Ahad, Oktober 30, 2011

PROJEK BANTAL

Manusia homeless, gelandangan, wujud di bandaraya Kuala Lumpur.


Majoriti mereka tidur di kaki lima atau di ruang pejalan kaki di hadapan deretan kedai. Kini dilaporkan terdapat sebilangan kumpulan membekalkan makanan dan minuman kepada kelompok terbabit.

Lihat gambar mereka tidur di sini.

Kepada pembaca berpeluang merayau pada waktu malam atau di awal pagi pasti pernah terserempak dengan manusia berhati mulia, membantu golongan memerlukan.

Kebanyakkan mereka bergelandangan, tidur tanpa tilam, selimut dan bantal. Bagi mereka, simen itu tilam, baju itu selimut dan tangan itu bantal. 

Kru 666 percaya, dengan sumbangan ikhlas masyarakat, kita berupaya memberikan sedikit keselesaan kepada kehidupan mereka.

Justeru, kami ikhtiarkan 'Projek Bantal'.

Kepada pembaca blog ini, ingin menyumbangkan bantal, sila berhubung dengan Razali Harun di talian 016 231 5812 atau emel ke razarro@yahoo.com.

Sumbangan berbentuk wang tunai boleh didepositkan ke akaun Maybank 1141-0600-4713 tetapi pastikan pembaca menghubungi Razali untuk urusan berhubung slip deposit. 

Sila catatkan NAMA PENUH dan lokasi anda tinggal.

Bantal sponge, plastik, kekabu atau bantal angin bersaiz KECIL, semua diterima dan InsyaAllah akan diagihkan kepada kelompok gelandangan di ibu kota.

Jika ada penaja bermurah hati, Alhamdulillah.

Selain merakamkan gambar pegun dan video entiti paranormal sebagai hobi, kru 666 juga ingin terus berurusan dan membantu manusia. Semua kru 666 bersedia mengagihkan bekalan bantal kepada kelompok gelandangan, itu janji kami.

.. biarpun usaha kami itu cuma sekelumit.

Orang ramai mempunyai waktu terluang juga dijemput bersama mengagihkan bekalan bantal bakal disumbangkan oleh pembaca.

Tarikh dan waktu pengagihan akan diumumkan kelak.

14 ulasan:

  1. Sebagai kru 666 saya melaporkan diri untuk sedia berkhidmat.

    BalasPadam
  2. smti..
    bagus tu.. usaha murni...
    mari kita rakyat 1malaysia dermakan bantal...

    BalasPadam
  3. Salam Abg Mazidul,

    Sumbangan tunai atau bantal...?kalau ingin turut serta bagaimana...?

    BalasPadam
  4. Schaz, untuk projek ini, kami memerlukan bantal.

    Bukan apa, kita tidak mahu sewaktu pengagihan kelak, proses itu tidak kelihatan sekata.

    Apapun terima kasih.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    saya cadangkan ada akaun yang boleh di bank in, seperti maybank atau CIMB yang boleh transfer je. Bukan semua orang suka dapat publisiti.

    Lagi pula, bila boleh transfer sebegitu, berapa jumlahnya seikhlas hati boleh transfer tanpa segan. Bila bersua dan bertentang mata, kemungkinan rasa segan tu ada terutama bila jumlahnya tak seberapa.

    BalasPadam
  6. Assallammualaikum Abang Mazidul,

    boleg tak saya copy entri ini dan gambarnya untuk dimasukkan ke dalam semua blog saya? Harap dengan tersebarnya berita ini, kita akan dapat lebih banyak sumbangan dari orang ramai.. Terima kasih..

    BalasPadam
  7. saya ada bank in rm100 . utk makluman sahaja. moga Allah mudahkan usha ini

    BalasPadam
  8. salam...saya nak turut serta jadik sukarelawan masa edarkan brg2 utk projek nih boleh tak abg mazidul

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.