Sabtu, Oktober 08, 2011

SEJAK BILAKAH WAJIB MEMOHON KEBENARAN GURU BESAR SEKOLAH UNTUK MERAKAMKAN GAMBAR POKOK?

"Kalau hendak mengambil gambar, kena dapat surat dahulu daripada Guru Besar," kata pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2), Shah Alam, Selangor.

Di hadapannya, Zaki, Ashraff, Adam dan VJ. 

Sebaik kru lain tiba, pantas saya menghulurkan tangan, bersalaman dengan pengawal keselamatan kelihatan begitu marah.

"Oh! Sheikh pun ada!," dia kelihatan terperanjat.

Di dalam pagar sekolah kelihatan kereta peronda polis diparkir dan berdiri berhampiran kenderaan terbabit, dua anggota berpangkat Lans Kopral dan Konstabel.

"Kami merakamkan gambar pokok di luar kawasan sekolah, bukan menceroboh," balas saya.

"Kami menjaga keselamatan sekolah. Kami tertekan, macam-macam isu sekarang ini, orang hendak menghentam majikan kami. Kalau hendak membuat rakaman, buat surat, datang ke pejabat sekolah, jumpa Guru Besar," kenyataan sama diulangnya.

"Kalau tertekan, masalah kami ke?," celah Razali.

Untuk rekod, lelaki bermisai tebal dengan cota terselit di belakang seluarnya itu tidak memakai seragam pengawal keselamatan seperti pengawal di sekolah lain. Barangkali dia bos besar di syarikat dia bertugas.

Sebelum ketibaan saya, dia dilaporkan kelihatan dan kedengaran lebih berang dan didakwa berterusan meninggikan suara sewaktu berkomunikasi dengan kru 666.

"Huh! Masa abang datang suara dia terus slow sikit, sebelum itu memang dia marah sungguh," ujar Adam.

Saya perhatikan, di sebelahnya berdiri lelaki lebih berusia, pengawal keselamatan kami temui sewaktu tinjauan pertama di lokasi sama, klik di sini.

"Tadi saya nampak cahaya (flash), lepas itu nampak orang ramai. Tanggungjawab saya called polis," pengawal sama bersuara.

"Kalau kami semua hendak menceroboh sekolah ini, sudah lama boleh. Bahagian belakang sekolah, mana ada pagar," hujah saya.

Berikut gambarnya sebagai bukti.


Lihat saiz kru 666, Atoi, berbanding ruang pagar sekolah terbuka luas itu.


Hemat saya, lebih 1000 Atoi berupaya membolosi 'pagar' sekolah terbabit jika kami berniat jahat. Justeru, saya berasa amat hairan, andai isu keselamatan dibangkitkan oleh pengawal keselamatan terbabit.

Berikutan gagal mengutarakan hujah bernas, dia kemudian berkata ...

"Ini orang tua, awak tanyalah dia," sambil meminta pengawal keselamatan, rakan setugasnya bersemuka dengan kru 666.

Pengawal keselamatan, bekas tentera berusia 62 tahun itu kelihatan serba-salah.

"Dua malam lalu, kami pun ada jumpa pak cik. Kami cakap elok-elok, kami bukan mengambil gambar di dalam sekolah, pak cik pun  sudah kata tidak ada masalah, kan?," soal saya.

Dia mengiyakan soalan itu.

Waktu tinjauan pertama kru 666 di lokasi sama, tidak pula kelihatan rakannya itu.

"Macam ini, kekadang ada perbuatan nampak macam salah pada pandangan mata encik. Itu salah pada pendapat encik sahaja. Contohnya, bila encik ternampak kami mengambil gambar (pokok) di luar sekolah, encik kata salah. Hakikatnya tidak salah kalau mengikut Kanun Kesekasaan sebab kami tidak menceroboh," jelas saya.

Penjelasan sama didengari dua anggota polis berdiri berhampiran kami.  Pengawal keselamatan itu kemudian bergegas masuk ke kawasan sekolah dipercayai dengan perasaan tidak berpuas hati.

Kru 666 kemudian mengucapkan terima kasih kepada anggota polis bertugas.

"Tidak salah pun mengambil gambar di luar kawasan sekolah. Polis kena datang sebab ada aduan. Kalau encik tidak berpuas hati boleh membuat laporan polis," kata mereka.


"Terima kasih, kami sebenarnya cuba mencari kawan, bukan mencari lawan," balas saya ringkas.

Mereka kemudian beredar dengan senyuman.


Kami mencadangkan, jika benar dakwaan pengawal keselamatan, bimbang sekolah diceroboh, lebih baik dia berkawal di lubang pagar diperhatikan Azree berikut.


Jika difikir menggunakan kepala lutut sekali pun, pasti kita semua dapat merumuskan, bukan hanya sekali usaha dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk membuat lubang di pagar sekolah.

Di manakah pengawal keselamatan sekolah pada waktu itu?

NANTIKAN HASIL TINJAUAN KRU 666 SETERUSNYA ...

"Bang! Saya dapat rakamkan gambar macam 'pintu' di celah dahan pokok. Gambar sebelumnya, memang pintu itu tidak ada, gambar kedua ada, siap nampak macam entiti kelur dari pintu itu lagi," ujar Azree.

Window to the other world?

