Sejak semalam, gambar di atas tersebar di internet. Gambar dipercayai mayat bayi dibunuh ibunya, pelajar berusia 16 tahun di Betong, Sarawak.
Untuk rekod, Betong dianggarkan terletak kira-kira 300 kilometer dari Kuching. Saya pernah ke lokasi terbabit pada tahun 19 Oktober 2009.
Sewaktu dalam perjalanan dari Kuching ke Betong, kenderaan dinaiki oleh saya dan kru terbabas.
Tiga kenderaan lain turut menerima nasib sama.
Laporan polis berhubung kemalangan itu dibuat di Balai Polis Debak, Betong.
Jam 2.30 petang, wartawan Mohd Razif Zulkafli, menemubual remaja khayal akibat menghidu gam disaksikan pegawai dan kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Berikut contoh gam, bahan ketagihan sebilangan remaja di Betong.
Hasil operasi bermula pada jam 9 malam, beberapa lelaki dan remaja diberkas.
Semua peristiwa itu berlaku genap 2 tahun lalu, pada hari ini. Semalam akhbar melaporkan gadis disyaki membunuh anaknya, kini berstatus suspek dikatakan tertekan kerana teman lelakinya enggan bertanggungjawab.
Suspek akan didakwa dan dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Barangkali ramai antara kita tidak mengetahui fakta berhubung undang-undang. Jika dia disabitkan kesalahan membunuh sekalipun, gadis terbabit tidak akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Mengapa? Kerana suspek berusia di bawah 18 tahun dan diklasifikasikan sebagai juvana. Andai dia didapati bersalah membunuh bayi dilahirkan, suspek hanya akan dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak di bawah kendalian Jabatan Penjara Malaysia.
Dilaporkan, teman lelaki suspek berusia 27 tahun. Samada dia ingin bertanggungjawab terhadap kandungan suspek atau sebaliknya dan samada keluarga gadis terbabit merestui perhubungan mereka atau tidak, itu bukan persoalan pokok.
Undang-Undang secara jelas mencatatkan, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, lelaki mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur samada dipersetujui atau tidak adalah perbuatan merogol.
Laporan akhbar hari ini mencatatkan, polis masih cuba menjejaki lelaki terbabit agar tindakan lanjut dapat dilaksanakan.
Terbaru, saya difahamkan, suspek dan teman lelakinya dipercayai bukan beragama Islam dan beralamat sama di rumah panjang Naing Nanga Numan Spak di Betong.
Majoriti masyarakat mengutuk perbuatan gadis terbabit. Apapun, kita tidak seharusnya hanya sekadar mengecam tanpa cuba memahami antara faktor pendorong kearah tindakan suspek.
Menurut laporan akhbar Harian Metro, keluarga suspek tidak membenarkan dia mengahwini teman lelakinya dan pada masa sama dia mengandung. Secara psikologi, dia semestinya berada dalam keadaan amat tertekan tambahan pula usianya masih mentah, 16 tahun.
Campuran perasaan marah, takut dan malu barangkali mengaburi fikiran logiknya sehinggakan dia bertindak tidak mengikut kewarasan akal.
dunia semakin menghampiri akhir zaman...sedih tengok bayi tue dikelar2 macam ikan saja.
BalasPadamBro
BalasPadamRentetan peristiwa Yue Yue, cuba tengok ni http://www.chinasmack.com
sgt ngeri
BalasPadamtak tawu laa ape pemikiran budak uh
pd pandangan cetek aku ni la..
BalasPadamada kemungkinan..
mangsa/suspek xde idea.. apa yg berlaku.. tau2.. duduk dekat2.. rapat2... berasa sedap waktu bersama teman lelakinya tu... pastu diulang 3-4-5 kali lagi... penyudahnya.. 9 bulan kemudian.. ter-ber-salin.. !!
Org dulu2 slalu kaitkan stress lps bersalin dgn angin meroyan.
BalasPadamIni memang dahsyat bro.. baru tadi saya dok buat entry pasal Amber Cole....
BalasPadamSama-samalah kita ingat mengingati... Takut bro tengok benda-benda nih. Moga kita semua sentiasa berada didalam lindunganNYA..
20 sen saya en Mazidul..
BalasPadamPelaku kes-kes macam ni, sebenarnya tak tahu bila mereka bercinta, apa had bercinta tu. Mereka tau kalau tidur bersama, mungkin mengandung.
Mereka juga tahu, tak boleh bersama jika tak kahwin lagi.
Yang mereka tak tahu, bila pasangan minta duduk dekat-dekat, rapat-rapat, seterusnya apa? Mereka ingat tak ada apa-apa akan berlaku. Biasanya kes terjadi pada yang memang jenis 'budak baik', tak pernah berhubungan rapat dengan lawan jenis, jenis tak liar..
saya cadang, ada course pengurusan perhubungan peribadi la, macam mana nak uruskan hubungan dengan lawan jantina dan sebagainya, apa tu gangguan seksual, bagaimana untuk menolak ajakan-ajakan ni dan sebagainya.. Saya rasa memang ramai pelajar akan minat untuk tahu..
Terima kasih..
semua kena bertanggungjawab!
BalasPadamsmti..
BalasPadamsadis..
atas apa yg berlaku kita memang tidak boleh menyalahkan remaja itu seratus peratus
BalasPadam