnes manik... cuma sy selalu megikuti blog abg secara gelap :)
BalasPadamBelog, 'Saya ingin berkawan dengan awak tetapi saya tidak mahu awak kenal rupa saya'
BalasPadam... apapun saya ingin mengetahui rupa dan butiran diri awak'
Agak-agaklah!
Jari, membaca blog tidak memerlukan interaksi secara langsung di antara 2 pihak.
BalasPadamFb menuntut lebih daripada itu. Tanpa identiti, bagaimanakah komunikasi mampu berlangsung secara selesa?
Bro - alamak, terasa saya, nanti kita jumpa ek. he he
BalasPadamSy letak je gmbr sndiri.. Sbb sy sndri xapprve org yg add sy tp gune gmbar angry bird.. Huhu... Jd pd sy, org lain p0n msti ad yg same mcm sy.. ^_^
BalasPadamitu gambar profil bagaimana pula dgn nama profil mereka spt yang pernah saya jumpa "Malas Letak Nama" dan "Jangan Tampar Nyamuk"..kwn sendiri pun boleh tak kenal jadinya..macam mana nak terima
BalasPadamSaya letak gambar sendiri... Walaupun gambar saya tidak seindah potret Monalisa, sekurang2nya saya yakin dengan diri saya... :)
BalasPadamCuma kat blog saya letak gambar pemandangan sebagai pic profile saya... Tapi kat header blog tu sndiri dah ada terselit gambar saya...
smti...saya rasa abg sudah pun kenal ngan rupa saya..di FB... :)
BalasPadamsmti
BalasPadamsmti..
BalasPadamada rakan sekolah yang tak berapa nak ingat nama penuh dan wajah nya nak add saya di FB.. dah la nama samaran yang dibubuh kemudian gambar profile boleh pula letak gambar pelakon luar negara, bila tak approve kutuk pulak di wall kawan yang lain..
sudahnya sampai ke la ni saya tak approve dia..
cik Mazidul, saya letak gambar anak kesayangan saya tu kira aci tak?? :)
salam en. mazidul. saya ada pandangan. check aja wall diorang. kalau tulisannya berkenaan benda2 yang baik apa salah berkawan. kalau wall diorang tak boleh dibaca, biasanya saya confirm juga dan lepas itu saya check wall diorang. profile pic bukan penentu hatibudi seseorang. bak kata don't judge a book by its cover. tapi kalau ramai sgt yg add macam tu susah gak nak filter diorang kan en. mazidul?
BalasPadamemmmmm
BalasPadamSaya setuju dengan artikel ini. Kalau ada sesiapa yang request friend tapi saya tak boleh kenal requerstor tersebut melalui gambar atau limited info, saya sentiasa pilih 'not now'.
BalasPadamas salam..
BalasPadamnak terketawa pun ada..sebab pic profile sya turut terpapar di sini (wlaupun sya percaya bukan sya seorang yg guna pakai)
secara jujurnya, sya 'terasa'..tp kita ambil yg positif aje ye..
sya ada alasan sendiri..sya bukan entiti..sya manusia biasa yg perlukan pic profile tak tertera gambar sebenar sbg hadangan...telusnya, kawan2 yg ada dlm list (termasuk en.MAS) sgt sya hargai ..dan mereka yg terpilih sbg kawan (bukan not now)..sya amat bersedia utk berinteraksi secara selesa.
sekian..terima kasih.