13 ulasan:

  1. Pengawal keselamatan datang serbu dengan membawa cotar 2-3 orang seperti kaki pukul. Kemudian kurang ajar memperlekehkan maruah diri orang lain dan tugas kru 666. Dah la dia sendiri pun tak memakai pakaian seragam sekuriti dan tak melakukan tanggungjawab dengan betul. Kemudian suruh semua orang hormat dia, padahal dia kurang ajar walaupun kami datang dengan cara yang baik dan tak menyalahi undang undang.

    Dia je bikin kecoh situ, padahal anggota polis tu relax je.

    BalasPadam
  2. dia ingat kuasa dia besar sangat... mungkin dulu2 masa zaman dia kerja askar, dia dah biasa memerintah. nak best lagi, team 666 gi jumpa Guru Besar, adukan pasal pengawal tu buat kecoh, siap melibatkan polis bagai. ha... pasti pengawal tu kena tukar (atau ditamatkan perkhidmatan). suit him best...

    BalasPadam
  3. Tak sabar menanti cerita yang seterusnya..
    Nak tengok gambar pintu yang dimaksudkan..=)
    Teruskan usaha anda semua!

    BalasPadam
  4. sembang jek lebih guard tuh...org dtg cara baik, terima jek la cara baik..ingat jadi guard tuh dah bagus sgt la? klu rasa bagus mintak la jadik polis...huh..!!

    BalasPadam
  5. cik rozy...tolong baca balik catatan mazidul tuh...pakcik tua tu je yg bekas tentera...bukan yang sorang lagi...lagi pun kita kena faham tugas mereka...jgn anggap tugas sebagai jaga sekolah tuh sebagai satu kerja yg hina...mereka dibayar untuk bekerja...so xsalah kan jika mereka terkasar sedikit...salah kah jika mereka memanggil polis???rasa nya mereka menjalankan tugas mereka...so apa hal nak kondem kan jaga sekolah...siapa lah kita???letak kan diri CIK ROZY ditempat JAGA tersebut...rasanya mungkin perkara yang sama juga cik rozy akan lakukan...so..jgn marah ehh...sekadar komen je...

    BalasPadam
  6. hehhehe tumpang lalu.... baru tau abang mazidul ada blog ...heheheh best r , nak join r blog ni :-) , bapak saya suka cerita seram2 ni

    BalasPadam
  7. Tak sabar juga nak tahu cerita seterusnya... :)

    En.Mazidul, saya sgt sedih dgn berita di sini,
    http://www.hmetro.com.my/articles/Bayi23haridiliwatbapa/Article
    beritanya tergantung, saya sgt berharap jika En.Mazidul dpt memberikan kupasan sedikit mengenainye....Maaf jika ianya agak menyusahkan En.Mazidul kerana perlu membuat penyiasatan sedikit...tapi, jasa baik En.Mazidul utk mengupasnya amat diperlukan dan sgt dihargai... :)

    BalasPadam
  8. sy ex student sekolah tu .. mmg pakguard situ kecoh sikit ... kdg2 student nak msuk pon , ada je die x bg ... mcm2 alasan dorg bg ... tp if geng abg mazidul dapat msuk n lepak area dewan , pertengahan antara sekolah lama n sekolah baru , insyaallah confirm dapat ... hot spot ... ;)

    BalasPadam
  9. sebelum dorg buat tembok belakang tu , dlu pakai pagar dawai mcm biasa ,,, tp bebudak yg roboh kan .. lgpon slalu ramai je msuk sekolah tu lalu belakang .. lepas 2 dorg buat tembok batu lak , tp rs nye tu pon kne roboh kan , n x siap sepenuh nye pon tembok tu ..

    BalasPadam
  10. bebudak yg robohkan? rosak akhlak betul pelajar2 kat situ, patut pun pak guard rasa tertekan.

    kesian pak guard, gaji diorang bukan besar sgt, so jgn la kita marah kat dia lebih2 ye, diorang cuma cuba menjalankan tugas. SMTI.

    BalasPadam
  11. Ibnrusd, saya rasa awak terlalu keliru dan tidak memahami fakta sebenar.

    Ini bukan masalah kasihan atau marah.

    Fakta adalah fakta dan fakta itu berlandaskan undang-undang.

    Perkara saya bangkitkan berhubung sikap dan pengetahuan mengenai bidang kuasa.

    Menjaga keselamatan di dalam kawasan sekolah itu, memang tanggungjawab pengawal keselamatan dan kami tidak mempertikaikannya.

    Kawasan di luar sekolah, kawasan awam dan sesiapa juga boleh merakamkan gambar.

    Kami sama sekali TIDAK memasuki kawasan sekolah dan TIDAK menceroboh apatah lagi mengganggu gugat keselamatan harta benda sekolah sama.

    BalasPadam
  12. Kenapalah pak guard tu memeningkan kepala memikirkan kehadiran Kru 666 diluar kawasan sekolah, baik mereka buat rondaan di sekitar perimeter sekolah yang khabarnya tidak berpagar.Pada pandangan saya,kehadiran Kru 666 secara tak langsung meringankan beban tugas mereka di saat itu, kerana penjenayah yang berniat jahat di sekolah itu akan berfikir dua tiga kali apabila ternampak kehadiran KRU 666...Tertarik dengan ayat bro Mazidul ,"kami sebenarnya cuba mencari kawan, bukan mencari lawan" boleh jadi slogan tu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.