Selasa, Oktober 11, 2011

TIDAK BOLEH AMBIL GAMBAR!

"Mazidul, ada bangunan runtuh di KL Sentral," ujar sumber melalui telefon bimbit pada jam 10.35 pagi tadi.

Dari rumah, saya kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di KL Sentral, Kuala Lumpur, saya rekodkan gambar berikut.


"Tidak boleh ambil gambar!," larang  pengawal keselamatan datang mendekati saya.

Barangkali diarahkan oleh majikannya. 

"Ada akta menghalang gambar tidak boleh dirakamkan ke? Saya cuma menjalankan tugas," jelas saya kepadanya.


Dia kemudian beredar.

Ketika itu tidak kelihatan wakil media lain di kawasan sekitar lokasi kejadian.

Hemat saya, sepatutnya pihak pengurusan MRCB melakukan tindakan damage control bukan membenarkan pengawal keselamatan menghalang tugasan wakil media di lokasi tragedi.

Tindakan itu tidak menyelesaikan masalah.


"Berapa ramai pekerja ada di lantai satu sewaktu kejadian?," soal saya kepada pekerja pencuci bangunan.

"Saya kira dalam sepuluh orang semuanya. Dia orang bikin itu kerja konkrit," balas lelaki warga Indonesia itu.

Saya kemudian dihampiri oleh Pengurus Kanan Pemasaran dan Komunikasi Korporat MRCB, Hasnol Abdul Hadi.

"Nanti sebarang perkembangan, kami akan maklumkan. Boleh encik Mazidul bagi contact number?," pinta beliau.

Kami saling bertukar kad nama.


Jam 12 tengah hari, orang ramai dan wakil media mula berkumpul di hadapan lokasi tragedi.


Mujur tiada nyawa terkorban, hanya seorang  pekerja warga Bangladesh berusia 35 tahun dilaporkan cedera dalam kejadian pagi tadi.

4 ulasan:

  1. tak suka dgn perangai bongkak security guard (terutama warga asing) yang berlagak cam kaduk naik junjung! huh!

    BalasPadam
  2. smti - i was there@ Le Meridian. Patutlah ada orang cakap "runtuh for the second time"

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.